Jumaat lepas fakulti aku buat family dinner di Hyatt Regency Resort, Kuantan. Asalnya patut buat family day tapi oleh kerana aral tertentu, pihak jawatankuasa terlibat decide buat family dinner. Warna tema majlis: hitam & merah. Aku nyaris-nyaris menyesatkan diri dengan bukan warna tema sebab susah bebenor nak cari baju yang sesuai dengan citarasa dan kesesuaian keadaan aku yang tengah pregnant 9 bulan. Last minute baru terjumpa cardigan merah yang aku match kan dengan slack dan inner hitam yang aku telah sedia ada. Akhirnya, dapat le jugak aku mengikut tema majlis.
Masa aku masuk Meranti Hall di mana majlis berlangsung, aku tengok upacara perasmian tengah berjalan. Kalut aku dan husband cari tempat kosong. Nasib baik ada kerusi kosong dekat ngan Kak Ct Fatimah n family. So, takle terasa janggal sebab memang kenal.
Ada cabutan bertuah. Nak dijadikan citer malam tu aku bertuah sebab dapat hadiah yang kira grand le bagi aku. Selalunya, kalau cabutan bertuah, aku tak bertuah mana pun. Mungkin rezki bakal baby kami. Aku dapat toaster oven brand Philips. Tak sia-sia aku bayar yuran tertunggak yang bukan main banyak jumlahnya. He...he...he...
Pasangan bahagia bersama hadiah cabutan bertuah. Senyum lebar lagi...
Inilah hadiah di sebalik pembalut biru kat gambar sebelumnya
Doorgift
Makanan sedap je aku rasa. Mungkin aku aku tak cerewet makan masa pregnant dan memang lapar tahap cipan. Sume aku rasa sedap. Terima kasih AJK yang terlibat sebab kerana penat lelah diaorang berjaya juga akhirnya buat dinner tu dan yang paling penting sebab aku dapat hadiah cabutan bertuah yang best yang aku telah ambil auranya beberapa kali dari bilik salah sorang AJK. Lekat juga aura bertuah. Kui...kui...kui...
2 comments:
Hi,
congratulate on ur pregnancy. Selamat menyambut kehadiran 'org baru' ;)
Now I recognize ur hubby. He is my senior in USM :) kirim salam na...
Thank u...But I wonder, camne tahu blog ni?
Post a Comment