Monday, March 11, 2013

Warwick Castle n Sea Life Birmingham

Setelah hampir setengah tahun duduk UK ini kali pertama kami gi jalan-jalan sampai bermalam. Sebelum ni semua pergi dan balik hari yang sama sebab dekat-dekat ngan Sheffield je. Oleh kerana Warwick agak jauh dari Sheffield dan lepas tu kami nak menghala ke Birminghan plak plus tempat yang kami gi tu makan masa utk tour so kami plan awal-awal lagi untuk bermalam. Kami gi pagi 2 Mac (Sabtu) dan bertolak balik ke Sheffiled petang 3 Mac.

Di Warwick ni tarikan utamanya adalah Warwick Castle. Harga tiket masuk mahal jugak bagi aku. Paling murah (untuk masa skarang) 13.44 pound utk sorang dewasa, itu pun kalau beli online seminggu lebih awal. Oleh kerana kami ada Merlin Annual Pass, jadi kami guna pass tu je. Nanti di lain post aku citer pasal Merlin Pass.

Warwick Castle berbeza dari Conisbrough Castle yang kami gi sebelum ni. Kat Warwick Castle selain dari tengok-tengok aje castle tu ada dibuat aktiviti dan pertunjukan untuk pengunjung. Semua aktiviti dan pertunjukan berkait dengan zaman-zaman Inggeris lama. Contohnya ada pertunjukan The Mighty Trebuchet, pertunjukan alat lempar bom batu macam dalam citer The Lord of The Ring tu. Ada juga pertunjukan burung helang dan burung hering, burung yang sering muncul dalam cerita lagenda Inggeris.










Orang sibuk tengok demo alat memanah, kami sibuk nak bergambar. Hehehe....

Selain tu ada juga satu special part dalam castle ni yang dinamakan Merlin Dragon Tower tapi kami tak masuk sebab kena beli tiket lain plak kalau nak masuk. Aku pon tak excited sangat nak masuk sebab aku pon tak tau apa itu Merlin. Ok...aku ngaku aku tak pernah tengok citer Merlin sebab malas nak tengok citer bersiri yang memerlukan komitmen yang tinggi. Huhuhu....Berbalik citer pasal castle, pengunjung boleh jugak mengeksplore sebahagian besar castle dengan berbekalkan kekuatan fizikal yang tinggi. Kenapa nak kekuatan fizikal yang tinggi? Sebab nak kena panjat 367 anak tangga! And no turning back since laluannya sehala saja. Laluan anak tangganya mostly spiral n narrow. Lelah wei.....kami dah le kena dukung anak sorang satu. Giler mencabar. Cari penyakit jugak tapi pemandangan yang dapat ditengok dari atas castle tidak mengecewakan.

 


 



Best ke gi Warwick Castle? Hm....bolehlah. Cuma aku rasa part yang paling menarik adalah tengok castle tu sendiri dan pemandangan sekitarnya. Lepas beli magnet fridge (aku punya souvenir) n keychain (hasben punya) kami pon cari port utk picnic. Alhamdulillah, hari kami jalan tu cuaca sangat baik. Masih sejuk tapi kurang sikit sebab ada matahari. So, boleh le nak bertahan berpicnic di padang rumput makan nasi lemak, curry bun, apam dan keropok ikan yang kami bawa dari rumah.


Air kopi import special dari Sik, bekalan dari anak buah suami yang datang ke rumah kami baru-baru ni.

Lepas lunch kami bergerak ke Birmingham untuk ke Sea Life. Sebelum tu kami berhenti solat jamak ta'khir di sebuah masjid di bandar Birmingham. Alhamdulillah, di UK ni kalau gi mana-mana terutamanya bandar-bandar besar agak senang nak cari masjid atau muslim centre. So, bolehlah nak smayang dengan selesa.


Sea Life ni aku rasa sangat best. Kita boleh tengok macam-macam hidupan laut kat sini. Sekali lagi kami guna Merlin Pass. Aku tak pernah gi Akuaria KLCC. Jadi jangan tanya aku mana lagi best. Tapi yang ni pada aku dah cukup best. Siap ada 4D movie show. Ismael ngan Ielyas pon nampak enjoy kat sini berbanding kat castle tadi. Anak-anak hepi, mama pon hepi. Papa hepi tak?




Tapak sulaiman ni dibenarkan untuk disentuh.Texture badan dia menggerutu macam batu karang dan rasa lembik-lembik macam ikan rupanya

Yang melekat kat batu kaler coklat dan oren tu pon boleh sentuh


Dalam kolam ni ada macam-macam spesis ikan pari di samping macam-macam lagi ikan jenis lain






Before sampai ke souvenir shop kena lalui laluan rahsia yang penuh dengan cermin yang membuatkan pencarian jalan keluar agak mencabar. Best! Cuba teka yang mana satu aku yang sebenar?


Kami smua excited tengok 4D movie. Ielyas je yang tak kisah. Mujur Ielyas tetap bagi chance untuk kami menikmati movie sampai ke hujung citer.

 
Lepas selesai lawatan di Sea Life, kami cari bekalan untuk dinner. Banyak restaurant halal di Birmingham n finally kami decide utk beli fast food, set makan macam kat KFC. Kat UK ni ayam goreng KFC dia ada yang perisa original je. Tapi fast food restaurant milik orang Islam yang kami gi ni ada jual ayam goreng yang sama sedap macam ayam goreng McD kat Malaysia. Lepas tu kami bergerak ke Travelodge yang ditempah yang jugak terletak di Birmingham, hotel bajet famous di UK, 20 pound utk satu malam. Malangnya poskod dalam website was defined wrongly oleh pakcik Garmin sampaikan kami kena u-turn 2 kali utk cari hotel dalam kegelapan. Dah le jauh kena u-turn tu. Dua kali plak kena u-turn tu sampai aku naik hot. Huhuhu.....Mengadap je reception counter aku trus tanya receptionist tu pasal poskod yang dipublish dalam website dan dia buat muka macam dah slalu kena tanya soalan yang sama sambil tersenyum n after that explained politely bahawasanya manager dia dah beberapa kali buat aduan kepada Garmin dan jugak TomTom.  Katanya poskod tu betul cuma Garmin rekod poskod tu utk tempat lain, kawasan kuari! Huhuhu.....

Ielyas menangis di hotel, tak ingat plak dia nangis kenapa. Ini pengalaman pertama Ielyas tido di hotel. Sofa ni adalah sofa bed. So, bilik ni boleh muat untuk 4 orang dewasa.

Sebelum melelapkan mata dua bradik sempat lagi main tepon. Ismael kengkonon tengah ambik gambar

Tengok, Ismael sungguh sronok melompat atas katil di bilik hotel sebelum kami check out.

Cerita untuk lawatan hari keesokannya akan disambung di post akan datang. Jumpa lagi ok!

No comments: