First time aku buat dulu tak berapa nak jadi. Second time aku buat, booommm!!! Jadi!!!!
Bahan-bahan:
Potatoes (ikut le korang nak berapa banyak)
Baby carrot (optional)
Extra virgin olive oil
Butter
Serbuk lada hitam
Bawang putih (ketuk sekali dengan kulit-kulit dia)
Garam
Herba: Thyme, rosemary, bay leaves, italian seasoning (ini boleh campur pilih mana suka dan boleh guna herbs lain yang korang suka. Aku guna semua yang aku senarai tu n hasilnya tip top. Aku pakai herba jenis kering je. Kalau pakai yang fresh aku agak bau dia mesti lagi best.
Cara buat:
- Kupas kulit potato dan belah 4 atau 6 atau sebesar mana yang rasa sesuai.
- Rebus kentang yang dah dipotong dalam air panas bergaram (kalau ada baby carrot rebus sekali). Rebus selama 10 minit. Duration 10 minit ni dikira start daripada air mula mendidih.
- Lepas 10 minit toskan rebusan kentang (dan baby carrot jika ada) selama 2 minit.
- Tuang satu layer nipis olive oil memenuhi roasting tin/bekas casserole yang boleh muat bahan rebusan tadi. Tapi lapisan tu bukan nipis sangat ye.
- Pastu bubuh ketulan butter kat serata bekas. Setiap satu ketulan tu besarnya lebih kurang besar hujung ruas jari telunjuk. Aku bubuh lebih kurang 5-7 ketulan untuk bekas aku. Butter ni akan buat roasted potato kita ada rasa dan bau sedikit creamy.
- Then letak potato yang dah ditoskan ke dalam bekas tadi dan tuang olive oil ke serata permukaan potato.
- Masukkan dalam oven dan bakar untuk setengah jam dengan suhu 180 degree/gas mark 3. Aku pakai setting grill, bukan fan oven sbb kalau pakai fan ikut pengalaman sebelum ni jadi kering sangat.
- Pastu keluarkan dari oven dan tekan potato pakai smasher (ala...pelenyek yang korang guna untuk buat cekodok tu). Step ni akan membuatkan potato tu dapat serap lebih baik rasa segala jenis perasa dan herba yang kita letak.
- Tabur garam skit, serbuk lada hitam, bawang putih dan herba yang ada. Pastu tuang sikit lagi olive oil sebab olive oil yang bubuh mula-mula tadi maybe dah tersejat.
- Masuk balik dalam oven dan bakar untuk setengah jam lagi atau sampai korang rasa "look good" kata Jamie. Lepas siap dah boleh hidang.
Makan panas-panas rasa lebih sedap. It should taste crunchy from outside but fluffy from inside. Boleh le cuba buat sempena tak boleh gi universiti sebab cuti krismas ni bagi yang sedang belajar tu. Yang tak belajar pon boleh buat. Come on....dapur korang maybe dah lama dah tak berasap dengan masakan western (baca ayat ni gaya Jamie. Hahaha.....) Give it a try!
Kalau nak resepi yang betul-betul versi Jamie boleh le tengok kat sini.
Kalau nak resepi yang betul-betul versi Jamie boleh le tengok kat sini.
No comments:
Post a Comment