Dah lama juga sebenarnya kami tak shopping barang rumah (mostly barang dapur) secara besar-besaran. Lepas peti ais dan kabinet dapur hampir kehabisan stok kami decide untuk shopping pada hari Jumaat lepas. Kenapa hari Jumaat? Hari Jumaat rasa macam hari tak kelam kabut sangat sebab hari Sabtu dan Ahad last week kami ada plan lain. Jadi Jumaat adalah hari terbaik sebelum stok yang ada akan buat aku buntu nak masak apa. Lagi pon hari Jumaat jugak adalah hari biasanya Asda kat sini top up stok barang fresh dan baru ke rak. Ia jugak bermakna hari ada lebih banyak pilihan untuk sayur dan buah dengan reduced price. Untuk penjimatan berganda kami tak beli semua benda di Asda. Mula-mula kami shopping kat Lidl and then baru ke Asda.
|
Inilah Lidl. Nampak macam biasa tapi harga luar biasa. |
|
Masuk-masuk Lidl disambut deretan fresh flower bouquets. Yang kat deretan paling atas tu cuma £2 sejambak. |
|
Supermarket kat UK mostly bersih-bersih. Bukan setakat bersih, takde bau yang tak best macam supermarket X dan Y di Kuantan walaupon ini kira tempat shopping kelas bawahan. |
|
Kami selalu beli buah dan sayur di Lidl. Biasanya sayur yang takde jual kat sini je kami beli kat tempat lain. |
|
Limau bali pon ada jual |
|
Tengah check ingredients. Walaupon suitable for vegetarians still kena check sebab takut ada alcohol. |
|
Cari yogurt kat sini sebab anak-anak suka sangat makan yogurt. Untuk 12 cups baru £1.29. Jangan le convert ke RM. Dengan nilai mata wang kat sini £1.29 untuk 12 cups memang sangat murah. |
|
Zon tengah di Lidl adalah zon bahaya sebab banyak barang bukan makanan yang best-best. Sila lalu cepat-cepat. Tapi kami selalu jer tertarik nak pi tengok. Macam ada besi berani. |
|
Encik suami teringin nak makan salmon. Dia yang nak masak. Masak ala-ala Jamie Oliver yer abang..... |
|
Semua supermarket di UK ada display detail price untuk kita buat comparison dengan barang lain yang sama atau serupa. Jadi kita boleh tau yang mana lebih murah dan patut kita beli. |
|
Untuk semua ni jumlahnya £57.43. Harga dah skali dengan VAT. Kalau tolak harga 2 buku dan satu power bank harganya baru £36.46. Kalau kat Malaysia buku saja aku rasa paling kurang dah RM100. Kalau semua-semua kat atas tu mau RM200. Itu blom masuk GST! |
|
Bukti pembelian di Lidl. |
|
Haa....Inilah Asda. Ini sebenarnya salah satu Asda yang ada di Sheffield, yang paling dekat dengan rumah kami, Selain tu kat sini ada supermarket Tesco, Morisson, Sainsbury, The Cooperative.Some brands ada lebih dari sebuah di Sheffield. Betapa banyaknya pilihan, Parking sangat mudah kat sini walaupon weekend. Seingat aku kami tak pernah menunggu parking. Kalau kat Giant Kuantan bila weekend je pusing 3 kali pon blom tentu lagi boleh dapat parking. |
|
Deretan jambangan bunga yang dijual di Asda |
|
The other side of flower bouquet line. Ini pemandangan biasa di mana-mana supermarket di UK terutamanya supermarket besar. Nak krismas nanti mesti lagi banyak. |
|
Aku tengah pilih fruits n vegs with reduced price. Banyak yang masih elok-elok. Aku hanya ambik dari sini untuk kegunaan dalam masa terdekat je. Kalau nak guna lambat lagi kena beli dari rak harga biasa. |
|
Inilah rupa tempat jual ikan kat Asda. Lawa je dia susun ikan kat atas rak tu. Tapi ikan jual kat sini taklah sesegar ikan yang di jual kat pasar Malaysia. Bab ni UK kalah aku rasa. |
|
Minyak wangi branded jual kat Asda je. DKNY baru £14.40. CK £13. Playboy £5 je! Nasib baik kami bukan kaki minyak wangi. |
|
Hasil belian di Asda, Ini semua baru £42.02. Paling mahal sabun basuh baju, £6. Itu pon aku amik harga paling murah untuk brand paling elok yang dijual hari tu. Kalau perasan ada few items with reduced price tag (yellow tag). |
|
Bukti pembelian di Asda |
Kami hanya buat pembelian besar-besaran 3-5 minggu sekali. Kalau setakat nak top up sayur, buah, susu atau roti kami beli di Lidl je. Hidup kat sini kena lah pandai-pandai berjimat. Duit lebih elaun bulanan tu sangat perlu untuk perkara-perkara kecemasan (kereta rosak, saman dll) dan jugak keperluan lain. Alhamdulillah, dengan penjimatan ni kami masih mampu untuk makan sedap-sedap dan beli barang-barang best.
No comments:
Post a Comment