Wednesday, March 13, 2013

Blackbrook Zoological Park n Bakewell

Post terdahulu aku citer pasal our 1st day vacation di Warwick Castle n Sea Life Birmingham. Percutian kami seterusnya iaitu pada hari kedua diteruskan ke Derbyshire. Kami ke sana sebenarnya nak ke Alton Tower Theme Park, nak memanfaatkan sekali lagi Merlin Pass. Malangnya takde tempat main yang tak perlu basah-basah. Masa kami gi tu theme park yang ada segala macam rides tak bukak sebab cuaca sejuk. Memang kami tau dry park tu tak bukak. Tapi hasben dapat info sebelum gi sana yang dalam wet park ada tempat boleh main-main yang kering. Tapi bila kami tengok dalam peta wet park clearly takde pon tempat yang dimaksudkan. Kesimpulannya, lain kali pastikan betul-betul dulu info yang perlu sebelum gi. Kami tengok mat salleh syok le bermandi-manda dengan pakaian-pakaian dia yang sendat lagi menyakitkan mata. Walau kami boleh je masuk wet park tu dengan Merlin Pass, tak sanggup rasanya aku nak masuk. Tidak.....Lagi pon kami mana bawa swimming suit untuk anak-anak sebab matlamat gi situ hanya untuk main rides. Kalau pon tempat tu kosong dan boleh mandi tanpa gangguan, aku rasa tak sanggup pon nak bagi anak-anak mandi, kesian sangat sebab sejuk. Mat salleh takpe, dia dah biasa.

Oleh kerana hasben tak sedia tempat lawatan plan B jadi kami try guna khidmat pakcik Garmin cari tourist attractions yang lain dekat-dekat situ. Terjumpalah Blackbrook Zoological Park. Yang ni memang mahal entrance fee nyer, 9 pound per adult. Tapi sebab dah takde tempat lawatan yang lagi menarik kami belasah masuk jugak. Mujur aku dan hasben bawa student card. Dapatlah jimat beberapa pound, lepaslah nak beli segugus anggur kat pasaraya. Huhuhu.....


Zoological Park ni sebenarnya mini zoo. Mostly binatang yang dipelihara kata sini adalah pelbagai spesis burung. Macam-macam jenis burung ada tapi yang paling kami syok tengok adalah burung White Pelican dan burung Penguin. Dulu masa aku bujang gi Underwater World Langkawi pernah le tengok penguin tapi kecik sangat dan nampak tak aktif. Kat sini burung penguin nya nampak sangat montel dan sangat aktif. Macam-macam aksi dia buat depan kami. Ismael ngan Ielyas pon sronok tengok.



Ismael sronok kejar burung merpati






Inilah burung White Pelican. Besar tau burung ni.

Tinggi burung White Pelican ni lebih kurang tinggi Ismael


Tengok guinea pig






Ismael ngan Ielyas nampak happy sangat kat zoo ni. Ismael ngan Ielyas excited bila dengar macam-macam bunyi burung dan itik. Tambahan plak dapat peluang untuk bebas berjalan ke sana ke mari selepas 5 hari terkurung di rumah. Alhamdulillah, tak sia-sia jugak kami masuk zoo ni walaupon mahal dan tersasar dari perancangan asal nak main rides di Alton Tower Theme Park. Rasa release sangat tension bila tengok anak-anak happy.

Selesai lawatan di Blackbrook Zoological Park kami terus decide untuk balik ke Sheffield. Dalam perjalanan balik tu tetiba kami lalu satu pekan Inggeris lama. Nampak ramai orang yang dok berjalan kaki and we guessed they were tourists. Gayanya macam orang bandar datang bercuti ke kampung. Kami mula-mula heran apa yang menarik kat situ sampai ramai orang sibuk berjalan. Rupanya depa ni dok hiking di Peak District National Park dan kami melalui national park tu. Kami pernah lalu Peak District National Park tu tapi dari sebelah yang lain iaitu di jalan nak menghala ke Manchaster dari Sheffield. Tapi kali ni kami dapat tengok Peak District National Park dari sebelah yang lain pulak. Dan tak lama lepas tu kereta kami mendaki bukit yang sangat curam. Berdebar aku masa tu sebab kalau kami terbabas ntah apa la akan jadi. Dan bila kami toleh belakang baru kami perasan kenapa ramai orang dok hiking kat situ. Maha suci Allah, kami tengok satu pemandangan yang sangat cantik. Apa lagi, bila nampak ada tempat sesuai boleh berhenti kereta, kami keluar kereta dan ambik peluang untuk tengok pemandangan plus taking photos.

Inilah pemandangan yang kami dok sibuk nak tengok dan abadikan kenangannya. Lain kali maybe dah tak lalu sini lagi.


Pagar batu ni tak pasti plak aku macam mana batu-batu tu boleh melekat antara satu sama lain. Bila aku belek tak nampak ada simen pon. Nak kata dia paku macam mustahil plak. Pagar batu ni kita boleh nampak ada di kebanyakan kawasan ladang di UK

Tak lama lepas turun dari kawasan bukit tadi kami lalu Bakewell, satu pekan lama yang lain plak. Bangunan kat sini nampak terserlah ciri Inggerisnya sampaikan kami decide untuk berhenti dan jalan pusing-pusing kawasan sekitarnya. 





Seronok sangat tengok kedai barang antik kat Bakewell ni. Tapi tak mampu nak beli yang mana berkenan di hati.



 

Dan Bakewell adalah tempat persinggahan kami yang terakhir. Pastu trus balik rumah. Sheffield dah tak jauh dari Bakewell. Kalau tak silap tak sampai 30 km. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah selepas percutian dua hari satu malam.

No comments: