Friday, December 19, 2014

Mini Power Bank

Bila gi Lidl nak beli barang dapur/tidbits/susu/buah/roti, aku n hasben suka jugak tengok-tengok barang bukan makanan kat situ. Lidl selalu aje ada barang baru setiap kali kami gi. Jumaat last week terjumpa satu power bank saiz mini. Masa tu terfikir dah sampai masanya aku ada mini power bank yang convenient untuk letak dalam handbag. Hasben aku ada beli satu dari Malaysia tapi itu dia punya le. Kalau aku nak gi mana-mana dan macam perlukan power bank dia akan suh bawak yang dia punya tu. Tapi macam tak brapa best nak bawak sebab berat (takde le sampai sekilo tapi kategori berat la). Sometimes kami dua-dua nak pakai tapi bendanya satu je.

So, bila dah jumpa satu yang nampak ok aku pon tanpa fikir panjang beli satu. Harganya pon taklah mahal sangat, £6.99. Small n very light, just about 7g. I really like it!





Nota kaki: 
Tahukah korang power bank sebenarnya dicipta oleh seorang lelaki dari China. Bila orang tahu dia telah berjaya cipta suatu alat yang boleh menyimpan tenaga, ciptaan dia sangat-sangat dikehendaki. Dan power bank yang pertama keluar dijenamakan sebagai Pineng. Bukan "pinang" di belah dua dalam bahasa tu. Memang ejaan dia P.I.N.E.N.G.

No comments: