Friday, September 9, 2011

Cendol Leman Dawi

Kali ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best: Gerai Cendol Leman Dawi. Gerai cendol ni aku n husband dapat info dari rancangan Warong Kita di Astro. Takde le kami semata-mata ke sana kerana nak makan cendol tu sbb lokasinya adalah di Negeri Sembilan. Kebetulan masa tu kami berdua kena menghadiri kursus di Ulu Sepri. Tu yang berkesempatan nak makan cendol Leman Dawi. Apa yang best tentang cendol kat sini korang boleh baca sendiri kat banner dalam foto kat entri ni.

Gerai nampak cam biasa tapi tawarannya luar biasa tau...

Cendolnya pon memang sedap. Boleh tambah macam-macam such as jagung, pulut, kacang merah dan lain-lain lagi. Tambahan menda-menda ni je yang membezakan harga cendol. But still sangat puas hati sbb nak tambah basic ramuan cendol tu smuanya free belaka. Besides, disediakan jugak air bali buah percuma untuk pelanggan. Minum le seberapa banyak yang korang nak. Siap boleh tapau lagi air bali tu. Aku rasa kerana konsep bersedekah yang diamalkan tokei cendol ni menyebabkan perniagaan dia maju dan masih boleh kaut keuntungan. So, kalau korang on the way nak ke Ulu Sepri atau balik dari arah Ulu Sepri (terutamanya yang kena dok terperuk hampir seminggu berkursus nun di hujung dunia tu) eloklah membasahkan tekak menikmati cendol Leman Dawi. InsyaAllah, pasti tak kecewa.

4 comments:

waniewadec said...

Assalam azlina...baru jumpa blog ko & wan..cumelnyee ismael..

lyn said...

Eh, camne ko blh jumpa ni? Rindu sama ko....Ko dok mana skang?

waniewadec said...

aku dok penang, area seberang jaya. sesaje blogwalking..jumpa blog ko..tak balik taiping ke minggu nih?

Naflyna said...

Raya tadi ada le balik taiping. Tahun depan plak kot baru balik. Huhuhu...Skang dah start teaching. Pastu InsyaAllah bulan 11 ni bersalin. Lps pantang baru blh balik Taiping lagi.