Sunday, December 11, 2011

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Debaran menanti detik-detik bersalin anak ke-2 jelas terasa. Aku slalu confuse between false labour and actual labour. However, I put a guideline if there is a show (turun darah) or water brake then it's time to go to hospital.


11 November 2011 (Friday)


Aku berharap sangat aku akan deliver our 2nd baby on this date. Well, it's 11/11/11. Tarikh yg sangat mudah diingat. This date was the first EDD being informed by doc to us. The same EDD was mentioned from the first few antenatal check up. However, doc later gave us another new EDD and it is 13/11/11. But when people asked when is the EDD, I answered 11/11/11. Harap punya harap rupanya Allah takdirkan takde rezki nak dapat this nice date. Aku takdelah kecewa menonggeng. Biasa je. Bagi aku apa yang lebih penting smuanya selamat. Aku masih pergi kerja macam biasa dengan ditemani husband yang kebetulan boleh berstesen di Gambang.



14 November 2011 (Monday)


Masih blom bersalin. Contraction agak ketara di awal pagi. Ingatkan dah sampai masa. Rupanya cuma Braxton Hicks contractions. Aku jugak mengalami kejang kaki. Serius rasa tak daya nak memandu ke tempat kerja + nak turun naik opis yang berada di tingkat 3. So, aku amik keputusan utk amik emergency leave. Ismael tetap dihantar ke rumah pengasuh sbb hasben mahu aku berehat sepenuhnya.



15 November 2011 (Tuesday)


Hari ni aku pergi kerja. Hajat di hati nak amik cuti lagi. Tapi rs sayang plak nak abiskan cuti camtu aje. Baik simpan utk next year sbb most probably need to use more emergency leaves when we have 2 kids. Before ke tempat kerja, antar Ismael ke umah pengasuh di Felda Lepar dulu. On the way nak gi kerja aku singgah gerai kat taman perumahan kami tinggal beli bihun + kuih buat bekal brunch (breakfast + lunch). Tak sanggup rasanya nak turun dan naik lagi sekali tangga opis semata-mata nak beli lunch. Dah le takde geng nak gi makan. Kengkawan sume takde sbb sume out station di KL.
Malamnya, pergi antenatal check up.


16 November 2011 (Wednesday)


5.48 pagi

Aku terjaga dari tido sebab terasa contraction yg agak kuat. Lepas sepuluh minit, sekali lagi terasa contraction. Pastu contraction for every 5 minutes. Aku cepat-cepat solat subuh in case takut water brake.


7.30 pagi

Aku suruh hasben antar Ismael ke umah pengasuh dan suruh dia bersiap cam nak gi kerja. Aku cakap pada hasben nanti bila dia on the way lepas antar Ismael, tepon aku balik utk konpemkan sama ada aku ni memang dah nak bersalin atau just false labour. Oleh kerana contraction konsisten aku certain dah sampai masanya dan aku pon bagitau hasben tak payah gi kerja, balik umah. Oh, ya…Before hasben pergi antar Ismael ke umah pengasuh, aku rasa dah ada show tapi sikit sangat sampaikan aku sendiri not so sure. Perhaps should be show yg agak jelas macam masa nak lahirkan Ismael dulu tapi sebab aku ke toilet untuk buang air kecil jadi may be show tu dah tak berapa jelas lagi kerana bercampur dengan air basuhan.


8.30 pagi

Hasben sampai umah dan tanya nak ke hospital dah ke. Aku cakap tak payah sebab aku tau kalau ke hospital awal-awal pon kena stay kat ward je. Oleh kerana buku-buku n internet sources yang aku baca kata kalau bersalin anak ke-2 dan seterusnya sakit akan berpanjangan usually at least 8 hours, aku decided bertolak ke hospital tengah hari. Sementara tu, aku kemas-kemas sikit umah n practice movements untuk mengurangkan rasa sakit contraction during first stage.


12.00 tengah hari

Kami bertolak ke hospital. Aku suruh hasben singgah satu gerai di Sg Isap on the way to hospital. Hajat di hati nak beli kuih masalodeh (vadeh). Tengah sakit-sakit ada hati nak makan masalodeh. Huhuhu…Unfortunately akak yang jual kuih tu baru nak bukak kedai, kuih tu blom sempat dia goreng. Yang ada cuma karipap. Memikirkan lepas beranak lambat lagi boleh makan karipap, aku pon belilah karipap 3 ketul. Sebelah gerai akak tu ada jual nasi berlauk untuk makan tengah hari. Aku suruh hasben lunch dulu. Sebelah gerai lagi satu akak yang jual kuih tu ada mamak jual cendol. Kami order cendol. Sakit tetap sakit. Tapi kesedapan cendol tu tetap aku nikmati sampaikan masih terbayang-bayang sampai ke saat ni. Huhuhu…


12.45 tengah hari

Sampai di hospital. 15 minit pastu nurse panggil untuk buat CTG. Aku stay kat bilik buat CTG lebih kurang 45 minit. Surprisingly, masa buat CTG sakit contraction almost tak terasa langsung. Aku jadi confuse sbb dah sakit lebih lapan jam takkan false labour lagi. Tapi lepas selesai CTG, nurse datang dan konpemkan memang ada contraction. Then, aku keluar dari bilik CTG dan duduk ngan hasben di kerusi menunggu yang tak jauh dengan bilik CTG tu. Masa dok kat situ, sakit contraction dah terasa balik. Nurse cakap kena tunggu doc utk check bukaan serviks. Syukur Alhamdulillah, masa yang berlalu di hospital sejak dari sampai di hospital aku rasa sungguh cepat berlalu.


2.00 petang

Doc sampai dan check bukaan. Doc tanya aku nak bukaan berapa cm. I wished it was 8 cm. Tak dapat! Bukaan sudah 4 cm. Ok la…compared to masa Ismael dulu, first check baru 1/2 cm! Then, doc cakap dia akan pecahkan ketuban. Aku tanya doc, kalau tak pecahkan ketuban tak boleh ke? Dia kata untuk percepatkan bukaan jalan. Kalau boleh aku tak nak ada campur tangan perubatan yang boleh membawa risiko kepada proses unnatural birth. Tapi, dah dalam keadaan sakit aku allow saja doc pecahkan ketuban. Mujur selepas tu bukaan jadi 6 cm dan aku dibawa ke labour room at level 1. Actually aku expect lepas check bukaan kena tunggu di ward dulu. Jadi sempat le nak makan karipap yang aku beli tadi. Tapi tiba-tiba dah kena masuk labour room. Tak sempat nak makan karipap yang aku beli tadi. Huhuhu…


Doc tak ikut sama ke labour room. Di labour room, nurse sibuk nak masukkan drip. Aku sempat tanya nurse tu kenapa nak masukkan drip. Dia kata supaya aku ada tenaga untuk meneran nanti but I’m not sure whether it is true. Actually aku tak suka jarum dicucuk di pergelangan tangan sebab before this aku dah ada experience serupa masa admit ward kerana keguguran. Ianya sakit berhari-hari. Dan kali ni kena lagi n my left wrist took time to fully recover. Wayar drip dan kesakitan tu jugak sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku during pushing process sebab aku tak boleh nak pegang kaki aku dengan baik. Lagi satu perkara yang aku tak suka berlaku di labour room ialah midwife insist utk kosongkan pundi kencing dan untuk tujuan tu dia masukkan wayar. Sakit! Lepas tu aku perasan kesannya sehingga ke saat aku menulis post ni. If I want to pee then susah untuk ditahan-tahan lagi. Dulu masa aku beranak Ismael aku tak perlu dimasukkan drip n aku jugak tidak diminta utk kosongkan pundi kencing. Malang jugak kali ni aku jadi “keras” bila nurse nak cek jalan. Seingat aku 4 kali aku kena check jalan dan proses tu jadi sangat menyakitkan kerana aku tak boleh nak jadikan badan aku dalam keadaan relax kesan daripada kesakitan mengosongkan pundi kencing sebelumnya. Lepas kali ketiga check jalan, midwife cakap baby dah buang air besar. Masa tu aku dah terfikir possibility nak kena operation. Tapi lepas tu nurse cakap aku tak perlu risau sebab bukaan 6 cm memungkinkan aku untuk bersalin secara normal. Then, midwife cakap kalau bukaan dah 10 cm dan doc blom sampai, aku kena push je n that mean the labour process will be assisted by the midwife n nurse only. Memikirkan situasi tu aku jadi sedikit kecewa sbb aku bayar mahal untuk dapat servis yang sepatutnya and I expected that the labour should be assisted by a doctor. I don’t deny the midwife n the nurse capability. It just that the existence of a doctor will make me more confident in case of emergency. However, bila dah sampai masa nak meneran, elok-elok masa tu doc sampai ke labour room. Fuh…lega! At the labour room, I kept looking at the clock on the wall behind me so that I have encouragement untuk meneran dengan jayanya. I think the clock should be in front of me. Letih aku menoleh ke belakang.


2.45 petang

Baby selamat dilahirkan. Bila baby selamat dilahirkan aku toleh lagi tengok jam tu. Jam menunjukkan 1.45 pm. Masa doc keluarkan uri, hasben masuk ke labour room. Aku bagitau hasben baby lahir jam 1.45 pm. Hasben kata bukan 1.45 pm tapi 2.45 pm. Rupanya jam yang aku dok tengok tu salah! Apa le… Apa pun syukur Alhamdulillah our baby telah selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Lepas masuk ke ward aku request utk susukan baby. Malangnya susu aku masa tu tak seberapa dan process latching tak berapa menjadi n breastfeeding agak menyakitkan. Aku stop breastfeed sebab aku nak pastikan condition nipple sore n crack will not getting worse macam masa Ismael dulu n nak confirmkan dengan pakar laktasi dulu sama ada cara aku breasfeed tu betul atau tak. Jadi aku allow nurse untuk bagi susu formula pada baby. Sedih sebab terpaksa buat macam tu. Tapi cara aku nursing the baby dah betul sebab aku dah konpemkan dengan pakar laktasi dan juga nurses yang datang melawat ke rumah during the first week selepas bersalin. Malangnya niat aku untuk fully breastfeed our second baby tidak berjaya. Sama situasi masa Ismael dulu n even this time worse than before. Ielyas hanya dapat 2 minggu je susu badan. Itu pun aku selangkan sekali dua dalam sehari dengan susu formula. Aku rasa sedih sangat. Bukannya susu aku takde tapi aku dah tak boleh tahan lagi nipple sore n crack both sides. Masa first few days aku terpaksa susukan Ielyas dengan susu formula, berjurai-jurai air mata aku turun. Mungkin aku tak cukup kuat macam ibu-ibu lain yang boleh menahan kesakitan breastfeeding.



Malam 16 November aku, hasben n Ismael bermalam di ward. Mujur dapat ward single. So, we have an optimum privacy. Baby duduk di bilik baby with other babies. Kebetulan hospital tu baru berpindah ke bangunan baru jadi semua kemudahan dalam ward are considered in a very good condition.



17 November 2011 (Thursday)

7.00 pagi
Parents in law sampai ke hospital untuk tengok cucu baru. I asked my hasben to bring them for breakfast n then to our house sementara aku nak tunggu pemeriksaan doc before check out.

11.00 pagi
A nurse drop by n give souvenirs for baby n mommy. Banyak sungguh souvenir dari pihak hospital n sponsers.

11.30 pagi
Hasben sampai semula di hospital untuk fetch me up. Pakar laktasi yang dikatakan akan datang visit at 10 am tak datang-datang. Jadi aku cakap pada hasben aku dah tak nak tunggu sebab lambat sangat dari masa yang dijanjikan. Frust jugak sbenarnya. Sebelum kemas barang aku lunch dulu hidangan tengah hari yang hospital sediakan. Bila aku dah nak melangkah keluar dari bilik ward, pakar laktasi baru sampai. Aku rs sronok balik sebab dapat jugak aku minta khidmat nasihat yang diperlukan (even though finally aku tak berjaya breastfeed Ielyas).

12.00 tengah hari
Masa sekali lagi nak melangkah keluar dari bilik ward nurse datang dan tanya dah nak balik ke. Aku mengiyakan. Pastu dia kata kena tunggu dulu sebab dia blom bagi ubat n dokumen-dokumen yang aku perlukan untuk daftarkan kelahiran Ielyas di pejabat pendaftaran negara. Allahuakbar. Sungguh aku terlupa. Selamba je nak terus balik n terlupa benda-benda penting tu. Lepas bayar bil berjumlah RM1863 kami pon balik ke rumah. My mother in law datang sekali ngan hasben n Ismael untuk jemput aku n baby dan dia tolong pegang baby sepanjang perjalanan balik.


Rumusan

Secara keseluruhannya aku rasa bersyukur sebab proses bersalin berlaku secara normal seperti yang diharapkan with no episiotomy this time. However, still agak banyak jahitan sebab aku terangkat punggung during labour. Aku jugak rasa gembira sebab kali ni masa yang berlalu tu terasa cepat. Mungkin kerana aku sudah bersedia mentally based on previous experience.

Sayang skali kali ni takde foto kenang-kenangan utk upload for this post sebab kami terlupa nak amik gambar. Hasben aku kata dia ada amik gambar masa Ielyas tengah dibersihkan sebaik sahaja lahir tapi ntah kenapa takde dlm memori kamera.


Aku amat berpuas hati dengan ward services. The nurses on duty responded quickly when needed. Aku cuma kecewa dengan pasal masukkan drip n empty the bladder procedure at the labour room yang aku langsung tak jangkakan. Aku jugak rasa the midwife should let me give some space for me to relax before nak check bukaan. Aku rasa dia agak tergesa-gesa setiap kali nak check bukaan. Tidak seperti cara midwife yang check jalan masa kelahiran Ismael. Cara dia berkata-kata jugak agak tidak sedap didengar. Contohnya: “Kenapa awak ni? Jangan buat keras. Kalau tak awak akan rasa sakit.” Instead, I think she should guide me how to do it correctly. Well, tak semua ibu bersalin melalui proses bersalin yang sempurna. Namun, peluang untuk melahirkan bayi dengan selamat dan sempurna sifatnya adalah anugerah Allah yang tak ternilai nikmatnya. Alhamdulillah.

3 comments:

Kisah Qaseh said...

nipple crack memang sakit sgt.. before breastfeed.. cuba basahkan dulu.. sebasah-basahnyer... guna mintak kelapa dara pun ok.. sebab kalau baby termakan.. pun tak ada effect....

selamat mencuba..

fizz said...

akak,

sori i guessed im pretty late in congratulating you on ur newborn baby. But its better late than never kan? Tahniah tahniah from me...

Tapi kak, u make me laugh hysterically la bila baca part cendol & masalodeh dan cite karipap. So funny ok, hihihi.

All in all, i wish u all the best kak. Miss u guys at FIST a lot.

Naflyna said...

Kisah Qaseh > thanx for the info sharing. Nanti blh try
Fizz > tq2. Tlh ku blasah secubit karipap curik2 takut mak maghah. Vadeh jgn ckp...bukan secubit tp 3 ketul! Hehehe...mama berpantang yg nakal