Masa mula-mula sampai UK aku tak yakin nak beli barang-barang keperluan harian yang cap/brand biasa-biasa sebab berdasarkan pengalaman kat Malaysia most of the times barang cap biasa-biasa tak best. Cap biasa-biasa yang aku maksudkan macam brand supermarket (Lidl, Aldi, Asda, Morisson, Tesco) atau brand yang tak popular. Tapi setelah try beli dan pakai bermcam benda yang sama dari brand berbeza aku realize kat sini kita boleh rely on cap biasa-biasa untuk banyak keperluan. Mostly kualitinya setanding atau tak jauh beza dengan barangan berjenama. Memang jimatlah beli barang cap biasa berbanding cap berjenama hebat. Ye la, tentu-tentunya la sebab faktor jenama kan.
Antara barang yang cap biasa-biasa kami guna. Ini cuma sebahagian kecil je. |
Pernah ada orang tanya aku, aku pakai milo ke bila aku buat kek batik. Milo???? Milo kat sini mahal giler ooo....dan bukan senang nak pi beli jugak sebab hanya ada jual di Tesco atau kedai cina je. Itu pon rasanya tak sama dengan milo Malaysia. Aku pakai chocolate drink powder cap Asda je. Pernah jugak ada kawan aku tanya aku buat mango float pakai soft cheese brand Philadelphia ke. Oh, tidak...aku pakai cap Asda jugak. Dan semua bahan-bahan untuk mango float tu aku pakai cap biasa-biasa je.
Banyaklah benda-benda kat umah kami guna cap biasa-biasa dan dengan penjimatan beli barang cap biasa-biasa tu lah kami dapat beli slow cooker, portmeirion, handbag aku (hahaha) dan macam-macam lagi. So, bagi korang yang dok UK janganlah takut guna cap biasa-biasa je. Aku taklah kata semua bagus tapi banyaklah yang OK atau cukup OK kualitinya.
No comments:
Post a Comment