Tuesday, July 9, 2013

Strawberry Picking at Goechers Farm


Dah lama kami tunggu nak boleh strawberry picking. Akhirnya semalam tercapailah sudah hasrat kami. Kebetulan cuaca hari ni dah nak menyerupai cuaca Malaysia, mencecah 26 degree celsius, sangatlah sesuai untuk aktiviti picking. Kami ke sana berkonvoi bersama 4 lagi keluarga Darnall yang lain dan bila petik ramai-ramai memang rasa meriah dan excited sangat.






Kalau masa gi Cameron Highland dulu kami hanya sanggup untuk beli strawberry je (picking mahal sangat!) kat sini memang syoklah memetik sebab murah + sedap. Strawberry kat sini sangatlah gemuk-gemuk, merah-merah dan yang paling best manis sangat. To be honest aku rasa strawberry kat sini adalah strawberry paling manis yang pernah aku rasa.

 

Pokok strawberry kat sini dok atas tanah, tak macam yang kat Cameron Higland style dok atas para. Masa mula-mula sampai kawasan kebun tu dari jauh dalam hati aku rasa macam sedih sebab tengok kebun dia macam tak best je sebab nampak semak dan tak nampak pon buah merah-merah. Tapi bila gi dekat-dekat n selak-selak, wooo....banyaknya yang besar-besar dan merah-merah. Kami pon apa lagi, sronoklah memetik. Tak sampai 1/2 jam bakul masing-masing dah penuh ngan buah strawberry.







Sambil petik sambil makan jugak. Pastu bila nak bayar kena timbang. Oleh kerana ada yang dah makan kami bagitau kat tuan kebun tu masa timbang dan dia kata takpe. Dia dah expect customer akan makan masa petik dan katanya takpe makan skit. Yang penting katanya bukan makan satu mangkuk besar. Hehehe.....Memang best lah strawberry picking kat sini. Lain kali kami nak mai lagi n kami plan nak picking buah lain plak. Maybe cherry or apple plak. Moga ada rezki nanti, Inshaa Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Seronoknya tengok akak anak beranak petik strawberry ;)
Sy Shira, silent reader blog akak. Banyak nak bertanya akak, sebab suami nak sambung master(Warwick). Buat masa ni sy bekerja dan baru je tau pregnant almost 9weeks(anak pertama). Suami ajak sekali berhijrah ke sana masalahnya sy perlu berhenti kerja, dan hanya suami yg ditanggung oleh MARA. Apa pendapat akak? Boleh tak email sy di s.nurshahira@yahoo.com sy agak buntu kerana suami perlu register pd akhir September 2013 ni.

Terima kasih banyak2 ye kak ;)

Naflyna said...

Shira > Wslm. Plz check your email :)