Monday, August 8, 2016

Main Play Doh

Dah lama dah si dua beradik request nak main Play Doh. Sejak depa nampak kami display Play Doh tu kat rak mainan depa, dah beberapa kali depa terutamanya Ismael merayu nak main. Tapi aku tak bagi sebab aku suruh dia tunggu sampai kami dapat clearkan ruang tamu rumah. Kejam nyer aku. Huhuhu.....Sebab kalau depa main Play Doh, aku tau akan bertambah serabut ruang tamu rumah yang dalam proses makeover dan jugak padat dengan kotak-kotak barang dari UK yang dalam proses unpack. 

Selepas lebih sebulan Play Doh tu hanya dapat depa pandang je di rak akhirnya Sabtu dua minggu lepas aku allow depa untuk main. Sudah tentunya selepas proses makeover dapur siap (95% siap) dan kotak-kotak dapat di clearkan dari ruang tamu. Berseri-seri muka si dua beradik. 



Sebelum depa mula main aku siap pesan jangan campurkan doh berlainan warna sebab kalau tak pesan sah depa akan buat macam tu. Bukan apa, kalau dah bercampur warna depa sendiri akan nampak tak seronok nak main dan benda tu bukannya murah nak beli kat Malaysia ni. Ielyas main kejap je. Ismael memang bersungguh dia main. Dari mula-mula diperkenalkan Play Doh di UK Ismael memang sangat suka. Sampai kadang-kadang tu habis ditempek serata tempat dan barang dalam rumah. Yang paling aku hangin bila dia tempek ke carpet rumah sebab nak menghilangkan kesannya tu memerlukan daya tenyehan yang kental. Huhuhu.....So, bila depa nak main setelah aku baru nak rasa lega tengok ruang utama rumah dalam keadaan sedap dipandang, depa hanya dibenarkan main di atas meja yang disediakan saja. Banyak betul peraturan aku. Huhuhu.....Tapi depa nampak ok je. Siap bergelak ketawa lagi sambil mengadun Play Doh tu.   

Wednesday, July 27, 2016

Hidup Dalam Kotak

Few months before kami balik ke Malaysia rumah kami di Sheffield telah mula dipenuhi dengan kotak yang nak dihantar ke rumah kami di Malaysia. Rumah kami menjadi sangat padat terutamanya selepas suami aku viva di mana aktiviti packing barang dilakukan secara besar-besaran. Suami aku lah orang yang banyak bekerja keras membungkus barang-barang kami dengan jayanya sampaikan malam kedua terakhir sebelum kontena sampai ke rumah dia tertidur kepenatan di tangga rumah. Aku tak dapat banyak membantu sebab aku masih sibuk buat kerja PhD dan juga dek kekangan tak boleh mengangkat dan bergerak banyak dalam keadaan pregnant. Terima kasih sangat dekat suami aku sebab dalam lebih 200 kotak yang dibungkus rapi hanya ada satu saja barang yang pecah (Ini rekod setelah lebih 200 kotak dibuka. Ada lagi yang belum buka). Itu pon cuma jam dinding murah tapi banyak berjasa selama kami tinggal di  Basford Street. 

Untuk pengetahuan, suami aku bukan bungkus barang main campak aje. Setiap kotak/bungkusan dinomborkan dan ada plak catatan yang hampir detail apa yang diletak dalam kotak tu. Every fragile item which did not come with its own box akan dibungkus 2-3 layer dengan bubble wrap. Fragile item juga akan diberi priority untuk dimasukkan dalam kotak pisang. Yang odd size masuk dalam bukan kotak pisang. Kenapa kotak pisang? Orang Malaysia di Sheffield rata-rata bungkus barang guna kotak pisang sebab kotaknya sangat keras dan saiznya yang seragam memudahkan proses stacking dan kerja-kerja mengoptimumkan kontena. Setiap kotak pulak dibalut dengan plastik hitam supaya proses stacking lebih berkesan sebab plastik hitam tu akan membuatkan kotak-kotak melekat antara satu sama lain. Jadi kebarangkalian kotak nak terbalik atau tergolek tu dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan kami dapat kotak pisang tu dari supermarket berdekatan. Ambik free je. Tapi kebanyakannya kami dapat dari supermarket Waitrose, tempat suami aku kerja part time. Suami aku bawak balik sikit-sikit lepas kerja. Ada jugak yang kami ambik dari supermarket Morisson. Bubble wrap pon kami tak perlu beli. Suami aku ambik percuma bubble wrap bekas balut buah-buahan yang nak dibuang, jugak dapat kat tempat dia kerja part time. So, memang jimatlah sebab kami tak perlu beli kotak mahu pon bubble wrap. Kami cuma perlu keluarkan modal beli plastik hitam untuk wrap kotak, fragile stickers dan sellotape je. Sticker untuk box numbering kami beli sticker untuk hadiah Krismas yang dijual 20 pence satu gulung kat Wilko masa offer lepas Krismas. Beli 3 gulung je pon dah boleh tagging semua kotak/bungkusan yang ada. 

Habis satu bilik attic penuh dengan kotak

 Dekat sebelah masterbedroom. 

 Lagi rupa dekat sebelah masterbedroom. Meja dan kerusi study pon habis dibungkus dengan plastik hitam.  

 Ruang laluan ke attic jugak diletak barang

 Kat ruang tamu

Dining room 

Dapat bubble wrap saiz besar free dari Appliances Online masa delivery built in oven yang kami beli. Actually kami tanya ada tak depa simpan dalam lori kotak fridge or freezer yang customer suruh discard supaya kami boleh gunakan untuk balut freezer kami. Dia kata takde tapi dia bagi bubble wrap tu. 

Tanggal 19/3/2016 semua barang kami termasuk barang-barang kiriman rakan-rakan telah selamat dimasukkan ke dalam kontena 20 kaki panjang dengan bantuan rakan-rakan di Sheffield. Tanggal 17/5/2016, kontena yang sama telah selamat sampai di depan rumah kami di Kuantan. Kira door to door shipping lah.  Dan di Malaysia sekali lagi kami hidup di dalam kotak. Bukan sehari dua ye. Tapi lebih dua bulan! Kelmarin secara officialnya aku dah tak nampak kotak di ruang tamu, bilik anak dan master bedroom. Proses unpack memakan masa oleh sebab kekangan masa bekerja, aku mengandung, memikir penyelesaian serta menyedia ruang penyimpanan barang. 

Kontena kami telah selamat sampai di depan rumah kami di Kuantan. 

 Tu dia...Ruang tamu kami dah penuh dengan kotak. Ini belum masuk kat dalam 3 bilik tido lagi! Bayangkan macam mana kami cuba mengosongkan semua ruang dari kotak-kotak ni.

Rata-rata rakan yang balik dari UK dengan kontena bagitau kami barang-barang depa ada yang masih dalam kotak walaupon dah lebih setahun atau dua tahun balik. Siap ada yang bagitau ada satu bilik lagi penuh kotak. Kami nak mencatat sejarah untuk elak kejadian yang sama berlaku kat kami. Kami nak buktikan walaupon balik dengan satu kontena dengan rumah tak besar mana, kami boleh utilize semua barang yang kami bawak balik. Alhamdulillah, matlamat kami sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bilangan kotak tak berbuka dah tak banyak dan dah nampak sirna boleh dibuka dan diguna kesemuanya. Itu pon ada sebilangan bukan kotak kami. Kotak orang yang belum diambil. 

Jangan tak tau. Dengan menjual kotak-kotak yang dah dibuka setakat ni ke recycling center tak jauh dari rumah kami ada kot dalam RM50 dah kami dapat. Betapa banyaknya kotak yang kami angkut dari UK. Hehehe.....

Tips:
  1. Nak bagi satu tips kat korang yang nak membungkus barang nak bawak balik dari UK. Ini sebenarnya tips dari sahabat di Sheffield jugak. Seeloknya, barang yang kita nak simpan dalam satu ruang yang sama contohnya ruang dapur, letak kat kotak yang sama. Jangan campur dengan barang dari ruang lain. Cara ni berkemungkinan besar akan mempercepatkan proses unpack. Pastu tagging kat luar kotak dengan huruf dan nombor. Contohnya K untuk kitchen, D untuk dining room, L untuk living room dan sebagainya. So, bila kotak sampai kat rumah di Malaysia boleh letak dan susun kotak mengikut ruang. Nombor tu plak untuk rujukan detail macam yang kami buat untuk memudahkan pencarian barang tertentu. 
  2. Untuk mewujudkan ruang penyimpanan dengan rumah yang kecik macam rumah kami kena kental hati untuk let go barang-barang yang kita maybe sayang dan sedia ada dalam rumah tapi kita tak guna. Boleh let go for free atau jual je kat mudah.my. Kita bukan saja dapat extra ruang tapi boleh dapat duit jugak daripada simpan benda-benda tak perlu. 
  3. Semasa di UK beringat-ingatlah ketika shopping terutamanya bila ke carboot sale. Jangan membazir beli benda tak perlu. Portmeirion jangan terlajak beli ye mak-mak....Hehehe.... Yang mana boleh jual kat eBay atau carboot sale, silalah berjualan bila ada masa terluang. Jangan tunggu last minit. Tapi kalau rasa untung jual kat Malaysia, bolehlah simpan dan bawak balik. Elakkan jugak beli dan bawak balik perabot yang korang rasa macam takdelah suka sangat. Sebab nak discard maybe tak mudah (sebab sentimental value, orang lain pon maybe tak berminat) dan korang akan rasa kecewa tengok perabot cantik-cantik boleh beli kat Malaysia je bila ke rumah kawan-kawan. Kalau nak beli biar yang tip top, yang tak mudah nak dapat atau tak jual atau mahal kat Malaysia dan yang paling penting korang sangat suka dan benda tu akan digunakan. Contohnya macam fabric sofa Chesterfield ke (arggghhhhh!!!! Nyesalnya tak beli!), set meja makan gaya moden dari kayu Oak jenama Next ke, carpet gebus-gebus rare design ke and the list goes on....Huhuhu....

Tuesday, July 26, 2016

Sekolah Baru, Hidup Baru

Balik dari UK kami cepat-cepat cari sekolah untuk Ismael dan Ielyas. Merata sekolah tadika kami survey. Finally, kami daftarkan depa di PASTI Indera Sempurna, di kawasan perumahan kami duduk. Kalau ikutkan memang ramai staf universiti kami bekerja hantar anak sekolah di situ dan rata-ratanya bagi good comments. Tapi kami saja je tengok sekolah lain dulu. Sekolahnya dekat je dari rumah. Kalau naik kereta tak sampai dua minit dah boleh sampai.

Pemandangan dari tepi kelas Ismael

Hari pertama nak ke sekolah baru. Pakai baju biasa dulu sebab blom dapat uniform lagi

Kuning beg Ielyas, yang biru beg Ismael. Aku rasa macam sedih sikit sebab terpaksa beli beg murah sebab masa nak beli tu takde pilihan. Beg yang kualiti elok dengan karektor kartun favourite si dua beradik harganya lebih RM90 satu beg! Ada yang beratus harganya, Kalau tau beli kat UK siap-siap.

Ismael dengan uniform baru

Dua minggu pertama masalahnya hanya nak menyesuaikan dengan tempoh masa terutamanya Ielyas. Ielyas macam tak boleh terima sebab di UK dia hanya gi nursery 3 jam je. Tapi bila balik Malaysia dia kena berada di sekolah selama lebih kurang 10 jam (sekolah bersekali transit dan kelas kafa). Setiap kali hantar sekolah dalam dua minggu pertama tu muka dia selalu upset. Tapi mujur dia jarang buat hal untuk bangun pagi.

Ielyas bergambar dengan mualimah dan kawan-kawan sekelas

Ada masa depa ke sekolah naik moto, ada masa naik kereta

Kami daftarkan depa join taekwando. Gambar ni aku curi-curi ambik masa depa baru join. Uniform pon tak dapat lagi. Si dua beradik yang pakai baju merah. Masa ni Ielyas siap terlebih alim pakai kopiah. Huhuhu....

Selepas dua minggu Ielyas dah mula menyesuaikan diri. Mungkin sebab dia dah mula ada kawan. Tapi masalah lain plak datang. Masalahnya dengan Ismael plak kali ni. Tetiba je dia tak mau pergi sekolah. Part bangun pagi memang mencabar. Dia siap menangis mengamuk-ngamuk sakan tak mau gi sekolah. Kami laki bini jadi heran dengan perubahan dia. Masa tu aku syak sama ada dia kena buli dengan budak lain atau kena marah/tegur dengan cikgu yang dia tak dapat terima atau tetiba dia rasa sekolah kat Malaysia tak best compared to UK. Dalam lebih kurang dua minggu jugak kami bertarung dengan tantrum dia tak mau gi sekolah. Kadang-kadang hilang sabar jugak. Macam-macam alasan dia bagi bila ditanya kenapa dia tak mau gi sekolah. Pernah dua kali kami allow dia tak gi sekolah dan ikut kami gi office sebab percaya dengan alasan dia yang dia tak sihat. Tapi lepas tu kami dapat detect itu cuma alasan dia. Pada masa yang sama aku perasan Ismael yang aku kenal, bukan macam Ismael anak aku yang dulu. Most of the times dia dalam keadaan murung dan tak seceria selalu. Sampaikan aku jadi stress dan menangis mengenangkan perubahan tiba-tiba diri Ismael. Saban malam pulak kami terpaksa bangun malam beberapa kali sebab Ismael menangis bagitau dia takut sebab nampak sesuatu dalam bilik tido dia. Tapi kami rasa itu hanya perasaan dia. Aku syak dia jadi macam tu sebab terpengaruh dengan cerita upin-ipin yang ada cerita pasal toyol. Aku memang hangin betul masa tu dengan episod kartun upin ipin sentuh pasal toyol tu. Oleh sebab tu selalu jugaklah kami allow si dua beradik untuk tido berhimpit dalam bilik tido kami sebab bila dia tido dengan kami dia ok je. Sampailah satu malam aku tengok Ismael tengah tido dan nampak dia ketap gigi sampai kedengaran gigi dia berlaga. Aku pernah terbaca dan dengar ustaz cakap itu petanda ada jin mengganggu. Jadinya aku cadangkan suami cuba ikhtiar cara perubatan Islam, kot-kot Ismael selalu meragam kerana ada gangguan benda halus. Then datanglah seorang ustaz ke rumah. Masa ustaz tu datang dah nak dekat kol 11 malam kalau tak silap sebab ustaz tu bz skit hari tu. Aku yang tengah pregnant ni sokmo keletihan yang amat lepas kol 10 malam jadinya aku tido je kat dalam bilik tak keluar. Masa tu aku tak sangka plak something serious happened to Ismael. Lepas ustaz tu balik, suami aku pon bagitau ada "sesuatu" mengekori Ismael. Tidak dapat dipastikan dari mana benda tu datang. Tapi Ismael nampak benda tu siang dan malam. Ismael bagitau ustaz tu benda tu nak ambik beg sekolah dia. Patutlah tengah-tengah malam Ismael selalu saja bangun menangis sebab dia takut kat benda tu rupanya dan baru aku teringat bila aku hantar Ismael kat pagar sekolah Ismael akan menjeling pandang sesuatu dengan muka takut. Pernah juga ustazah dia bagitau kat aku ada masanya Ismael akan menangis tak semena-mena kat skolah. Pagi-pagi nak pergi sekolah benda tu lagi sakan mengganggu sampaikan Ismael tak nak pergi sekolah. Ustaz tu bagitau dia dah "pagarkan" rumah kami supaya benda tu tak boleh masuk ke rumah. Lepas kami tau tu, kami pon lebih bersabar dengan kerenah dia. Cuma masalahnya, kata ustaz tu benda tu maybe akan still berkeliaran di sekeliling rumah dan masih cuba menggangu. Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu selepas kami maklum dengan kewujudan benda halus tu Ismael masih lagi boleh nampak bendanya. Bila di tanya ada kat mana dia akan cakap ada kat belakang bilik tido dia, belakang dapur, tepi rumah, atas bumbung atau depan rumah. Kami ikhtiar baca surah al-fatihah dan ayat kursi berkali-kali untuk halau benda tu dan alhamdulillah berkesan. Selepas dua minggu boleh dikatakan benda tu dah jarang mengganggu. Tapi Ismael masih lagi fobia. Jadi bila nak bangun kencing tengah malam dia selalunya menangis panggil kami untuk temankan. Kalau kami laki bini tido mati, Ielyas lah adik yang baik hati tolong bangun dan pergi ke bilik kami tolong panggilkan untuk abang dia yang ketakutan. Kadang-kadang aku jadi cuak sebab tetiba je ada budak kecik duduk berdiri tepi katil sedang tengok aku tido. Ielyas le tu. Huhuhu.....Oh, ya. Aku sangkakan jin yang mengganggu Ismael tapi bulan Ramadhan lepas kami dah tahu bukan jin tapi iblis sebab sepanjang Ramadhan Ismael aman dari gangguan tapi elok saja habis Ramadhan ada le beberapa kali benda tu datang mengganggu.

Selain dari kes gangguan tu kalau Ismael atau Ielyas meragam pagi-pagi nak ke sekolah itu dikira biasa. Basically si dua beradik ok je dengan sekolah baru.  Bila dengar depa sibuk berzikir dan baca doa/surah yang diajar di sekolah masa tengah asyik dengan mainan atau dalam kereta sejuk rasa hati kami. Tapi ada la jugak kadang-kadang tu Ismael mintak kami ambik dia awal dari sekolah sebab dia nampak ada kawan-kawan dia yang balik tengah hari (kawan dia tu tak transit dan tak ambil kelas kafa). Memang aku sedih bila dia merayu nak balik awal. Bila dia merayu tu kami bagitau dia elok-elok yang kami kerja, tak boleh nak ambik awal. Tapi kami selalu cuba untuk pick up seawal yang mungkin. Hati aku ni rasa sayu sangat kalau masa ambik dia kat skolah tu tengok dia tengah duduk termenung menunggu, tambah-tambah kalau masa ambik tu sekolah dah hampir kosong. Apa boleh buat. Situasi bekerja dan masa belajar dulu dah tak sama. Aku harap satu hari nanti Ismael dan Ielyas boleh memahami.

Wednesday, June 29, 2016

Kembali Ke Malaysia

Tanggal 22 Mac yang lalu kami telah pulang ke Malaysia for good dan meninggalkan bumi ratu yang banyak menyimpan kenangan indah selama 3 tahun setengah kami menetap di sana, Berat rasa hati nak meninggalkan Sheffield tambahan pula dalam keadaan PhD aku masih belum selesai dan menyedari hakikat tanggungjawab aku akan bertambah sebab perlu kerja dan pada masa yang sama menyiapkan PhD. Terlalu banyak pengalaman manis di sana yang takkan aku lupakan. Tapi apakan daya. Kami perlu jugak kembali ke tanah air sebab tiada lagi sponsorship dan sebab utamanya tiada lagi perlanjutan cuti belajar diberi oleh universiti. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, aku dan suami antara yang bertuah dapat tempoh perlanjutan 6 bulan dengan sponsorship dalam keadaan ekonomi Malaysia sedang gawat ketika ini. Kesian rakan-rakan yang terpaksa pulang selepas cukup 3 tahun pengajian walaupun masih banyak kerja PhD berbaki. 

Beberapa minggu sebelum balik tersangatlah banyak urusan yang perlu diselesaikan dari hal PhD, sekolah anak, segala jenis bil yang perlu terminate, mengosong dan membersih rumah sebelum serah semula pada landlord, packing barang (yang ni paling banyak nak kena buat), dengan nak masak lagi, entertain anak-anak lagi dan macam-macam perkara lagilah. Kalau orang lain yang spouse tak belajar mungkin boleh buat dalam keadaan relax sikit dan bersedia lebih awal. Tapi sebab kami dua-dua belajar, kepenatan dan rasa kelam-kabut tu terasa yang amat. Mujur suami aku dah selesai viva. Jadi kebanyakan urusan dialah yang buat. Aku masih bekerja dengan research aku hingga 2 hari sebelum proses mengangkut barang kami ke kontena (19/3/2016). Dua hari selepas angkut barang tu aku masih lagi ke universiti untuk jumpa dengan supervisor buat kali terakhir sebelum fly ke Malaysia keesokannya. Maybe korang boleh bayangkan terutamanya yang belajar kat oversea bagaimana sibuknya kami ke hulu ke hilir selesaikan macam-macam perkara. Dah le aku tengah pregnant. Mujur belum sarat lagi masa tu.

Alhamdulillah dalam tempoh kira-kira seminggu sebelum kami nak balik tu ada sahabat-sahabat yang sudi jemput kami ke rumah untuk makan-makan, sempena meraikan kepulangan kami ke tanah air. Jadinya, ringanlah jugak beban kami dalam bab memasak. Hehehe.....Kerana jemputan-jemputan tu jugak dapatlah kami berehat sekejap dari kesibukan dengan segala macam urusan. 

Jemputan makan yang pertama kami dapat pada 13/3/2016 dari Kak Ina n Abang Adli. Keluarga Hyreil dijemput sama sebab Hyreil pon nak balik ke Malaysia for good. Keluarga Razif pon ada sekali kerana tuan rumah meraikan mereka yang bakal berpindah dari kampung Tinsley ke kampung Darnall. Depa berpindah ke rumah kami sebenarnya.

Beberapa bulan sebelum balik Malaysia terutamanya pada 3 minggu terakhir banyak kali jugak kami makan di luar atau beli n tapau. Selain dari tak sempat nak masak, kami mahu nikmati sepuas-puasnya apa yang takkan kami dapat di Malaysia. Ni masa kami gi makan di restoren Red Sea di Bungrave - 15/3/2016

17/3/2016 - Kawan-kawan seperjuangan belanja aku makan di Gelato.

17/3/2016 - Vicktor, rakan PhD satu department berasal dari Mexico yang telah bersungguh membantu packing dan angkut komputer beserta barang-barang kami yang lain di office masa malam terakhir aku bekerja di universiti. 

Vicktor siap bagi hadiah untuk Ismael n Ielyas. Dia pesan jangan biarkan anak jadi politician sebab kata dia dalam politik selalu main kotor. Hadiah yang dia bagi, educational solar kit, menggalakkan budak-budak jadi engineer, Hehehe....

20/3/2016 (Petang) - Ziarah Kak Raudhah yang baru dapat baby sambil ucap selamat tinggal.

20/3/2016 (malam) - Jemputan makan di rumah Syahmir dan Eka. 

Thanx a lot to Syahmir n Eka sebab jamu char kuey tiaw, Tassimo coffee dan pizza yang sangat sedap.

21/3/2016 - Jemputan makan dari Abang Zack n Kak Niza. Keluarga abang Zack antara keluarga yang kamceng dengan keluarga kami. Rumah kami di Sheffield tak jauh dari rumah depa.

Suami mendapat jemputan makan-makan dari rakan-rakan sekampung di satu restoren di Rotherham beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia.

Kami ambik penerbangan Manchester-Dubai-KLIA-Alor Setar. So, tiga kali tukar kapal terbang. Dari Sheffield, Abang Zam tolong hantar kami ke Manchester Airport. Kami transit lama di Dubai (19 jam). Kononnya nak ambik kesempatan jalan-jalan di Dubai. Tapi disebabkan kami tak sempat nak buat research nak jalan ke mana secara proper, kami ended up dengan stay di airport saja. Aku pulak seriously tak daya nak berjalan masa tu sebab dah rasa sakit sangat macam nak miscarriage. Sampaikan kat airport aku dok atas kerusi roda sebab dah tak mampu nak berjalan. Mujur dalam flight si dua beradik tak buat hal, Depa sibuk tengok movie, makan dan tido sepanjang dalam flight. Jadi dalam flight tu kami laki bini kira boleh berehat dengan aman jugak la. Kami sampai di Malaysia pada 24/3/2016 (Khamis) bila flight kami touch down KLIA. Di KLIA kami disambut oleh adik ipar aku Zeni sekeluarga dan jugak anak saudara suami, Izzati. Sempat lah kami mengeteh kat foodcourt di KLIA sambil berbual. Turun di Alor Star, mak n abah aku, ibu mertua aku dan sanak saudara terdekat bersedia menanti kami. Tapi cuaca di Malaysia (terutamanya Kedah dan Perlis) masa tu bapaklah panas! Terasa yang amat perbezaan suhu di Malaysia dengan UK. Masa kami balik tu UK sedang spring dengan suhu persekitaran adakalanya masih rasa macam winter.

Kami sempat bergambar kenangan dengan jiran sebelah rumah, Jones dan suaminya yang sangatlah baik sebelum bertolak ke Manchester Airport.

Bergambar kenangan dengan antara Darnall hot mummies di dining room rumah kami buat kali terakhir kira-kira kurang setengah jam sebelum berangkat.

Antara rakan-rakan sekampung yang datang mengucapkan selamat jalan kepada kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan masing-masing. Semoga jumpa lagi di Malaysia, insyaAllah.

Tengok tu suami aku sebak sambil melambai rakan-rakan tatkala kereta yang kami naiki meninggalkan kejiranan rumah kami di Basford Street. Aku yang dok kat bahagian belakang pon sebak jugak.

Terima kasih banyak pada Abang Zam yang sudi hantar kami ke Manchester Airport. Terima kasih jugak pada Kak Anoi (isteri Abang Zam) yang susah-susah bekalkan kami dengan puff inti durian. Depa sekeluarga banyak sangat tolong kami dalam banyak perkara. Tak terbalas jasa depa kat kami.

Bergambar kenangan sebelum check in bagasi. Masa ni teringat kami macam mana letihnya kami masa mula-mula sampai di Manchester airport 3 tahun setengah dahulu sampai tak terfikir nak ambil apa-apa gambar langsung. So, balik kali ni wajib ambik gambar, Hehehe....

Naik saja flight Manchester-Dubai si dua beradik tersangat excited nak tengok movie.

Hidangan pilihan aku di atas flight yang pertama. Balik kali ni kami masih pilih Emirates.

Hidangan pilihan suami. Suami sudi tukar dengan aku main dish sebab aku rasa aku punya tak berapa sedap.

Rehat kejap di Dubai airport setelah touch down. 

Masa berehat tu kami ambik kesempatan pergi berus gigi.

Sampai di KLIA kami disambut adik ipar sekeluarga bersama anak saudara, Izzati

Disambut ibu ayah dan kaum keluarga tersayang di lapangan terbang Alor Star

Khamis sampai Malaysia, hari Sabtu kami bertolak pulak ke Taiping, rumah mak n abah aku. Alhamdulillah, abang ipar bermurah hati pinjamkan Avanza dia. Jadi dapatlah kami mengangkut beg-beg kami yang besar-besar sekali harung. Ahad kami ke Kuantan sebab Isnin kami kena lapor diri di tempat kerja. Anak-anak kami tinggalkan sekejap dengan mak n abah aku memandangkan takde sesapa nak jaga depa bila kami gi kerja dan lagi pulak kami nak ke sana ke mari menguruskan hal-hal rumah dan peribadi. Antara perkara pertama yang kami buat bila balik ke Kuantan adalah mencari aircond. Ye, aircond! Sebab tak tahan panas. Huhuhu....So, dua aircond kami beli sekali gus. Satu untuk pasang kat bilik kami dan satu lagi untuk bilik anak-anak. Pastu kami cari sekolah untuk anak-anak. Oleh kerana Ismael n Ielyas dua-dua sekolah tadika jadi senanglah sikit kerja kami. Hajat di hati nak cari sekolah yang guna English as main communication language. Tapi masalahnya takde. Tak caya? Memang takde di area perumahan kami walaupon ramai mak bapak educated, kerja pensyarah dok kat kawasan perumahan kami. Akhirnya kami register depa di PASTI. Alhamdulillah, perancangan Allah itu lebih baik. Kami senang hati sebab dalam tempoh dua minggu Ismael n Ielyas dah boleh baca doa makan dengan maksudnya dan hafal beberapa bacaan dalam solat, yang rasanya takkan mampu kami nak ajar sendiri dalam masa yang singkat. In fact, selepas tu baru kami tahu yang PASTI kami hantar depa berdua tu is the best in Pahang dan kami bertuah sebab masa kami tengah mencari sekolah tu ada kekosongan. Yang bab English tu kami kami mengambil pendekatan dengan cuba communicate in English di rumah dengan depa sebanyak yang mungkin. Aku kira oleh kerana dua-dua beradik takde masalah communicate dalam bahasa Melayu, depa lebih cepat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. Next post kalau berkesempatan aku cerita pasal depa dan sekolah pulak.

Ismael n Ielyas skarang bersekolah di PASTI. Hari Jumaat kena pakai jubah.

Mujur staf yang sambung belajar di luar negara dapat cuti seminggu selepas lapor diri. Jadi lepas dua hari bekerja kami masing-masing ambik cuti seminggu. Selasa dan Rabu kami selesaikan pelbagai urusan yang perlu. Khamis kami kembali ke Utara ambik anak, pulangkan kereta abang ipar dan berehat di kampung sebab kepenatan yang amat sangat. Isnin berikutnya kami kembali semula ke Kuantan bersama anak-anak dengan kereta Kancil comel aku nan satu. Itulah kenderaan kami untuk ke sana ke mari buat sementara waktu. Ielyas tanya aku: "Mama, mama punya kereta kecik sebab mama duit sikit ke?" Huhuhu.....Aku iyekan je la. 

Wednesday, May 4, 2016

Butik Muslimah Online Pilihan 2016

Skang ni aku suka jugak beli baju secara online sebab:

  • tak perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat. 
  • biasanya bila kita beli online ada lebih banyak pilihan. 
  • ada sesetengah design, warna dan jenis kain yang kita nak belum tentu ada kalau cari di kedai. 

So, untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan  dan juga sebagai perkongsian untuk sesapa yang suka atau nak cuba beli baju muslimah secara online bolehlah ke website yang disenaraikan di bawah.


PELBAGAI:

Anggun Zara - aku pernah beli banyak kali shawl dari sini. Servis dan barang tip top.

Radiusite - Aku pernah beli 2 shawl dari sini. Material n kualiti kain puas hati but a bit pricey.

Marshmallow Scarf - aku pernah beli shawl dia di festival Mood Republic Tour Pahang. Puas Hati

Zawara - Aku pernah beli dua pasang dress dia. Cantik dan harga reasonable compared to kebanyakan butik online yang lain.

Poplook - Semua baju yang aku beli dari sini adalah dari kain chiffon. Harga reasonable dan kualiti jahitan kemas

Love to Dress - Apparels dia banyak yang simple, polos dan gojes. Tapi harga tidak mampu milik (untuk aku la....). Ramai bloggers terkenal beli dari jenama ni.

Jannah Noe 

Bella Ammara

Shawl for you

Sugarscarf

Imaan Boutique

Minimalace

Fana Couture

Losravelda

Rayyan Haya'

Jelita Sara

Sincerely by Us

Jubah Souq - ada apparels untuk lelaki

Rina Salleh Clothing

Qaira Hijab

Cattleya Couture

Button My Buttons

Carya Zara

Al-humaira Contemporary



SHAWL/TUDUNG /SCARF:

Naelofar Hijab - cantik dan simple tapi mahal maybe sebab jenama milik artis popular

Tuesday, April 26, 2016

Suami Ku Viva

16/2/2016 (Selasa) hari bersejarah buat suami tercinta kerana akhirnya dia telah menjalani viva dengan jayanya. Alhamdulillah, viva dia aku kira melalui jalan mudah. Pukul 1.15 petang mula dan berakhir secara rasminya lebih kurang pukul 3.15 petang. So, ambik masa dalam 2 jam saja. Aku mula-mula estimate maybe ambik masa dalam 3-4 jam. Aku agak terkejut bila kol 3 lebih hasben dah tepon sementara menunggu examiners making conclusion and decide the result. Masa tu aku kat opis aku, apa lagi....buat kerja aku la sebab tak siap lagi kan. Lepas dia tepon tu kalut lah aku ke bangunan di mana viva berlangsung. Masa jalan ke sana rasa happy sangat dan rasa nak menangis pon ada (walaupun bukan aku yang viva. Huhuhu....) sebab dah dengar sirna berita gembira. Sampai kat luar bilik viva, aku curi-curi dengar one of the examiners mengulas. Alhamdulillah, konpem, Phd dalam genggaman dengan minor correction. Hasben aku kata tak ada killer question dan dia rasa dia boleh jawab semua pertanyaan examiners dengan baik.

Posing dulu sebelum gi viva. Kami sebenarnya nak gi health center dulu sebab aku ada appointment dengan midwife pagi tu. Hasben masih sempat temankan sebelum kami bergerak ke universiti.

Kena scrap ais kat cermin kereta dulu. 

Dah ready nak ke bilik viva.

Sementara menunggu examiners and supervisor datang.

Lepas sesi viva berakhir secara rasminya, hasben aku mintak kebenaran untuk ambik gambar kenang-kenangan dengan examiners dan supervisor dia. Dia pon panggil la aku dan salah sorang kawan kami (hyreil) yang jugak menunggu di luar supaya masuk ke bilik tu.  Tak lama pastu supervisor hasben aku pon bersungguh suruh kami masuk. Hyreil memang purposely datang sebab hasben aku mintak dia tolong jadi cameraman. Hehehe....Aku sebenarnya serba salah nak masuk sekali. Tujuan utama aku terpacak kat situ sebab aku nak menjadi antara orang pertama yang ucap tahniah kat suami aku, bukan datang nak bergambar. Huhuhu.....

Kenapa aku segan nak masuk? Sebab internal examiner tu adalah supervisor aku! Dah lama jugak aku tak jumpa dia. Jadinya rasa serba salah yang amat. Huhuhu.....

Dari kiri: Internal examiner (supervisor aku), supervisor, hasben aku, aku, external examiner.

Teringat 3 minggu sebelum hasben aku viva, dengan senang hatinya dia enjoy borak kat FB, wassap, tengok movie, pergi sana sini n siap buat kerja part time hantar yellow pages. Aku pulak tumpang risau masa tu. Seminggu sebelum viva baru nampak belek thesis bersungguh skit. Itu pon aku rasa macam dia baca gitu-gitu je (itu aku rasa la....). But then I guess he really knows what was his research is all about.

Patutnya lepas dia viva tu kami laki bini patut raikan kejayaan dia. Malangnya aku ada ba.....nyak kerja jadi lepas tu aku balik semula ke ofis sambung kerja. Hasben aku pon ikut sekali teman aku habiskan kerja kat ofis.

Kawan-kawan tolong doakan untuk aku plak ye....Ntah bila la turn aku nak habis PhD plak. Kami skarang dah berada di Malaysia. Dah balik for good dan dah kembali bertugas. Dan tanggungjawab aku ma....kin banyak. Serabut!