Friday, July 11, 2014

Shopping Boundary Mill Pulak

 

Oleh kerana last few weeks adalah antara minggu kemuncak summer di UK, banyaklah sale sana sini. Lepas sale Mothercare ada sale kat Boundary Mill plak. Boundary Mill ni lebih kurang macam Parkson kat Malaysia tapi ada 5 stores je kat UK setakat ni dan salah satu daripada 5 tu ada satu kat Sheffield. Kalau gi Boundary Mill aku biasanya gi tengok-tengok kat bahagian pinggan mangkuk, barang dapur n barang hiasan umah. Barang-barang lain macam baju, kasut dan beg aku tak interested. Tengok punya tengok last2 aku telah terbeli (oopss....) barang-barang kat bawah ni:

Ramekins ni beli sebab terpengaruh dengan cara Kenny Rogers serve their fruit salad dan jugak terpengaruh dengan resepi mat salleh yang aku dok tengok kat channel tv sini.

Covered suger bowl ni kebetulan murah sangat jadi aku beli. Harga biasa kalau tak silap dalam GBP8 (harga dekat Boundary Mill, kalau RRP mahal lagi) dan harga sale GBP3.50. Ini sebenarnya brand Portmeirion. Memang super mahallah kalau jual kat Malaysia. Design ni dari Dawn Chorus range.

More from Dawn Chorus range. Yang ni RRP GBP27.50. Memang mahal. Harga sale aku beli ni dapat GBP2.50 je. Macam mana tak beli kalau dah kira murah sangat kan. Dapatlah aku cukupkan chorum koleksi yang aku dah ada dari range yang sama. Huhuhu.....

Yang ni panggil low bowl. Koleksi Pomona, satu lagi range dari Portmeirion.. Diameter dia 13 inches or 33 cm. Besar lah kiranya mangkuk ni dan harga asal dia pon besar jugak sebesar mangkuknya. RRP dia GBP58.50 dan dengan harga sebesar ni konpem aku tak beli. Huhuhu.....Lepas dapat harga super murah baru aku berani nak beli tapi aku still tak nak mention harga dia kat sini sebab takut korang rasa masih dahsyat harganya bila didarab dengan duit Malaysia. Huhuhu.....

Ini serving dish, lagi dari koleksi Pomona.

Dan lagi dari Pomona range, round platter.

Dan lagi dari Pomona range, oval gratin dish.

Sebenarnya orang Malaysia di UK rata-rata suka kumpul Portmeirion sebab buatan dia halus, ada macam-macam jenis bekas dari pinggan sampailah ke tempat letak senduk dan printed design dia yang charming (bagi yang minat design ala Inggeris terutamanya). Dulu mula-mula tengok aku taklah berkenan sangat sebab aku tengok design yang biasa-biasa saja tapi bila tengok design-design lain aku mula berangan nak beli itu dan ini. Dan natijahnya tu yang tershopping harta dapur kat atas tu. Huhuhu...... Actually design Pomona bukan my most favourite range but Botanic Roses. Masalahnya Botanic Roses range telah dihentikan pengeluarannya dan kalau ada jual kat online sangatlah mahal  maybe kerana dianggap design yang eksklusif. Eh, citer keluar tajuk post plak. Habis markah karangan makcik kena tolak. Huhuhu....

Lepas beli-beli sume tu dapat extra 10% off lagi sebab aku VVIP Boundary Mill customer. Kira harga off atas off. Mana tak sronoknya aku bershopping. Mujur hasben sporting n siap bagi galakan lagi.

I think I have enough shopping for this season. Simpan duit untuk boxing day plak which perhaps will be our last boxing day to enjoy.

No comments: