Saturday, March 23, 2013

Apa Itu United Kingdom?

Sebelum menjejakkan kaki di UK hasben aku pernah bersungguh explain kat aku apa itu UK tapi aku tak endah sangat masa tu sebab masa tu rasanya aku tengah dok serabut dengan hal lain. Masa aku gi kursus BTN dulu pon ada orang pernah tanya apa bezanya blajar kat UK dengan belajar kat Britain? Persoalan ni timbul bila ada peserta kursus tulis dalam senarai detail peserta dia akan belajar di Britain yang mana bunyinya agak janggal sebab biasanya orang tulis belajar kat UK. Kata orang yang tanya tu, belajar kat Britain tu samalah dengan belajar kat UK. Betul ke?

Bila dah dok UK ni tetiba barulah aku sibuk nak cari apa maksud UK sbenarnya. Huhuhu.....jangan gelak kat aku ok. Nama panjang UK sebenaranya adalah United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Haa....tu dia....panjang betul nama UK yang sbenar. Oleh sebab panjang sangat jadi untuk senang nak sebut, panggil UK je.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ6srCqi7Cqj5clTSrZYRI9wUCa_lkSPZ4L8XwISRe6bW0YLgUx_ASama ke Great Britain (atau juga disebut sebagai Britain aje) dengan United Kingdom? Jawapannya: TAK SAMA!

Great Britain
Great Britain terdiri daripada pulau-pulau besar bagi kepulauan British. Maka, Great Britain terdiri daripada 3 buah negara: England, Wales dan Scotland.

Great Britain = England + Wales + Scotland

United Kingdom
Manakala UK pulak terdiri daripada 4 buah negara: England, Wales, Scotland dan Ireland Utara (Northern Ireland)

United Kingdom = England + Wales + Scotland + Ireland Utara

Jadi orang yang kata belajar kat Britain tu sama dengan belajar kat UK tu tak tepatlah. Mungkin dia kata sama sebab mostly bila student Malaysia kata belajar kat UK tu dia maksudkan belajar kat England atau Scotland (mostly England) . Yang nak gi ke Ireland Utara tak ramai. 

Kalau kita dapat UK visa boleh le pergi 4 negara yang disebut tadi tanpa perlu melalui imigresen macam kita nak masuk Singapore dari Malaysia. Masuk je macam biasa. Sebab UK ni rasa macam sebuah negara walaupun sbenarnya ia adalah gabungan 4 negara dan 4 negara tu plak kita akan rasa macam 4 negeri.

So, itulah definisi UK sebenarnya.

1 comment:

Kamal Ahmad said...

terima kasih atas info.. dah 3 hari dok pikir Uk dengan britain to sama ke x..