Friday, March 29, 2013

Wales - Part 2 - Conwy Castle - Hari Pertama

Sampai saja di Wales, tempat lawatan pertama yang kami tuju adalah Conwy Castle. Conwy Castle ni adalah castle yang terbesar pernah kami lawat dan castle ni dikatakan sebagai antara kubu terbaik yang pernah dibina di pada zaman dulu. Castle ni dibina antara tahun 1283 hingga 1289. Pemandangan yang dapat kita tengok dari atas castle sangatlah cantik. Malangnya kamera aku tak cukup power nak capture shot jauh. 






 


Oleh kerana masa kami sampai di Wales dah petang,  dan hari pon dah nak masuk lewat petang lepas selesai lawatan di Conwy Castle, jadi konvoi kami terus menuju ke tempat nak menginap. Lagi pon caravan park yang kami sewa tu agak jauh dari Conwy Castle. So, lawatan tempat menarik di Wales akan disambung pada hari kedua plak. Cerita untuk hari kedua, nanti aku post Part 3.

Ielyas dan Ismael keletihan lepas letih perjalanan jauh dr Sheffield ke Wales dan juga lawatan ke Conwy Castle. Ismael tido sambil pegang pensel dan kertas puzzle yang dia dapat di Conwy Castle. Ielyas plak entah macam mana tengah dok main ngan hanger dan cawan plastik tetiba tertido. Dua beradik dapat badge Conwy Castle, dapat free.

No comments: