Sunday, August 1, 2010

Rumah Kami Syurga Kami

Genap setahun
Hari ni genap setahun kami duduk di rumah kami sendiri. Masih teringat-ingat kenangan sblm berpindah ke rumah kami. Kami sibuk survey sana sini mencari lampu dan kipas, grill, langsir, bathroom fittings dan macam-macam lagi. Banyak jugak duit saving kami telah dikeluarkan. Selain tu kami jugak sibuk mencari orang buat wiring, piping, dan pasang curtain rails. Dah dapat cari, kena observe pula kerja-kerjanya supaya apa yang dibuat memenuhi specification yang telah ditetapkan.

Ini antara perkara yang aku sibukkan. Plan for house wiring. Aku buat dan bagi pada wiring man. Senang untuk rujukan.

Pemandangan bahagian depan rumah selepas setahun diduduki. Ini memang rupa asal rumah tanpa renovation. Bukan takde impian tapi takde bajet sbenarnya. Huhuhu...

Pemandangan tasik depan umah. Tasik dah comei cuma yang buat x comei sampah sarap yang dibuang orang. Nasib baik tak terapung kat tengah tasik, kalu x lg hodoh.

Sebelum pindah sepenuhnya, kami mengangkut berkoyan-koyan barang ke sana dengan kereta kancil dan Iswara kami sebab kalau boleh tak nak lori kena buat 2 trip. Lagi pun tak nak menyusahkan kawan-kawan dan sedara yang nak tolong mengangkat barang sebab jarak antara umah sewa kami dulu dengan umah kami sekarang agak jauh jugak. Finally, matlamat kami berjaya untuk mengangkut dengan satu trip menggunakan lori muatan 3 tan.

Ruang rehat. Serius takde barang cam rumah orang lain. Boleh solat jemaah 30 orang rasanya. Rak tv pun cuma RM19.90!

Master bedroom

Salah satu sudut di ruang dapur. Guna rak-rak RM19.90 lagi

Sudut berblogging di rumah

Mencantikkan laman
Tak lama lepas masuk umah baru, kami excited mencantikkan halaman tepi dan depan umah dengan rumput dan pokok bunga. Merata kami cari tanah, pasu, rumput, dan pokok bunga. Banyak dah nursery kat sekitar Kuantan kami jelajah. Mula-mula kami tanam pearl grass kat depan umah dengan investment RM250. Kami tanam sendiri. Masa awal-awal tanam nampak comei. Tapi lama-lama nampak sadis…Mungkin sebab kemarau panjang membuatkan pearl grass tu tak boleh nak hidup subur. Skarang, memang mcm dah takde harapan. Rasanya kena tanam semula. Kat tepi umah pun kami tanam dengan pearl grass. Tapi tanam lepas beberapa bulan setelah tanam kat bahagian depan rumah. Kali ni investment jauh lebih murah sbb kami beli rumputnya di nursery Sg Buloh. Kat sana rumput-rumputnya murah. Kalu sblm tu kami beli pearl grass dengan harga RM5 bagi 1X2 kaki persegi, di Sg Buloh boleh dapat dengan harga RM1.80. Pearl grass yang telah ditanam kat halaman tepi umah nampak ok skit sbb cahaya matahari tak kena sepanjang masa mcm kat depan rumah. Yang terkini kami cuba tanam rumput kampung yang diberi oleh jiran seberang tasik umah kami. So far, nampak pertumbuhannya memberangsangkan. Harap-harap boleh dapat a nice greenish lawn.

Antara pokok hiasan yang masih survive, disusun di atas almari kasut

Pemandangan sisi rumah

Jiran kami
Alhamdullillah kerana setakat ni 3 jiran sebaris dengan rumah kami very friendly. Kami siap bertukar-tukar juadah berbuka beberapa kali masa bulan Ramadhan lepas. Kalau kami balik bercuti kami x perlu risau sangat kalau jiran-jiran lain tak ke mana sbb kami rasa jiran-jiran kami concern dengan umah jiran-jiran yang lain. Contohnya, bila ampaian jemur baju umah kami terbalik sebab angin kuat, jiran sebelah umah kami tolong angkatkan balik. Jiran sbelah umah kami jugak pandai jaga hati kami bila dia nak buat pagar batu. Siap mintak permission utk tanggalkan pagar dawai side umah kami supaya kerja-kerja menaikkan bata boleh dibuat. Even masa baru-baru pindah siap panggil aku yang waktu tu dalam umah sbb nak bagitau dia nak drill dinding waktu malam sebab takut mengganggu. Padahal masa tu bukanlah lewat malam dan aku pun x kisah sbb nama pun baru pindah. Boleh diterima. Tapi itulah jiran kami. Syukur Allah kurniakan kami jiran-jiran yang baik.


Walau pearl grass yang kami tanam tak menjadi, RUMAH KAMI TETAP SYURGA KAMI.

To Yanti:
Selamat masuk umah baru! Tima kaseh jemputan kenduri. Sedap nasi ambang yang dah lama sangat saya tak rasa. Your kitchen cabinet really make me jealous. Bila le agaknya sy boleh ada kitchen cabinet camtu. Nafri puji grill cantik tapi sayang sy tak tengok.

No comments: