Isnin lepas kami suami isteri bergabung tenaga buat nasi kerabu sebab teringin sangat nak makan. Dah lama dah tak makan nasi kerabu. Gigih la aku combine resepi sana sini supaya dapat hasil yang diidamkan. Alhamdulillah, menjadi jugak cubaan pertama kami. Walaupon tak sesedap nasi kerabu Kemira yang sangat popular di Kuantan, kira oklah.... Puaslah makan sebab buat sendiri nak bubuh sambal kelapa, ulam, keropok, sambal atau kuah percik banyak mana boleh bubuh ikut suka.
Tapi kami just rajin buat dengan berlaukkan telur masin je. Dah lapor dah....Makan je lah. Kalau nak buat daging bakar lambat la plak. Tapi bahan lain yang basic semua ada termasuklah budu. Budu ada jual kat Sheffield ok....
Kalau tak duduk UK mesti aku takkan pernah nak cuba buat nasi kerabu. Bila dah try buat sendiri baru tahu bukanlah susah sangat nak buat. Balik Malaysia nanti boleh la tolong mak aku masak nasi kerabu untuk open house hari raya. Hahaha....ye lah tu.
Oh, ini bukan post untuk share resepi. Just a post untuk cerita-cerita je.
No comments:
Post a Comment