4 days to go before expected due date. Aku masih datang kerja sebab ada banyak kerja yang nak kena buat sebagai persediaan nak mengajar smula after confinement. Sbenarnya sejak masuk minggu ke-38 aku berdebar-debar nak menghadapi sakit nak bersalin. Konpem2 sakit tapi sakit yang macam mana? Mendengar citer kawan-kawan gambaran sakit deliver baby, aku sendiri tak boleh bayangkan camne sakitnya. Hm...kena rasa sendiri baru tahu.
Mama to be nampak berisi sangat. Masa ni dah pregnant 37 minggu 3 hari. Rumput kat laman rumah dah jadi hidup segan mati x mahu sbb aku x sempat nak jaga. Pokok bunga pun ada yang dah tinggal batang aje. Cendawan je yang nampak lawa sbb cendawan batu :)- Nantilah lepas pantang nak makeover.
Ini tempat simpan barang-barang baby.
Akhirnya aku buat keputusan untuk bersalin kat Kuantan sebab di Taiping sukar benar memenuhi requirements yang aku tetapkan. Mak n abah aku dah volunteer nak datang Kuantan tolong kami suami isteri menguruskan apa-apa yang patut terutamanya di awal-awal kelahiran baby kami. Thanx a lot mak n abah. Love both of u so much...Maklumlah, ini anak sulong kami. Banyak perkara yang kami tak tahu dan tak pasti nak buat macam mana. Jadi, perlu tunjuk ajar. Sebolehnya aku tak mau menyusahkan mak n abah. Apa yang kami mampu buat kami akan cuba buat sendiri suami isteri nanti. Items going to hospital aku belum ready sepenuhnya lagi sbb ada yang masih sedang digunakan. Lagi pun melalui bacaan yang aku buat, masih sempat nak prepare barang-barang nak gi hospital. Ini tempat simpan barang-barang baby.
Kawan-kawan, doakan aku selamat dan mudah melahirkan anak sulong kami. Mintak ampun kalau ada salah dan silap.
No comments:
Post a Comment