Tuesday, December 2, 2014

Beli Ikan Di Pasar

Selama dok Sheffield kalau nak beli ikan kami biasanya beli sama ada di supermarket (Asda atau Morisson) atau beli dari kedai yang memang jual ikan dan seafood. Ikan dan seafood kat Sheffield ni pada aku bukanlah kategori murah sebab kalau beli seekor ikan yang fresh atau baru sampai biasanya harga seekor  lebih dari £2. Harga tengok jenis ikan la. Kalau ikan seabass atau sea bream harga tak offer dalam £4 seekor ooo....Mahal kan? Definisi mahal kat sini bukan setelah convert ke RM tau. Kalau convert ke RM lagi le korang rasa super mahal. Biasa orang Malaysia kat sini beli ikan seabass (siakap), sea bream, mackeral (macam ikan sardin tapi bukan sardin dan saiznya besar). Itu le tiga jenis ikan yang biasa kami kat sini beli sebab memang tak banyak jenis ikan ada jual. Ada jugak ikan jenis lain macam trout tapi aku tak suka sebab rasa ikan dia tawar, ikan sardin yang memang sardin spesis lain sangat dengan sardin Malaysia, ikan salmon yang harga dia memang antara yang termahal dan mat salleh paling suka aku rasa. Tapi ikan lain-lain selain dari tiga jenis ikan yang aku sebut mula-mula tadi memang jaranglah Malaysian beli. 

Kalau nak pilihan yang lebih variety kenalah pergi pasar. Itu pon takde le banyak jenis macam di Malaysia dan ikut nasib jugak. Oleh kerana dah lebih 2 minggu makan lauk ayam, daging dan telur, minggu ni kami teringin le plak nak makan ikan. So, pagi tadi kami ke The Moor Market, satu-satunya market basah besar yang ada di Sheffield. Itu pon tak basah. Kering je...


Salah satu pintu masuk The Moor market. Pintu masuk market macam pintu masuk nak ke Mark & Spencer je. Hehehe....

Bestnya market ikan kat sini, takde basah-basah kat lantai macam market ikan kat Malaysia. So, tak payah takut kasut kita akan basah dan berbau ikan. Lantai adalah sekering-kering macam kat kedai jual kain. Ikan n seafood plak disusun lawa je kat atas display counter. Kebanyakan ikan dah disiang siap-siap sebab aku rasa mat salleh tak suka siang ikan dan maybe depa jugak geli nak siang ikan. Huhuhu......Kalau ikan yang kita nak beli blom disiang kita boleh request suruh penjual tu siangkan. Kalau dia siangkan korang akan tengok ikan tu akan dilap dengan tuala/tissue paper supaya nampak kering dan tak berdarah. Mula-mula dulu aku rasa pelik jugaklah. Tapi memang macam tu le depa akan buat bila kita beli ikan yang disiang baik di pasar pasar mahu pon kat supermarket. Pekerja jual ikan pulak semuanya pakai apron dan baju macam lab coat kaler putih. Ikut peraturan rasanya.

Salah satu kedai jual ikan n seafood dalam The Moor. Tengok tu dia susun kemas je kat atas kaunter. Bagusnya kedai ni owner dia (dalam gambar) siap bagi idea nak masak apa kat kertas-kertas yang bergantung tu. So, customer boleh amik mana-mana printed recipe untuk bawa balik. 

Pagi Isnin nampaknya tak ramai orang ke pasar berbanding weekend. Biasanya kami gi weekend orang ramai kat dalam The Moor. Atau maybe orang tak ramai masa ni sebab kami gi dah lewat pagi jugak.

Kedai jual ikan je pon siap ada beg plastik sendiri lagi. 

Kalau kat Malaysia kita boleh tawar-menawar bila beli ikan kat pasar, kat sini takde maknanya nak menawar. Kalau dia kata jumlah perlu bayar £8.01, dia nak ye 1 pence tu. Huhuhu.....Part ni yang tak best.

Actually dalam The Moor market ada jual macam-macam lagi selain ikan n seafood. Ada jual sayur dan buah, daging (termasuk le daging oink-oink), barang keperluan dapur, ada kedai jahit, kedai jual greeting cards, jual karpet, cafe dan macam-macam lagi. 

Kami sbenarnya jarang ke The Moor sebab jauh jugak dari rumah kami. Kalau sekali gi biasanya lebih dari dua jenis ikan/seafood yang kami akan beli kat sana. Jom tengok apa kami beli kat market pagi tadi.

Ikan talapia

Siakap

Siakap merah

Takkan tak kenal kot. Ini udang. Huhuhu....Mahal jugak ni. 400g dalam £5++

Rezeki kami hari ni dapat beli ikan keli. Dah lama sangat tak makan ikan keli. Goreng aje pon sedap ni. Yang ni murah sebab mat salleh tak suka kot. Seekor ni lebih kurang sebesar lengan aku tak sampai £2 harganya. 

Mussels. Sini aku tak pernah jumpa lagi siput lala. Memang takde rasanya. So, yang ni je la pengganti siput lala kegemaranku. Sebungkus ni £3.50.

Kepala ikan salmon. Hasben aku kata dia nak buat kari kepala ikan. Kalau kat Malaysia ini rare. Kalau ada jual kari kepala ikan salmon kat Malaysia sah-sah mahal terbabas sebab ikan salmon mahal ooo kat Malaysia. Kat sini kepala ikan salmon sebesar tapak tangan aku ni baru 50 pence seketul. Dulu-dulu orang Malaysia yang pernah dok kat sini kata fishmonger bagi free je. La ni depa cerdik skit, depa jual sebab aku rasa ramai Malaysian cari.

Dan hasilnya untuk hari ni dapatlah kami makan nasi berlaukkan mussels masak lemak cili api dengan kerabu tauge. Alhamdulillah...

5 comments:

sweetie said...

Pasar ni baru siap ye Naflyna... sebab masa saya ada disana dulu.. tengah contruction lagi...

Naflyna said...

Baru jugak. Tak ingat sama ada mula bukak hujung tahun lepas atau awal tahun ni. Bila akak Sweetie nak datang Sheffield lagi? :)

sweetie said...

InsyaAllah Naflyna, jika tiada apa-apa halangan masa anak saya konvo tahun depan... Cadangannya, saya nak duduk sana sebulan. Bestla The Moor Market ni dah bukak dan dekat dengan rumah anak saya.

Unknown said...

Salam Naflyna,

Saya nak tanya infos on education for 13 yrs old dan 18 yrs d UK. Akak tgh survey kot2 jadi wat postdoc di UK in 2016. Sekolah free ke utk 18 yrs old dan 13 yrs old?

Tq dear...
K Ina.
KL.

Naflyna said...

Wslm. Setahu sy schooling n dental utk 16 years n below je yg free. utk makluman jugak utk medical skarang UKBA dah buat rule baru di mana ada health surcharge. Elok pastikan sama ada sponsor akan bayar atau tak