Tennis Tots ni sebenarnya satu program belajar tenis untuk budak-budak umur 2-6 tahun yang diadakan di serata UK. Kebetulan ada sorang coach untuk program tu sorang Malaysian yang tinggal di Sheffield. Kalau tak silap, kami dah dengar pasal kelas tenis nak diadakan untuk budak-budak dalam pertengahan tahun tadi lagi. Masa raya haji lepas barulah coach tu edar promotion leaflet pasal Tennis Tots tu. Finally, bulan September Isamel dan Ielyas dah mula belajar tenis.
Hasben aku memang minat main tenis. Jadi kalau boleh dia nak berkongsi minat tu dengan anak-anak. Kebetulan ada program Tennis Tots, kami pon register anak-anak untuk join. Coach tu memang terror main tenis dan berpengalaman dalam tennis coaching. Dia punya profile boleh tengok kat sini. Bila tengok profile dia tu kami memang terus interested n hasben akulah yang paling excited mengalahkan anak. Hahaha......
Aku mula-mula macam tak berapa yakin. Boleh ke budak sekecik Ismael n Ielyas nak main tenis. Jangankan nak main, yang lebih aku tak yakin, boleh ke depa belajar tenis, boleh faham arahan ke depa nanti dan boleh ke depa buat apa yang coach suruh.
Alhamdulillah, lepas hampir 3 bulan sertai Tennis Tots programme Ismael ngan Ielyas dah mula menunjukkan kebolehan main tenis. Bila hari Sabtu je, cakap je kat depa nak gi main tenis masing-masing kalut bersiap nak gi. Tenis kiranya adalah antara perkara yang menjadi aktiviti kegemaran depa di hujung minggu selain gi carboot (mana tak sronok, setiap kali gi mesti dapat toy!)
Coach tengah demo apa nak kena buat |
Moga-moga anak mama jadi pemain tenis hebat yang soleh |
Alhamdulillah, lepas hampir 3 bulan sertai Tennis Tots programme Ismael ngan Ielyas dah mula menunjukkan kebolehan main tenis. Bila hari Sabtu je, cakap je kat depa nak gi main tenis masing-masing kalut bersiap nak gi. Tenis kiranya adalah antara perkara yang menjadi aktiviti kegemaran depa di hujung minggu selain gi carboot (mana tak sronok, setiap kali gi mesti dapat toy!)
Oopppsss.....ini bukan hoki sayang |
Coach tengah bagi kata-kata semangat. Lepas latihan akan dapat sticker. Budak-budak pon syok le. Inilah 5 orang pemain cilik yang selalu setia datang latihan. |
Ini sbenarnya masa 2nd session pengenalan kepada Tennis Tots. Masa ni buat di High Hazel Park. Ada masa buat indoor, ada masa buat outdoor. |
Petang tadi adalah sesi terakhir belajar tenis untuk winter term. Insha Allah, kata coach hujung Januari tahun depan kelas akan bersambung balik.
Insha Allah, balik Malaysia nanti kami cadang nak Ismael n Ielyas continue belajar main tenis. Manalah tau boleh jadi pemain muslim pertama dalam top 5 world ranking. Hahaha.....berangan tak ingat.
Nota kaki:
Adam anak coach tu yang baru umur 7 tahun giler pandai main tenis! Bila anak dia demo main tenis ngan ayah dia memang ada gaya pemain tenis profesional. Duduk kat sini anak dia dok lawan tournament sana sini sentiasa menang. Mat salleh semua kagum. Kira macam Rafael Nadal masa depan untuk Malaysia lah.
2 comments:
Kak, how much is the fees?
Harga untuk per child tak ingat la plak. Kami hantar 2 orang anak jd dapat diskaun skit. Untuk 2 org anak kami bayar £9 per session
Post a Comment