Thursday, December 4, 2014

Free Meal at School

Alhamdulillah, Ismael dapat free meal kat school setiap hari sejak minggu kedua masuk FS2 (Masa first week takde lunch disediakan sebab masa introduction week tu balik awal). So, aku tak perlulah kalut-kalut untuk sediakan lunch pack untuk dia. Memang aku rasa lega sangatlah. Bukan senang nak pikir apa nak masak untuk Ismael makan hari-hari.

Actually we can opt to choose the free meal or not but aku rasa macam semua budak amik. Rugi la kan tak amik. Dah le memudahkan kerja, free plak tu. Bagi parents yang tak nak anak ambik free meal tu boleh pilih sama ada sediakan lunch pack atau ambik anak bawa balik umah dalam tempoh sejam untuk lunch. Aku tak pasti free meal ni sampai year berapa yang entitle sebab anak-anak kawan aku yang lebih tua skit dari Ismael takde makan free katanya dan aku tak sure jugak sama ada free meal ni sudah implement di semua primary school di UK atau tak.

Setiap pagi hantar Ismael ke kelas dia, teacher dia dah siap display pictured menu hari tu guna projector dan sedia menunggu untuk ambik order every single child. Every kid has 3 choices to make for main dish. Since many kids in the school are muslims, menu makanan halal disediakan. Syukur, Alhamdulillah.

Ini antara menu yang disediakan. Cuba tengok betul-betul. Memang mewahlah apa yang setiap budak dapat makan setiap hari. Dalam 3 pilihan main dish untuk muslim kids (kuning, hijau dan biru), Ismael paling suka yang kaler biru, jacket potato dan fish n chips. Almost every day dia akan pilih jacket potato. 

Ismael bukan setakat dapat free meal kat schoool tapi jugak free snack around 2 hours before lunch time. Untuk snack biasanya depa dapat makan buah macam orange, pear, apple, banana dan jugak carrot. Selain tu depa jugak dapat susu kotak tapi baru-baru ni aku tak sign surat untuk free milk sebab Ismael tak minum susu kotak kat skolah tu. So, daripada membazir baik skolah simpan duit tu untuk apa-apa yang bermanfaat. So, during snack time Ismael akan makan buah dan minum plain water je. Itu pilihan dia dan kami tak kisah.

Harap-harap bila Ismael masuk Year 1 bulan September tahun depan pon masih dapat free meal. Masa tu kami maybe lagi sibuk jadi kalau dapat free meal lagi memang sangatlah bersyukur, 


Nota kaki:
Bila sampai kelas teacher Ismael akan tanya "What do you want for dinner?". Aku mula-mula terkejut bila cikgu dia sebut "dinner". Di Sheffield sesetengah local people kat sini sebut lunch tu dinner. Dinner tu plak dia kata supper. Ini sebenarnya sebab sejarah. Sheffield dulu bandar industri besi. Orang sibuk kerja jadi masa lunch tangguh jadi lewat skit. Oleh sebab bila winter waktu malam cepat jadi masa lunch yang ditangguh tu kira dinner. Wallahualam.   

No comments: