Thursday, December 18, 2014

Persembahan Pertama Ismael Di Sekolah

Semalam Ismael terlibat dengan satu persembahan kat school sempena krismas. Asalnya aku tak tau pon Ismael akan buat persembahan. Ismael tak bagitau apa-apa pon kat kami. Aku rasa dia tak faham pon yang dia akan buat persembahan jadi sebab tu kami tak tau. Satu hari (last week) dia balik dengan sticker tertulis perkataan "sheep" dekat jaket dia. Aku ingatkan depa ada main game n dia kena jadi sheep. Esoknya dia balik dengan sticker lain, jugak tulis perkataan sheep. Aku ingat depa main game yang sama lagi. Hari berikutnya sekali lagi dia balik dengan sticker "sheep".  Lepas 3 kali dia balik dengan sticker "sheep" kat baju tetiba baru aku terfikir maybe dia akan buat persembahan untuk krismas. Aku pon check list of activities yang dibuat di school sempena krismas yang cikgu dia bagi few weeks ago n booommm! Nampak list akan ada christmas performance on Wednesday (17/12). Hari Selasa aku suruh hasben aku tanya kat teacher dia. Betul telahan aku. Memang Ismael akan buat persembahan dengan semua kawan-kawan sekelas dia. Mujur le tanya. Kalau tak kami terlepas la nak tengok satu hari bersejarah untuk Ismael. 

Untuk gi ke persembahan tu kami kena bayar tiket sorang 50 pence, Ada dua kali persembahan kol 9.15  pagi dan 1.45. Kami boleh pilih salah satu dan kami ambik yang pagi sebab lepas hantar Ismael masuk kelas boleh terus tunggu persembahan. 

Tiket untuk tengok persembahan. 

Rupanya bukan kelas Ismael je yang terlibat ngan persembahan. Banyak kelas terlibat. Aku rasa macam lebih 100 orang budak buat persembahan serentak termasuklah Ismael yang memainkan peranan sebagai sekor sheep. Sebenarnya yang buat persembahan lebih ramai dari penonton sebab bukan semua ibu bapa datang. Maybe ada ibu bapa yang tak tau sebab kami pon nyaris-nyaris tak tau. Tiket untuk persembahan sebenarnya limited atas dasar keselamatan sebab dewan persembahan tak besar mana. Mujur jugak kami beli tiket cepat. Kalau lambat ntah-ntah tak dapat gi. Mujur jugak kami masuk dewan cepat. So, dapatlah spot yang kira ok jugaklah untuk tengok persembahan.

Actually Ismael punya part sekejap sangat. Dia just naik pentas tayang muka n pastu habis. Peranan dia jadi lebih sekejap  bila kawan dia lambat naik pentas n dia pi tunggu kawan dia tu. Takpelah, kira ok lah tu. First experience untuk dia.    

Sayang seribu kali sayang kami tak dibenarkan ambik gambar semasa persembahan. Patutnya bagi la chance nak amik gambar. Event kenangan untuk anak-anak dah besar nanti tu. Tak pastilah aku apa yang ditakutkan sangat sampai tak bagi ambik gambar. Kawan-kawan aku yang anak depa skolah kat beberapa sekolah lain pon sama tak dibenarkan ambik gambar. Sebelum persembahan cikgu dah siap remind awal-awal tak boleh ambik gambar.

Bukan tu saja, cikgu jugak siap maklumkan exit n assembly area untuk kecemasan. Aku rasa skolah kat Malaysia kalau panggil ibu bapa untuk hari penyampaian hadiah tak pernah bagitau exit kecemasan. Ikut pengalaman aku le. Memang berhati-hati sungguh sistem kat sini. Sayang lagi sekali Ielyas tak dapat tengok persembahan abang dia. Ielyas stay kat nursery. Dah balik baru aku terfikir sepatutnya kami mintak kebenaran kat teacher Ielyas untuk bawa dia skali tengok persembahan abang dia sebab next time blom tentu ada peluang lagi.

Ibu bapa hanya dibenarkan ambik gambar selepas persembahan dan itu pon hanya dengan anak masing-masing saja. So, aku hanya ada gambar-gambar kat bawah ni je la sebagai kenangan. 




However, aku salute usaha cikgu-cikgu yang latih budak-budak buat persembahan tu. Depa boleh manage satu persembahan dengan duration 1/2 jam tanpa henti melibatkan lebih seratus pelajar serentak. Budak-budak pulak semua menyanyi elok je ikut mainan piano live. Takde kedengaran suara yang nyanyi tercepat atau terlambat. Banyak lagu pulak tu.

This coming Friday sekali lagi kami akan ke school untuk tengok turn Ielyas plak untuk buat persembahan. Selain tu akan ada aktiviti untuk parents n anak hias biskut n buat some artwork. Harapnya boleh snap photos yang lebih significant.

4 comments:

Me, Myself and I said...

sayangkan tak blh ambik gambar/video time perform. mcm case kitaorg semlm, xmas party.. mmg teacher kata tak blh ambik gmbr, tp hubby buat2 tak dgr.. ambik gak gmbr masa diorg tgh nyanyi, buat2 tak paham english.. tp tak byklah.. heheheh..

Naflyna said...

Oh, sy ingatkan kat nursery Alma teacher dia allow untuk ambik gambar sebab tengok gambar kat FB ainor baik punya. Hehehehe......nanti kena saman oooo amik gambar curi-curi. Huhuhu.....

Me, Myself and I said...

hahaha.. gmbr lepas nyanyi mmg blh sbb ada ambik gmbr ngan teacher, pastu gmbr ngan sorang anak mat saleh tu siap mintak permission ngan bapak dia.. gmbr masa nyanyi, mmg ada sorang teacher yg ambik n dia kata akan email kat parents. tpnya alma kt tepi n mcm tak nmpk je dia.. so kitaorg decide ambik gak lah..hehehe.. blh kena saman ek? bahaya2.. lain kali tak buat dah.. hehehe.. sbb ramai yg bwk camera sebenarnya, tp lepas tu semua simpan..

Naflyna said...

Hahaha.....takdelah kena saman. Gurau je. Jgn percaya, kang tido tak lena. Huhuhu....