Jumaat lepas adalah hari terakhir sekolah before christmas break 16 hari. Pada hari tu ada workshop di mana kids n parents buat aktiviti bersama di nursery. Ada aktiviti hias biskut, hias pokok kertas, buat snow man dan warnakan lampu kelip-kelap. Actually semua menda tu obviously sempena christmas tak lama lagi. Aku rasa tak apa ielyas buat semua aktiviti tu sebab tak melanggar akidah n in fact he learned many good things. But at the same time kami tetap bagitau anak-anak krismas tu bukan perayaan kita but we still have to respect others from different religions. Walaupon aku tau depa pon tak faham apa krismas sbenarnya kami tetap explain sebab takut pemikiran dia advance dari sangkaan kami. Dari observation aku, Ismael dia faham Krismas (dia sebut kismas) tu lampu kelip-kelap. Hahaha....Ielyas dia lagi tak faham. Dia tau makan, minum, main n gaduh ngan abang dia je. Hahaha....
Lepas selesai workshop semua budak-budak dipanggil masuk ke satu ruang lain dalam nursery untuk get ready nak wat performance. Lepas depa dah ready parents pon dijemput masuk kat tempat nak buat performance. Aku n hasben cepat-cepat masuk sebab nak dapat spot baik untuk tengok performance. All the kids were involve in the performance dengan guidance dari semua teachers. Persembahan ada story telling yang diselangi dengan nyanyi-nyanyi macam-macam lagu beserta tarian n lakonan ringkas. Ielyas cuma diberi tugas menyanyi je sebab dia terlalu kecik nak faham arahan aku rasa. Lagi pon dia baru je masuk nursery n masih malu-malu. Tapi memang nampak la dia dah mula bina keyakinan untuk beraksi depan orang ramai. Dia still follow aksi-aksi yang cikgu tunjukkan masa kena nyanyi walaupon dia buat tu takde le beria-ria.
As usual memang tak boleh ambik gambar kat nursery tak kira la masa workshop atau performance. Bab ni memang ralat sangat. Sebelum performance aku pon perasan ramai ibu bapa lain pon berhajat nak ambik gambar dan depa tanya kat teacher boleh tak nak ambik gambar. But then teacher cakap tak boleh ambik gambar sebab some of the kids tak dapat permission untuk gambar depa diambil bersama. Grrr....aku rasa macam nak cakap je kat teacher budak-budak mana yang tak dapat permission boleh tak tolong exclude selepas persembahan untuk ambik gambar ramai-ramai. Tapi aku just bayangkan dalam kepala aku je la scene aku cakap kat teacher macam tu.
So, hari bersejarah Ielyas untuk hari tu hanya boleh diabadikan kenangannya hanya dengan foto-foto dia je. Gambar macam tak significant sebab nampak macam Ielyas je gi nursery aritu. Padahal hasben aku kira ada 21 budak semuanya. Mujur ada sofea n her mummy. So, adalah bukti skit bukan Ielyas je yang datang untuk hari tu.
|
Mewarnakan lampu kelip-kelap |
|
Lepas warna lampu kelip-kelap Ielyas cuba hias biskut plak dengan bantuan teacher dia. |
|
Seterusnya hias pokok plak |
|
Ielyas tanya, ni apa dia? |
|
With Sofea n her mummy, Wani |
|
Ok, acara selesai. Jom balik! Kat area ni la setiap pagi ada sorang cikgu akan berdiri tunggu tepi pintu amik kedatangan budak-budak yang baru sampai. |
|
Inilah hasil kraf Ielyas buat. Yang snow man tu of course le aku yang tolong sebab cantik sangat kot.... |
|
Sebelum balik setiap budak dapat satu hadiah. |
|
Hadiah dari santa katanya |
|
Ielyas was very excited to unwrap his present. Ismael tu sebenarnya nak tolong unwrap jugak tapi aku larang sebab adik dia dah tepis-tepis nak bukak sendiri. Tu yang member dok berlutut kat tepi menurut arahan. Tapi masa adik dia tengah unwrap tu dia sibuk le dok bagitau dia tau hadiah apa. Dia kata dapat buku macam abang. Memang betul pon apa dia kata. |
|
Ni dia hadiahnya. Lepas ambik gambar ni kami duduk tiga beranak baca buku citer tu. |
No comments:
Post a Comment