Petang semalam kami ke rumah kawan kami di Tinsley (Sheffield) sebab dia buat birthday party anak lelaki dia. Sronok dapat jumpa kawan-kawan sambil makan-makan. Tuan rumah, Zaahirah memang super mom, anak 3 orang kecik-kecik tapi mampu masak macam-macam hidangan untuk tetamu. Sambil dukung anak dia masih boleh ambik gambar pakai kamera dslr guna tangan sebelah lagi. Memang pantas n cekap. Pada masa yang sama boleh sembang-sembang santai dengan tetamu. Terbaik lah....
Foto ni amik dari FB Zaahirah. Orangnya yang pakai tudung kuning tu. |
Gambar kenangan sebelum masing-masing balik. Ini maybe birthday party terakhir di rumah Zaahirah yang terakhir kami dapat datang. Awal tahun depan maybe dia sekeluarga dah nak balik for good. |
Gambar kenangan untuk daddys plak tapi hasben tak ready. Hahaha....Tuan rumah yang paling kanan. Ini masing-masing kira geng senior. |
Sayangnya masa kami sampai birthday kek telah selamat dipotong. Kami gi lambat skit sebab kami decide gi ke sana lepas solat Isyak (Isyak masuk kol 5.38). Majlis mula kol 5 petang atau lebih tepat dikatakan sebagai 5 malam sebab hari dah gelap. So, tak dapatlah tengok rupa birthday cake with angry bird theme secara live.
Selesai birthday party kami pon balik. Lepas sronok-sronok tetiba tak sronok plak. Dalam perjalanan kena tahan kereta polis. Malang sekali seat belt anak-anak kali ni kami tak pasang betul-betul. Memang kena bebel lah ngan polis peronda tu. Bukan setakat kena bebel tapi kena saman sekali. Melayang £80. Memang menjadi amalan kami buckle up their seat belt properly. Tapi semalam perkara nak jadi, dua-dua tak proper. Mujur kena £80, bukan £160. Polis tu consider satu saman saja untuk satu seat belt. Aku rasa stress jugaklah sebab tak pasal-pasal melayang £80. Boleh beli macam-macam tu. Kalau beli barang dapur kira boleh dapat stok untuk 3-4 minggu lah. Itulah, dugaan phd ni bukan sekadar dugaan belajar semata-mata tapi jugak dugaan sampingan kehidupan. Ada saja.....
Surat saman |
Inilah first time selama kami dok uk hasben kena saman. Menunjukkan betapa kami mematuhi peraturan. Ye ke? Huhuhu...... Kalau hasben memandu biasanya aku akan jadi mesin peringatan automatik suruh perlahan kalau dia memandu over speed limit. Ye la.....kat uk ni speed trap camera tu ada merata-rata. Kat jalan kampung pon banyak. Kalau kena saman, memang stress lah sebab jumlahnya bukan sikit. Kalau kena saman saja takpe. Yang lg stress kalau kena gi kelas kesedaran. Bukan pergi free tau, kena bayar nak dengar ceramah yang bukan kita nak pon. Hahaha....lagi stress kalau kena potong point yang akan bagi effect pada driving license.
3 comments:
Salam kal lyn,
Saya selalu baca blog kak lyn..hehe ni first time drop comment here..
Boleh tak nak tahu tak pasang betul betul seat belt tu macamana ye..sebab anak saya pun dia suka benar keluarkan tangan dia dari belt tu..
Wslm. Masa tu kami just selit gitu je. Kalau tengok dari luar memang nampak pakai tp tak lock belt tu sbb masa tu nak cepat. Huhuhu...our fault. Tp kalau ikut rule sepatutnya budak tak boleh keluar tangan dia dari belt sbb itu pon di kira kita pasang tak proper sbb masa salah sorang polis tu tolong pasangkan dia cek balik sama ada belt tu longgar tak
Owh begitu...lepas ni saya kene strict sikit dengan anak tu...ingatkan kalau dah lock tu kire oklah..hehe..
camne la polis boleh perasan ye kak..dahsyat betul
Post a Comment