Birthay Present for Ismael
Last Sunday hasben ajak cari hadiah besday Ismael on this coming 4th August. So, we went to a Meadowhall Retail Park located nearby our housing area. Naik kereta tak sampai 5 minit je dah sampai. Walaupon dekat kami tak pernah gi pon. Selama ni lalu-lalang je retail park tu. Salah satu kedai kat retail park tu adalah Toys'R'Us. Since we wanted to buy a special toy as birthday present for Ismael, tu yang kami ke situ. Masuk Toys'R'Us tu memang rambang matalah nak pilih sebab mainannya memang sangat banyak pilihan sampai aku berangan macam-macam. Kalau ikut hati nak je beli Cosy Coupe Little Tikes car sebab kami tau Ismael sangat suka kreta mainan tu tapi sebab harga sebuah giler mahal which is more than £40 jadi berangan je la. Tambahan pulak nak beli 2 hadiah sebenarnya, satu lagi untuk Ielyas, lagi le tak mampu nak beli. Ye la...kena la beli dua. Kalau tak berebut plak nanti. Birthday Ismael adalah 'birthday' (implicitly it means 'happy day') Ielyas dan birhday Ielyas adalah 'birthday' Ismael jugak. Huhuhu....Hadiah apa kami beli kena tunggu post lepas birthday Ismael dulu.
A Kick Start for My Dream Hobby
Lepas beli hadiahnya aku ajak hasben singgah ke kedai lain kat situ plak. Mula-mula kami ke Hobbycraft. Macam-macam alatan dan bahan art n craft untuk macam-macam jenis hobi ada dijual kat situ. Ada bahan kraf untuk buat kek/biskut, untuk buat kad n pelbagai paper craft lain, bahan mengait dan menjahit, alatan melukis, bahan untuk buat aksesori perhiasan diri dan macam-macam lagi lah. Yang paling aku excited bila aku terjumpa stuffs to make photobook. Dah lama aku berangan nak buat photobook yang ada 4D embellishments n pop-ups. Kat Malaysia bahan-bahannya susah nak cari tapi kat sini macam-macam ada. Baru terjumpa kedai nak beli. As a kick start for my dream hobby aku beli menda ni:
Menda-menda lain beli nanti sebab langkah seterusnya adalah hantar 150 foto pilihan untuk diprint for free (sebab dapat coupon beli susu Cow&Gate untuk Ismael dulu). Lepas tu berlatih gunting-gunting kertas guna koleksi gunting beli tu n cari idea then baru beli bahan seterusnya untuk buat photobook. Jadi nanti boleh gi lagi ke kedai tu n jugak ke kedai-kedai lain untuk shopping lagi. Huhuhu.....
Frame Hari Raya
Lepas ke Hobbycraft kami singgah plak ke B&M. Kat sini ada jual macam-macam barang keperluan harian. Alaa...macam supermarket gitu tapi barangnya taklah sebanyak supermarket The Store kat Malaysia n takde jual barang basah. Aku suka cuci mata kat sini sebab kita boleh jumpa macam-macam barang perhiasan rumah cantik-cantik yang mostly takde atau susah nak dapat kat Malaysia. Kalau boleh dapat pon maybe mahal kat Malaysia. Sbenarnya hasben ajak masuk situ sebab nak beli bateri untuk toys anak kat umah yang dah kehabisan bateri. Tapi terbeli lah pulak 2 frame gambar kat bawah ni.
So, raya ni kami beraya dengan frame gambar baru. Tapi bila balik umah, hajat nak tempek kat dinding ruang tamu tak kesampaian sebab frame yang tulis "Home Sweet Home" besar sangat plus nampak serabut sebab latar belakang wallpaper yang padat dengan corak. Akhirnya letak kat dalam bilik tido kami. So, frame hari raya dok dalam bilik tido. Huhuhu....
Lepas bayar hasben cepat-cepat ajak balik supaya duit tak abis lagi. Kalau ikut hati nak beli lagi. Tujuan asal nak beli birthday present je. Last-last ter"shopping" menda-menda yang takde dalam perancangan sekali. Dengan alasan frame dah besar gedabak di tangan jadi cukup-cukup sudah. Lain kali plak shopping.
4 comments:
Untuk barang2 hiasan boleh terjah Dunelm Mill area canklow, atau hilsborough. Best gak kalo sale, murah2
Oh, nanti blh la sy p tengok. Tak pernah pon org sebut kat sy. Mesti syok....thanx for the info :)
kak lyn, nnti share pasal nk buat photobook tu ye. berminat jugak ni. muehehe.. :)
Nora, Inshaa Allah.
Post a Comment