Friday, August 10, 2012

Gotong-Royong Aktiviti Berbuka Puasa di Masjid Universiti

Ini adalah aktiviti gotong-royong terakhir aku bersama ahli fakulti yang lain sebelum bercuti panjang

Sepanjang Ramadhan diadakan majlis berbuka puasa di masjid universiti (Gambang). Jadi setiap hari sepanjang Ramadhan ada aktiviti gotong-royong bagi setiap fakulti yang in charge. Fakulti aku kena giliran untuk Jumaat minggu lepas, 14 Ramadhan. Ada beberapa jenis tugasan yang telah diperuntukkan untuk setiap giliran: menyiang, memasak menghidang dan mengemas. Aku dan kawan2 biasanya akan amik yang menyiang. Pada hari kejadian, lepas seminar kumpulan math fakulti, kami terus ke masjid untuk memulakan aktiviti.

Ini semua Mathematician kecuali yang pakai tudung coklat sbelah tudung biru


Kak Erin mengelak tebuan


Antara yang disiang (dipotong - perkataan yang lebih sesuai dalam keadaan ni. Hahaha...). Lada benggala ni untuk buat omlet kata tukang masak.

Oleh kerana tahun ni bulan puasa dalam cuti semester dan student pon tak ramai berada di universiti, tak banyaklah yang nak disiang macam tahun-tahun lepas. Masa macam nilah ada di antara kami yang akan bertanya kabar yang lain sebab kalau waktu kerja biasa masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Smoga gotong-royong macam ni akan diteruskan pada Ramadhan yang lain dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

No comments: