Hari tu aku ada sebut akan buat satu post pasal ofis aku di Gambang pulak. So, nak citer sikit pasal ofis (bilik pensyarah) di Gambang. Bangunan yang mengandungi sume bilik pensyarah bagi fakulti aku berasal daripada sebuah bangunan yang mengandungi apartment2 (ada ruang tamu, bilik tidur, dapur n tandas macam apartment untuk orang berkeluarga) untuk pekerja2 industri. Mengikut plan asal gomen dulu, Gambang ni sepatutnya menjadi satu kawasan industri. Kemudian bangunan tu dijadikan sebahagian daripada bangunan universiti yang menempatkan fakulti2.
Setiap apartment asalnya ada 3 bilik. Kemudian setiap apartment diubahsuai supaya ada 3 bilik lagi supaya boleh menempatkan lebih ramai pensyarah. Jadi setiap apartment ada 6 bilik, jadi 6 bilik pensyarah. Aku dapat bilik yang memang dah ada. So, bilik aku ada built in wardrobe yang most spaces aku jadikan tempat simpan buku dan fail.
Built in wardrobe yang menjadi tempat aku display macam-macam untuk memotivasikan diri n to avoid dull surrounding
View from other corner
Bagusnya ofis aku di Gambang ni toilet dia depan mata je. Takyah jalan jauh macam ofis aku di Pekan - tapi taklah jauh mana pon sbenarnya. Lagi satu, ofis aku di Gambang ni dia ada dua point untuk internet connection. So, kalau ada orang lain datang bertandang ke bilik n nak pakai internet, orang tu tak perlu kacau connection aku. Kemudahan lain adalah kemudahan standard. Meja n perabot lain style biasa je tapi kira bersyukur dah tu. Yang penting jangan sampai marking paper kena meniarap atas lantai sudah....huhuhu.....
No comments:
Post a Comment