Sunday, February 24, 2013

Sportingnya Mereka

Tengahari semalam masa on the way nak gi kelas tetiba nampak robot transformer ada kat tepi jalan bersama dengan 2 student Univ. of Sheffield. Depa bertiga ni sebahagian daripada student yang sibuk berkempen untuk jadi wakil dalam student union. 


Daripada cara semua calon dan penyokong berkempen memang jelas menunjukkan depa tak diberikan bajet utk berkempen. Semua poster dan sepanduk kempen depa kat sini dibuat seratus peratus guna kadbod atau kertas kotak bertulis tangan dengan handmade decoration. Malah depa siap tak malu gantung sepanduk kat leher n jalan sana sini utk berkempen. Bukan setakat calon je yang buat tu tapi kawan-kawan dia pon rilek je tolong skali. Kalau kat negara kita aku rasa sah ramai yang dok pandang semacam kat student yang dok gantung sepanduk kat leher atau pakai kostum untuk berkempen. Kat sini depa yang dok lalu lalang rilek je macam biasa. Kalau kat Msia ada eksiden calar segaris pon ramai yang sibuk nak tgk sampai jem berkilometer (ramai jugak yg dok sibuk pelan kereta tu aku rs sebab nak amik nombor plat). Kat sini ada satu eksiden berlaku dalam kawasan hot-sport yang mana beribu student lalu-lalang dengan pemandu masih tersepit di dalam kereta, mostly yang lalu situ tengok gitu aje n bomba & polis je yang sibuk kat situ. Adakah kita terlebih prihatin atau orang sini fikir jangan serabutkan lagi keadaan atau depa memang tak brapa nak kisah hal orang? Ooopss...karangan terkeluar tajuk jap.

Berbalik kepada cerita budak transformer tu tadi dia pon sebenarnya student jugak. Dia tolong kawan dia yang  dicalonkon. So sweet...sanggup dia dok dalam suit kotak dengan cuaca sejuk kat luar bawah 5 degree. Aku dan hasben mula-mula lalu n masuk ke dalam building di mana lecture akan berlangsung sambil tersenyum sbb terfikir betapa sportingnya depa. But then kami patah balik sebab rasa kami patut snap satu foto kenangan. Mana ada suasana kempen macam ni kat universiti di M'sia. Aku sepatutnya amik gambar dekat student union building masa on the way nak ke lab (lab untuk subjek yang aku wajib ambil dan lulus!) hari tu di mana berpuluh sepanduk dan poster berwarna-warni dipacak di kawasan sekitar. 


Yang tak best kat universiti ni ada persatuan LGBT: lesbian, gay, bisexual n trans students! Yang ni aku tak sokong ok....Hahaha.....

No comments: