Inilah electric heater kat ruang tamu rumah kami. Api dia tu bohong je. Sekali tengok macam bahang panas keluar dari arah depan. Tapi sebenarnya keluar dari bahagian atas. |
Buat masa ni kami masih bertahan tak pakai central heating sebab dengan electric heater kami dah boleh panaskan satu ruang yang perlu saja. Kalau bukak central heating bermakna semua ruang dalam rumah akan dipanaskan. Di rumah sewa lama dulu kalau masa winter kami pasang central heating 3 kali seminggu supaya dalam rumah tak lembap sangat, takut rumah naik kulat sana sini. Tapi bukan pasang sepanjang hari le, few hours je sebab berjimat-cermat, kami tak mampu. Itu pon kalau tak silap kos gas sebulan dalam GBP80. Kalau pasang 24 jam korang boleh agak le berapa kosnya. Itu blom masuk kos api dan air lagi. Tapi itu citer kat umah sewa lama.
Oleh kerana situasi masih blom perlu untuk pasang central heating jadi kami bertahan dengan electric heater je dulu. Kat rumah sewa skarang ni macam tak sejuk sangat dan tanda-tanda kulat nak berleluasa pon takde. Maybe sebab rumah sebelah menyebelah pasang heater kot. So, kami dapat faedahnya. Rumah sewa lama dulu rumah semi-D. Satu-satunya jiran sebelah yang share dinding ngan umah tu duduk sorang. Jadi aku agak dia tak pasang central heating selalu dan mungkin sebab tu kami tak kena tempias udara panas dari rumah dia. So, takdelah 'bantuan' pemanasan dari sumber selain dari heater dalam rumah sendiri. Rumah skarang berkarpet. So, kuranglah rasa sejuk dan derita nak pijak lantai. Huhuhu....Boiler umah skarang pon sangat efektif. Bukan setakat memanaskan air tapi jugak memanaskan bilik air skali. Kalau dulu aku memang akan alert betul-betul sama ada air sembahyang dah batal ke blom sebab memang kena kuat semangat ambik wudu' dengan air paip yang keluar air sejuk (lebih sejuk dari air peti sejuk kat Malaysia) lebih lama dari air panas. Alhamdulillah, skarang tak perlu nak fikir, boleh perbaharui wudu' bila-bila masa.
Inilah rupa boiler. Boiler umah kami dok kat ruang dapur. Boiler ni bagi kami dah ok sangat dah. Itu pon tuan rumah ada cadangan nak tukar yang baru. |
Arrghhhh.....karangan dah terkeluar tajuk. Asal nak citer pasal heater letrik yang lawa kat ruang tamu umah. Sori la... Inilah kesannya kalau dalam kepala dah blur dengan kerja research. Huhuhu....
No comments:
Post a Comment