Thursday, March 6, 2014

Perginya Tok Wan Ismael

Petang semalam masa turun tangga bangunan opis aku dengar tepon berbunyi. Masa tu aku dah nak balik ke rumah, jam 5.36 petang waktu UK. Aku balik awal dari biasa sebab hasben takde. Tak berani nak balik kalau hari dah gelap takut jadi masalah apa-apa susah pulak. Kalut-kalut aku jawab tepon, rupanya hasben call. Dan aku terberhenti kat anak tangga bila hasben bagitau abah (pak mentua) telah pergi buat selama-lamanya. Mengalir air mata aku kat situ jugak. Rasa sedih sangat sebab tak sempat aku dan anak-anak nak jumpa arwah lagi.

Hasben balik ke Malaysia 22 Februari aritu lepas kami terima kabar berita dari kampung yang pak mentua aku sakit. Mula-mula hasben berbelah bagi sama ada nak balik atau tak sebab mak mentua aku tak bagi hint suruh balik atau cakap keadaan abah teruk. Adik ipar aku plak bila ditanya dalam FB message tak pulak mengkabarkan berita tak sedap. Tapi jauh di sudut hati aku ada rasa tak sedap hati sebab dah lama pak mentua tak tepon nak sembang-sembang dengan Ismael. Bila Ismael dah mula pandai nak cakap-cakap di telefon, pak mentua aku selalu jugak tepon untuk cakap dengan Ismael. Dan beberapa bulan sebelum dia sakit aku perasan agak kerap dia menelefon. Kali terakhir dia tepon kalau tak silap bulan Disember tahun lepas. Tapi ni tak bermakna hasben jarang telefon kampung. Kerap dia tepon, biasanya seminggu at least sekali. 

Masa aku n hasben tengah sibuk buat preparation untuk PhD confirmation review ada jugak aku terfikir pasal pak mentua aku yang dah lama tak menelefon. Tapi memikirkan aku tak mau serabutkan fikiran hasben jadi aku diamkan aje dulu. Malang pulak confirmation review aku (confirmation review meeting aku dibuat pada 27 Januari) bermasalah. Masalah tu telah buat aku sibuk dan serabut siang malam untuk tempoh sebulan lepas tu dan aku rasa sebab tu aku jadi terlupa nak sebut pasal dah lama pak mentua tak telefon. Lepas masalah study aku sedikit reda, kami terbaca status FB adik ipar aku. Baru aku teringat balik pasal tu. Adik ipar tak cakap perkara sebenar because I guess dia pegang pesan  mak mentua aku supaya tak bagitau kami, maybe sebab tak mau ganggu kami yang tengah study. Bila dikorek-korek dari kakak ipar aku barulah kami tau pak mentua aku dah uzur sangat. Kami cancel kan plan kami nak Bath (plan nak ke Bath sebab Ismael cuti skolah dan dah lama tak bawa anak-anak dan pengasuh jalan-jalan + kami pon dah berbulan struggle untuk confirmation review) dan hasben cepat-cepat beli tiket balik ke Malaysia. Aku dan anak-anak je yang tak balik atas sebab yang tak boleh untuk aku explain kat sini. Alhamdulillah hasben sempat jumpa dan berkesempatan berbakti menjaga ayah dia di wad semasa hujung hayatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abah dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kenangan Aidilfitri terakhir bersama tok wan Ismael sebelum kami berangkat ke UK.

Pst: Terima kasih di atas ucapan takziah dan doa semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan di FB.

6 comments:

Unknown said...

Salam takziah Lyn sekeluarga. Kuatkan semangat. Pray for the best.

Me, Myself and I said...

salam takziah. tp alhamdulillah hubby sempat blk jaga arwah..

Nora Jamil said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah kak lyn sekeluarga. Saya pun bergenang air mata baca post ni. Tak tergambar perasaannya kehilangan ahli keluarga dan kita duk jauh tak boleh balik. Ya Allah..

Naflyna said...

Terima kasih semua atas ucapan takziah.

Nora> Dah tak lama dah Nora dah nak boleh balik Malaysia. Tak lama lagi boleh jumpa family n sanak saudara. Kak Lyn lambat lagi. Perjuangan kami suami isteri masih jauh lagi. Parents lah antara motivasi kak lyn utk habis PhD cepat. kak lyn berazam lepas selesai PhD nanti kami akan lebih kerap balik kampung ziara mak ayah.

phatgurl said...

Takziah untuk keluarga di perantauan...semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman, amin.

Naflyna said...

Thanks Yati