Friday, December 26, 2014

Winter Outfit

Dah winter ni aku biasanya bagi pakai baju kain jenis polar fleece untuk anak-anak supaya depa rasa tak sejuk sangat dan selesa. Yang bestnya, kat sini ada jual baju kain polar fleece berupa costume yang comel-comel. Adalah koleksi sorang dua pasang untuk Ismael n Ielyas. Bila cakap nak bagi pakai "baju teady bear" je si dua beradik mesti excited.

 Kalau tak silap baju depa pakai ni aku beli kat Primark masa ada summer sale dulu. Oleh sebab banyak baju jual kat sini ikut musim, aku cuba elakkan beli baju present season sebab biasanya lebh mahal. Cuma kalau beli baju special untuk present season ada banyak pilihan yang cantik-cantik.

Yang Ielyas pakai tu rupa Gorilla sebenarnya. Yang Ismael pakai tu ada satu tanduk kat kepala dia tapi aku tak pasti plak binatang apa. Tapi binatang tu macam pernah tengok dalam citer kartun "Pada Zaman Dahulu"

Baju macam ni bukan ada jual setakat untuk budak-budak je. Untuk mak bapak budak pon ada jual jugak. 

No comments: