Saturday, March 23, 2013

Winter In Spring


21hb March secara rasminya telah masuk spring. Tapi UK skarang tengah mengalami musim sejuk yang berpanjangan. Malah dilaporkan dalam berita suratkabar Metro semalam (boleh dapat free dalam bas dan kami baca dalam perjalanan nak ke universiti) UK tengah mengalami cuaca paling sejuk bagi bulan Mac dalam tempoh lebih 50 tahun.



Semalam (22 Mac 2013) salji turun dari awal pagi sampailah di saat aku menulis post ni, salji masih blom berhenti. Memang sangat tebal dan rasanya lebih tebal dari yang pernah kami rasa sebelum ni. Kami suami isteri ingat nak gi universiti hari ni tapi terpaksa cancel sbb kalau dah salji tebal, bas not in service. Nak naik tram kalau tak ambik monthly pass or term pass kosnya tak berbaloi. 

Jadi, bangun pagi kami sarapan dan layan anak-anak main snow depan rumah :)









No comments: