Sunday, November 3, 2013

Pear n Apple Picking

Dah agak lama aku tak berblog. Tak sempat sbb lately sibuk ngan PhD (hari lain pon sibuk jugak dengan PhD cuma kali ni super sibuk) dan jugak dengan Ismael yang dah mula ke nursery. Last two weeks kami ke Goechers Farm, petik pear n apple. Dulu kami dah pi dah ke Goechers Farm tapi dulu kami datang petik strawberry tapi kali ni petik pear n apple plak. Sbenarnya tak plan pon nak ke sana sbb dah asyik balik lewat dr universiti during weekdays jd ingat nak rehat je kat umah masa weekend. Pastu ada kawan ajak kat FB gi petik apple. Hasben bersungguh mengajak n aku pon terasa macam nak tengok dunia luar plak, instead mengadap laptop. Lagi pon sian kat anak-anak terutamanya Ielyas yang dah beberapa minggu tak ke mana-mana. Ok, aku stuju kami gi skali. Dua famili je pi. Tapi kami ok je.

Sampai sana baru aku tau rupanya bukan setakat boleh petik apple tapi jugak pear. Wah....bagus sebab aku lebih suka pear dari apple. Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat enjoy sampaikan aku terlupa skejap masalah PhD aku. Bila dah balik terasa menyesal tak petik buah pear banyak-banyak sebab dua hari lepas picking tinggal beberapa bijik je lagi. Rsnya aku dengan Ismael lah yang makan pear paling banyak :)

Ini buah epal hijau baka baik tapi tak berapa sesuai nak makan macam tu saja sebab agak masam. Kat sini mat salleh guna epal ni utk buat apple tart or apple strudle. 

Tauke ladang bagi plastik untuk petik. Petik lah sebarapa banyak yang kita nak. Lepas tu gi timbang, sekilo 99 pence (kiranya macam 99 sen la). 

Sayangkan apple jatuh macam tu saja sebab terlalu ranum dan tak dipetik

Dah dapat petik apple yang paling besar!

Sambil petik sambil boleh makan. Tuan ladang kata takpe sebab dia memang expect orang akan buat macam tu. Kiranya halallah yang kita makan kat situ. Cuma dia kata janganlah makan sampai berbakul-bakul. 

Kenangan di pokok apple yang tak boleh dilupakan. Cuma sayangnya apple merah kat sini saiz dan warnanya tidak membuatkan kita teruja nak makan. Maybe jugak kami tak explore ke dalam sikit untuk jumpa apple merah yang gred elok.

Kami bersama famili Maniha. Maniha bersungguh nak mai sebab entertain parents dia yang datang dari Malaysia.

Di kiri apple, di kanan pear.

Ismael sangat suka pear sampai kiri kanan pegang pear. Tengok pear bergayut-gayut. Memang tak boleh tahan nak makan kat situ jugak.


Ielyas pon nak petik sendiri jugak





Plum pon ada jugak kat Goechers Farm. Tapi masa kami pi tu musimnya dah di penghujung. So, tak sronoklah untuk memetik.

 Apple trees opposite customer car park. Masa sampai memang kami terujalah tengok macam memanggil-manggil suruh datang apple picking kat sini.

Bye Bye Goechers Farm

Tuesday, September 3, 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri Warga Darnall

Cerita ni dah agak lama berlalu. Baru ni berkesempatan nak update. 17 Ogos lepas, 9 keluarga Melayu (jumlah baki kelaurga Melayu terkini) qariah Darnall telah mengadakan open house Aidilfitri untuk semua warga PMPMS. Setiap keluarga kena masak sekurang-kurangnya satu menu dan keluarga kami sediakan roti jala n murtabak. 

Aku n Aisyah mengerah tenaga buat murtabak ayam penuh dua bekas ni. Start buat malam sebelum open house, lepas maghrib n selesai kol 2.30 pagi. Huhuhu....

Esoknya kol 8 pagi aku start plak buat roti jala. Aisyah start awal lagi, kol 7.30 pagi. Kol 1.30 petang baru selesai kami menjala. Pastu kelam kabut bersiap sebab kol 2 petang mula open house.

Ini kari roti jala. Yg jugak boleh dimakan bersama murtabak

Majlis rumah terbuka dibuat di satu dewan komuniti yang disewa dengan harga £80. Kos sewa £60 ditaja oleh tok penghulu PMPMS (yg jugak warga Darnall) sebab open house ni diwar-warkan sebagai open house penghulu dengan warga Darnall dan baki £20 disponsor oleh Nawwal & Hafizul suami isteri. Ada 10 jenis hidangan semuanya, tak termasuk kuih raya dan buah tembikai. Keluarga kami buat 2 jenis dan famili lain buat satu jenis, jadi ada 9 jenis. Ada nasi ayam penyet, nasi ayam, mee kari, bihun sup, laksa johor, nasi dagang, lab stew with buns, laksa penang dan tak lupa jugak dari kami: roti jala pelangi dan murtabak ayam mini. 

Tetamu rambang mata nak makan mana satu

Antara tetamu yang datang ke open house kami

Antara chef yang telah bertungkus-lumus

Lagi gambar chef-chef yang terlibat. Yang pakai tudung biru sbelah kiri tu, Zaahirah, salah sorang tetamu kami. This lovely photo is one of her FB photo album collections.

Tengok tu bapa mithali tengah jaga anak, kasi chance kat isteri menjamu selera. Kelihatan Ielyas tengah sibuk tengok menu kedai fast food. Papa dia tinggal dia sat kat situ sebab nak p amik air kot....

Ahli tuan rumah sambil layan tetamu sambil makan

Budak-budak sibuk main tolak-tolak kerusi sementara tunggu parents masing-masing berkemas lepas selesai open house

Warga Darnall bergambar kenangan lepas selesai semuanya. Syukur Alhamdulillah sebab open house Aidilfitri kami berjalan lancar dan meriah. Kalau ada rezki kami buat lagi tahun depan.

Friday, August 23, 2013

Shopping at Dunelm Mill and Home Bargain

Oleh kerana target kerja programming aku hari ni tercapai, aku dengan agak rasa bersalah (sebab patutnya kerja kuat lagi) ajak hasben gi ke Broomhill. Hajat sbenar nak gi satu charity shop kat sana. Tak sangka plak pastu hasben ajak jalan ke Hillsbrough. Oleh kerana kami ada pass tram dan bas Stagecoach memang tak payah fikir le pasal kos pengangkutan nak ke sana. Sampai di pekan Hillsbrough baru aku perasan pekan dia memang ada suasana pekan mat salleh yang sebenar. Kalau belah-belah tempat tinggal kami di Darnall tak nampak macam pekan omputih sebab kedai-kedai kat Darnall mostly milik orang Pakistan. Selain tu kat Hillsbrough ada lebih banyak kedai charity shop, lebih dari apa yang aku jangkakan.

Bila dah sampai Hillsbrough hasben ajak singgah ke Dunelm Mill padahal aku tak terfikir langsung pon nak gi ke Dunelm Mill hari ni. Keinginan nak ke situ memang ada tapi tak tau pulak bila boleh pegi dengan dok sibuk nak hantar transfer report. Memang bestlah hasben aku ni sebab memahami impian, harapan dan minat aku. Huhuhu.... Kami tau pasal Dunelm Mill ni dari seorang rakan blogger yang posted a comment of my blog post titled Ter"shopping". Dia cadangkan aku try terjah Dunelm Mill. Memang best.....(Thank you Asma!). Kalaulah ada orang bawa kami ke situ masa kami mula-mula cari barang rumah utk memulakan kehidupan di UK memang best lah sebab banyak barang yang serupa n even many of them better than what we bought in terms of price, quality n appearance. Dunelm Mill ni lebih kurang macam Wilkinson (aku suka jugak tengok barang-barang kat sini) tapi dia lebih banyak jual barang-barang perhiasan dan perkakasan rumah. So, inilah hasil terjahan ke Dunelm Mill:

Dah lama dah aku cari patched bedspread macam ni. Masa sebelum aku blom pernah terfikir nak mai UK lagi aku cari macam ni. Selalu tengok kat dalam magazine atau gambar hiasan kat internet je. Cantik sangat patched bedspread ni. Bukan made in UK. Ini made in China je tapi aku tak kisah. Aku peduli apa made in UK ke made in China. Kalau made in China tapi takde yang cantik macam ni kat Malaysia ok per....

Ini salah satu wish list aku sejak mai UK. Gravy bot yang boleh digunakan untuk bubuh kuah kuih lopis misalnya. Sweet kan? Tak sampai 3 pound ni. Paling murah aku pernah jumpa n kurang cantik skit dari ni pon dah 5 pound. Ini kira berbaloi dah.

Bekas Pyrex sesuai untuk isi kuih-muih atau lauk untuk ke majlis potluck. Aku dah ada satu yang saiznya besar skit dari ni. So, tambah satu lagi koleksi. Untuk pengetahuan, jenama pyrex kat sini murah berbanding di Malaysia. Memang syoklah membeli Pyrex.

Lepas berbelanja agak sakan di Dunelm Mill kami pon decide utk balik semula ke office, sambung kerja balik le.... Dalam perjalanan nak ke tram stop ternampak Home Bargain. Hasben aku teringat landlord kami pernah sebut yang santan kat situ murah n kebetulan stok santan kat umah pon dah tak banyak. Jadi kami pon singgah plak situ. Haisshh....tak habis lagi nak keluar duit rupanya. Santannya murah jugak la. Dan kat bawah ni antara barang yang aku beli di Home Bargain selain dari barang keperluan yang lain.

Bila shopping mesti teringat kat anak-anak. Jadi beli bip ni kat Ismael n Ielyas sorang satu. 99 pence each.

Dah berbulan-bulan aku ingat nak beli body scrub. Ni baru sempat nak pikir beli. Murah je, 89 pence.

Bila kami survey harga barang-barang kat situ kami buat kesimpulan yang kami patut kurangkan beli barang di Tesco sebab banyak barang yang sama kami boleh beli lebih murah di Home Bargain (macam syampu, shower gel, pembersih tandas dll). Kesimpulan bersama adalah, beli sayur dan buah di Lidl atau Aldi sebagai langkah penjimatan yang menguntungkan.

Friday, August 16, 2013

Office Sementara

10 Jun yang lepas all postgrad students di bilik aku kena move ke satu bangunan baru sebab our department wanted to do some refurbishment. First, we were told that we have to stay at the temporary office around 4-6 months. But then we were informed later that we have to stay about 4 to 6 more weeks. Actually, I was really happy for the delay.

When we were first told that we have to move to a temporary office aku seriously worried dengan condition tempat baru yang mungkin rasa tak selesa. Tapi aku sangat bertuah sebab bilik yang aku pilih hanya 2 orang je yang pilih nak dok situ, aku dan sorang lg Chinese British student, namanya Carmen. Dia pulak kadang-kadang je datang office, maybe sekali atau paling banyak dua kali dalam seminggu. Jadi memang privacy giler aku dok kat office sementara ni. Siap boleh makan minum masa bulan puasa hari tu. Hehehe....Yang paling penting, tak kisahlah bagaimana buruknya rupa aku berkerut dahi n cakap sorang-sorang mengomel masa buat programming, takde sapa pon akan kisah. Memang syok to the maximumlah privacynya. 

Inilah rupa bangunannya di mana office sementara kami untuk lebih 2 bulan, di Victoria Street. Sebelah bangunan ada gereja lama yang digunakan oleh universiti untuk menyimpan inventori berupa perabot. Bilik aku tingkap yang bawah sbelah kiri.

Bangunan ni asalnya bukan department kami punya.

Inilah workspace sementara aku. Luas n sangat privacy


Letih-letih tengok pemandangan kat luar jap. Meja sebelah tu meja Carmen.

Aku jugak rasa bersyukur dapat ofis sebilik dengan Carmen sebab dia rajin jugak nak sembang2 n secara automatiknya dalam masa lebih 2 bulan dok di ofis sementara ni ada banyak vocabulary aku bertambah. Bukan tu saja, walaupun dia datang ke ofis bukan selalu ada beberapa menda yang berkaitan dengan kerja-kerja Phd aku telah dia share contohnya pasal Matlab. Dulu kami dok sebilik jugak tapi sebab meja dia jauh dari meja aku, kami jarang dapat jumpa. Tak pernah sembang2 pon macam kami sembang di bilik ofis sementara kami. Ada la aku dengar suara dia kat opis tapi tak nampak selalu sebab terlindung dengan partition yang agak tinggi. Tapi kalau berkesempatan nak sembang pon macam tak berani je nak buat dengan santai sebab bilik kami tu bilik postgrad yang super senyap, tak boleh bising-bising. Nanti ada yang tak senang hati. Bila dapat sembang kejap2 ngan dia di office sementara rasa release jugak tension dengan kerja-kerja research.

Kalau mengantuk boleh tido kat kerusi 3 sebaris tu tapi tak plak aku pernah buat walau sekali

Kebetulan after few weeks kami dok di ofis sementara tu bunga lavender tengah lebat berbunga. So, every morning datang kerja we were welcomed by the lavender fragrance for few weeks.

Tapi Selasa baru ni kami dah dapat email nak kena return to our original office next week n we have to pack everything this Friday. Giler rasa sayu. Office sementara dah le privacy, tandas pon dekat, ada fridge n instant boiler. Memang syok lah.
Kotak untuk letak barang kami dah diberi. Orang mover akan angkut this weekend rasanya. So, Isnin depan kami akan dok balik at our original office yang telah refurbish. Kotak biru kosong tu aku punya. Carmen dah siap kemas barang dia. Aku blom kemas lagi sbb boleh kemas last minute je sbb tak banyak barang

Masa kerja-kerja pemasangan perabot baru aku p tengok jap. Saja p naik atas office ni lepas lunch ngan hasben kat bawah.

Harap-harap workspace baru nanti aku akan rasa a lot better than what we have before. Masa gi tengok office tu pagi tadi, smua kerusi meja dah siap di pasang. Nampak macam ok lagi sbb aku bakal dapat meja baru yg lebih besar, kerusi baru, carpet baru n susunan meja yang lebih teratur. Kalau sebelum ni setiap postgrad student di bilik aku dapat perabot berbeza-beza (senior workspace lebih besar dan selesa), lepas ni semua dapat sama. So bilik nampak lebih kemas sebab perabot seragam. Harap-harap jugak aku dapat kedudukan meja yang aku pilih. Jadi kalau tetiba kekeringan idea bolehleh buat jap menda lain tanpa rasa bersalah. Huhuhu.....

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri Pertama Di UK

Sehari menjelang Aidilfitri kami berkumpul di rumah kawan aku untuk gotong-royong masak rendang kambing n daging. Kami masak rendang kambing untuk jamuan raya Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) n rendang daging plak untuk habuan setiap keluarga Darnall saja. Sambil rewang, dengar lagu raya. Aku suka sesi rewang tu sebab terasa mood raya. Masing-masing tak ke universiti sebab masing-masing dah sedia maklum awal-awal lagi pasal aktiviti rewang tu n aku memang takde mood dah nak ke universiti. Mood nak raya kan.... Tgk status kat FB ramai orang dah balik kampung lagi awal tatkala aku sibuk siapkan transfer report n buat programming. So, sehari menjelang aidilfitri memang takde hati dah nak dok kat meja ofis lagi. Stress!!!! Huhuhu..... lepas selesai rewang masing-masing balik ke rumah. Di rumah kawan yang sama kami berkumpul semula untuk iftar terakhir dan takbir raya. Plan asal nak takbir di 3 buah rumah yang lain plak. Tapi sebab masing-masing dah letih, just takbir di rumah di mana kami buka puasa bersama.

Satu periuk masak rendang daging n satu periuk lagi masak rendang kambing

Kaum ibu buat kerja potong-memotong n mesin bahan-bahan memasak
 
Sementara menunggu waktu berbuka lepas selesai rewang

Tuan rumah bertudung biru tengah sibuk menghidang sebelum masuk waktu berbuka puasa

Pembahagian rendang daging lepas selesai iftar sebelum masing-masing nak balik rumah

Pagi-pagi raya kami bersiap-sedia ke Pakistan Muslim Centre (PMC) sebab dewan di situ telah disewa oleh komuniti Melayu di sini untuk solat aidilfitri dan jamuan raya. Aku n hasben kena gi awal ke sana sebab kami AJK persatuan jadi nak kena sedia apa yang patut sebelum tetamu lain datang. So, dengan baju terbaik yang paling cun aku ada (takde baju raya baru untuk tahun ni) aku ngan hasben dan dibantu aisyah sibuk susun kerusi meja untuk tetamu. Sambutan Aidilfitri takde apa yang menarik sangat n taklah meriah mana pada aku. Sronok lagi sambutan Aidiladha tahun lepas sebab dewan PMC turut dipenuhi dengan student undergrad n lebih banyak juadah sampingan. Sambutan Aidilfitri plak tak ramai student undergrad sebab ramai yang balik ke Malaysia, cuti semester panjang. Namun syukur sebab dengan anak kecik dua orang, Allah izinkan kami suami isteri n even Aisyah dapat solat sunat Aidilfitri dengan aman.

Bergambar di pagi raya sebelum ke PMC

Budak-budak Sokolah Malaysia Sheffield tengah buat persembahan masa majlis sambutan aidilfitri PMPMS, lepas solat sunat aidilfitri. Ada sesetengah budak-budak ni tak tau apa pon maksud lagu raya yang depa nyanyi sebab tak pandai bahasa Melayu

Tengah menonton persembahan


Barisan kabinet PMPMS bergambar bersama selepas majlis sambutan aidilfitri selesai

Sebab letih ke sana ke mari masa sehari sebelum raya aku sbenarnya telah terlupa nak buat nasi impit. Menu penting untuk hari raya! Mujur banyak nasi impit untuk jamuan raya di PMC banyak lebih. Jadi aku bawa balik dan rupanya ada hikmah aku terlupa sbb Allah nak takdirkan tak berlaku pembaziran :)

Aidilfitri pertama kami di UK pada hari raya pertama tidaklah semeriah yang aku jangkakan. Aku ingat semua orang sedia juadah hari raya untuk tetamu macam kami. Walaupon kami tidak officially plan nak buat open house pada hari raya pertama, rumah kami tetap buat persediaan untuk menerima mana-mana tetamu yang nak datang beraya, macam persediaan biasa yang aku rasa mostly setiap rumah di Malaysia buat untuk hari raya pertama. Kami sedia laksam untuk orang datang beraya. Rupa-rupanya, sini kalau kita tak jemput bersungguh (mungkin blh diandaikan kita announce buat open house), orang tak datang pon beraya ke rumah kita. Oleh kerana risau takut takde sapa nak makan laksam yang banyak jugak dah buat, aku pon suruh le hasben jemput melalui FB orang Darnall n beberapa kawan dia datang ke rumah. Malangnya laksam tak cukuplah plak sebab masing-masing suka laksam sampaikan aku sendiri tak sempat jamah langsung. So, yang lain makan kuih raya je la. Mujur banyak jenis jugak kuih raya untuk tetamu. Ada 8 jenis smuanya, hebat tak? Hehehe....

Antara tetamu yang datang ke rumah kami

Before kami bukak rumah kami untuk tetamu, kami gi beraya dulu ke rumah landlord kami yang jauhnya hanya beberapa depa dari rumah kami. Lepas selesai open house kat rumah kami, kami ke rumah kawan di city. So, itu jelah rumah yang kami dapat beraya. Kalau ada lagi yang menjemput, konpem 100% kami gi. Rasa sedih sangat sebab kalau di Malaysia, baik beraya di Taiping mahupon di Sik memang sronok jalan beraya sana-sini ke rumah sedara-mara. Mujur juga ada dua rumah untuk dikunjung. Kalau takde langsung mesti super sedih. Huhuhu.....

Open house rumah landlord kami

Tapi ada jugak aku dengar ada famili yang dapat banyak jemputan open house sana-sini masa raya pertama sampai beraya hingga ke tengah malam. Rezeki depa. Kalau situasi macam tu mesti tak terasa sangat raya di perantauan.

Raya kedua, hari Jumaat, lebih sedih. Takde jemputan langsung! Rasa cam nak menangis pon ada. Nak gi universiti memang takde mood sebab dalam hati ada hari raya. So, apa lagi. Makan ketupat rendang n kuih raya yang ada kat rumah je la.

Untuk mengubat duka lara hari raya pertama dan kedua, kami gi ke rumah kawan hasben di Southampton pada hari raya ke-3, about 4 hours journey from Sheffield.  Dia dah nak balik for good ke Malaysi. Tu yang kami datang berziarah tu. Walaupun tuan rumah sangat keletihan lepas angkut barang rumah depa ke kontena, depa tetap beri layanan terbaik. Terharu sangat. 

Bergambar kenangan dengan Intan, Shahrul dan anak-anak di rumahnya di Southampton

Oleh kerana dah jauh jalan sampai 4 jam ke arah selatan UK, kami amik kesempatan gi melawat Stonehenge sebelum ke Southampton. Tapi sebelum boleh sampai ke Stonehenge tu mencabar jugak le sebab kena redah jem lebih 2 jam! Tapi memandangkan tak senang nak sampai ke salah satu tempat pelancongan terkemuka dunia tu, kami bersabar jelah untuk sampai ke sana.
Hari raya kami p tengok batu



Lepas ziarah kawan hasben kami terus balik Sheffield. Sampai Sheffield dah tengah malam. So, itulah citer raya pertama, kedua dan ketiga kami. Dan pada raya ke-5 kami dah ke universiti smula menjalankan rutin sebagai phd student.

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Kepada mak & abah, kak yung, alang, imah, idan, safuan dan smua anak sedara:
Sedihnya tak dapat raya bersama tahun ni. Kenangan aidilfitri tahun lepas memang terbaiklah sebelum kami berangkat ke UK. Doakan Kak Ngah ngan Abang Ngah habis PhD on time dan smoga kita dapat raya bersama lagi.

Kepada mertua, ipar-duai, biras dan anak buah:
Sedih jugak sebab tak dapat raya bersama. Nampaknya tahun ni tak dapatlah nak bekerjasama dengan kak cik n zeni sedia laksa sarawak. Special wish to Zeni ngan Safuan, selamat menyambut aidilfitri sebagai suami isteri buat kali pertama. Tetiba rasa terngiang-ngiang bunyi mercun meriam buluh di Sik. Waa....nak balik makan ketupat daun palas ngan lemang.

Tak lupa juga kepada smua saudara-mara, sahabat-handai dan rakan-taulan
 
Semoga semua bergembira menyambut hari raya. Maaf Zahir Batin dipinta.


From Sheffield with Love