Tuesday, December 23, 2014

Convertible Book


Selain beli buku untuk anak-anak kat carboot, kami beli jugak buku kat kedai buku atau supermarket sebab bukan semua buku boleh dapat kat carboot kan....Kat UK buku memang heaven. Bukan setakat murah tapi jugak giler ba.......nyak pilihan. Buku kat atas tu kami beli kat Lidl je. Bukan beli kat kedai buku pon. Macam aku pernah citer sebelum ni, kat bahagian tengah supermarket Lidl tu ada jual macam-macam termasuklah buku. 

Kalau tengok betul-betul harga kat sebelah barcode tu tertulis harga bukunya £17.99. Tapi tu bukan harga jual kat Lidl. Cuba teka berapa harga kami beli sebenarrnya. Aku estimate buku ni kalau jual kat Malaysia maybe lebih RM60 sebab aku beli buku ABC simple untuk Ismael dulu pon harganya dekat RM40.

Papa depa bacakan for the first time last weekend. At the same time papa dia approach Ismael untuk ceritakan from his point of view. Ielyas dengar je sebab dia blom pandai nak ulas. 

Lepas baca masa untuk convert buku jadi spaceship pulak 

Tengok tu muka Ielyas berseri-seri nak masuk spaceship

They really had fun 

Suka la tu....

Ok abang jom kita ke planet tu plak

Papa dia pon nak try jugak daa....Ismael dah merajuk kat belakang sebab lama sangat papa dok dalam spaceship. Ielyas masih sabar tapi tengok tu dah start garu kepala sebab confuse bila papa nak keluar dari spaceship tu. 

Punya suka kat spaceship tu sampaikan nak tengok iPad pon kat dalam spaceship. 

Sebelum depa terlajak taram spaceship tu papa dia ambik simpan dalam rak buku kaca tinggi-tinggi dulu. Esok-esok bila nak baca dan main lagi baru ambik semula. Huhuhu....

No comments: