Wednesday, July 10, 2013

3 Photo Shoot Sessions

After enjoyed strawberry picking at Goechers Farm kami cari tempat berpicnic untuk makan tengah hari. Famili yang lain headed to Clumber Park. Kami dah pernah ke Clumber Park jadi nak tengok-tengok tempat lain pulak bagi mengakhiri our outdoor activities before Ramadhan. Bulan Ramadhan ni kami plan tak ke mana-mana rasanya memandangkan jadual weekend kami telah pon penuh dan padat dengan aktiviti bersama ahli keluarga Darnall seperti tadarus, buka puasa keluarga Darnall, dan 2 siri program buat kuih raya bersama. Lagi pon mana larat nak gi jalan-jalan dengan cuaca panas dan waktu siang yang panjang (puasa hampir 19 jam). 

Tanpa dirancang kami terjebak dengan 3 photo shoot sessions dan setiap satu sesi aku dengan poyonya telah berikan satu tema.


1st Photo Shoot Session
Tema:  Ladang Gulungan Jerami Ala-Ala di US
 
On the way nak cari tempat picnic tu kami singgah di beberapa tempat. Yang pertama adalah ladang yang ada gulungan jerami. Mulanya hasben nak mintak permission pada tuan punya ladang untuk masuk ke ladangnya tapi aku takut le plak kot-kot nanti kena marah sebab mat salleh ni kadang-kadang dia bukannya sporting. So, kami buat keputusan untuk berenti kat sebelah ladang dia dan amik gambar kat situ je. So, gambar kat bawah nilah hasilnya.



Nora, ye ke macam kat US? Ke Kak Lyn je parasan? Huhuhu....


2nd Photo Shoot Session 
Tema:  Lautan Bunga Popi 

Pastu kami teruskan perjalanan cari tempat picnic n tetiba terjumpa padang bunga popi di Suton cum Lound. We were so excited sebab memang kami teringin sangat nak amik gambar kat tempat ada banyak bunga popi. Sebelum ni bila lalu kat lebuhraya M1 nampak dari jauh je dan kami plan nak gi cari tempatnya n amik gambar. Fortunately, we didn't have to do that as we accidentally found one.  Bagi yang tak tahu, bunga popi ni diharamkan sama sekali ditanam kat Malaysia sebab bunga ni boleh menghasilkan dadah. So, kat Malaysia jangan mimpilah nak jumpa bunga popi banyak macam kat sini.







3rd Photo Shoot Session 
Tema:  Eksplorasi Flora 

After that kami teruskan perjalan mencari tempat picnic lagi n berhenti di Idle Valley Nature Reserve. Tapi kami tengok tempatnya tak sesuai untuk kami hampar tikar n dok bersila sambil menghirup kopi panas. However, aku n Aisyah sempat berposing kat 2 port menarik di situ.



Oh, tema mungkin kurang sesuai tapi sebab aku nak jugak bagi satu tema, belasah je lah.


Photo Shoot Session Abis Dah..... 

Dan setelah pencarian tergendala dengan 3 photo shoot sessions akhirnya kami berenti picnic di satu taman tapi aku tak ingat apa nama tempatnya. Takde apa yang menarik kat situ. Matlamat utama kami cuma cari port sesuai nak picnic je.



Mengakhiri post kali ni:

\

2 comments:

Nora Jamil said...

hehe.. btl2. mcm kat US la gulungan jerami tu kak lyn. amboi, sakan ye begambau.. mcm i jugak, kikiki :)

Naflyna said...

Hahaha....penyakit suka bergambar masa undergrad telah kembali. Anak tunggu dalam kreta sementara mak sibuk jadi model.