Sunday, March 9, 2014

Program Bantuan Untuk Syiria Tak Mendapat Sambutan

Aku ni bukanlah tahu sangat pasal isu pergolakan di Syiria walaupun di Fb banyak je sebelum ni orang berkongsi macam-macam gambar n status. Lagi pon status Kat Fb simple, tak menjelaskan. Kalau ada penerangan pon aku biasanya tak baca sebab biasanya panjang berjela dan maybe akan buat aku lagi konpius. Gambar-gambar yang ngeri-ngeri lagi aku x sanggup nak tengok sebab sangat menyayat hati. Aku rasa ramai orang yang macam aku, tak jelas pon apa sebenarnya berlaku di syiria. Kalau korang sangat arif aku salute la sbb aku akui aku ketinggalan. Jadi bila ada peluang untuk diterangkan tentang isu pergolakan di Syiria oleh orang yang berjuang untuk Syiria dalam satu program di city (dekat dengan universiti) aku rasa aku patut ambik peluang tu. 

Dalam program tu ada dibuat majlis lelongan barangan yang separuh daripada hasilnya akan didermakan untuk rakyat Syiria dan kalau tak nak yang hadir tak berminat nak bid pon boleh sekadar datang untuk mendengar dan menderma sekadar ikhlas dan termampu. Program tu sebenarnya dianjurkan oleh ______ dengan kerjasama dan tajaan Ikram. Ikram ni antara organisasi sukarelawan yang membantu mengutip dana untuk bagi rakyat Syiria.

Program tu patut start kol 2.30 petang. Aku sampai agak lewat skit tapi aku tengok dewan masih lagi lengang. Yang ada pon mostly urusetia. Memang aku dah jangka tak ramai yang akan datang bukan sebab pengumuman tentang program dalam group Fb ______ dok kat bawah mengatasi pengumuman yang lain (maybe ye jugak tp ini aku yakin hanya sebab kecil), tapi sebab orang tak kisah sangat. Sangat sedih.....Nak kata orang ada halangan untuk ke sana, program tu dibuat dikawasan yang dekat dengan public transport dan kira dekat dengan kawasan umah majoriti ahli ______. Yang lebih pelik lagi, ahli-ahli yang bukan bujang dok di city hanya ada sorang wakil je dan yang dok jauh pulak yang ramai datang. Program pulak bukan buat during weekdays. Tapi itu la....majlis usrah, majlis ilmu dan majlis amal  memang susah orang nak gi melainkan ada nilai komersil macam jemput artis terkenal untuk buat persembahan. Mujur jugak ada budak2 master bujang yang sanggup datang untuk meramaikan majlis. Itu pon ada yang datang setelah dihubungi rakan-rakan pada waktu kejadian.

Saudara penceramah yang dok disebelah kiri tersenyum menunggu hadirin. Tengok banyak kerusi masih kosong walhal dah melewati waktu yang dirancang.

Banyak ni je la yang hadir dari beratus-ratus ahli persatuan _______. Sadis....

Di tempat yang sama sebelum ni bila dibuat winter cafe, di mana orang2 melayu jual-jual makanan, berpusu-pusu orang datang sampai yang meniaga tak menang tangan dan orang pulak sanggup beratur panjang. Petang ni akan ada majlis hari jadi di kawasan yang sama tapi di dewan yang lebih jauh dari public transport, aku pasti akan bergerombolan orang datang untuk meraikan majlis (aku tak salahkan penganjur). Sedih sangat......Aku selaku bendahari persatuan rasa sangat terkilan sebab 50 pound telah dikeluarkan untuk sewa dewan dan kos refreshment dan malangnya tak ramai yang datang. Dah le pihak Ikram telah berbesar hati menaja kedatangan pelajar sukarelawan student Malaysia yang diberi amanah untuk menerangkan situasi di Syiria di program tu. Dan budak tu pulak sanggup datang ke Sheffield dari Manchaster. Bukan dekat sebatu dua dia datang dan mengorbankan masa belajar dia demi cakna kepada saudara seagama.  Dan yang lain???

Benarlah kata saudara penceramah, kita orang Malaysia tidak kuat iman untuk menerima dugaan seperti rakyat Syiria sebab Allah tidak menguji hambanya dengan dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Untuk dugaan semudah datang program dan menderma pon kita tak mampu, ini pulak nak diuji dengan dugaan peperangan. 

Nota kaki: Kalau korang ahli _______ dan terasa hati bila baca post ni aku mintak maaf. Sesapa yang memang ada aral nak datang atau ada sebab yang boleh diterima akal untuk tidak datang atau dah memang cakna dengan nasib rakyat syria sebelum ni aku rasa tak perlu nak amik hati.

2 comments:

Nora Jamil said...

Ya Allah.. sedihnya baca. kenapa takde sambutan? Alhamdulillah kat US setakat ni kalau program macam ni sgt2 meriah. Ni juga sebagai peringatan utk kita ambil tau krisis di bumi syam, bumi para anbiya.
--------------------

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Sumber: http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com

Naflyna said...

Coming soon akan ada lg satu program yang serupa untuk rakyat syiria dan malang sekali lagi kalau tengok respon di facebook baru saja ada 2 like. Kali ni program anjuran pelajar undergrad dan bila kak lyn sembang2 ngan sorang drpd ajk, depa target kumpulan sasar yang sama. Hmm.....tak tau lah nak dpt sambutan ke tak