Saturday, March 14, 2015

Mookau and Design Studio

Sabtu minggu lepas Ismael ngan Ielyas ada sesi belajar main tenis kat Rustlings Lawn Tennis Club. Tak jauh dari club tu ada deretan macam-macam jenis kedai. Deretan kedai tu secara spesifiknya terletak di Ecclesall Road. Kiri kanan Ecclesall Road tu kira penuh la dengan kedai. Ada kedai kopi, kedai makan, kedai charity, kedai bunga dan pelbagai butik. Nampak meriah! Dah banyak kali kami lalu situ tapi tak pernah pon berhenti singgah jalan tu sebelum ni.

Sementara tunggu Ismael n Ielyas belajar main tenis hari tu aku ngan hasben gi la merayau-rayau kat situ. Kebetulan cuaca hari tu sunny, memang nampak lagi meriah sebab orang ramai keluar. Kami sempat singgah masuk beberapa kedai dengan masa yang terhad sebab latihan tenis anak-anak tinggal tak sampai sejam. Antara kedai yang kami sempat masuk tu ada dua kedai yang aku suka: Mookau dan Design Studio.


Mookau tu butik ala-ala butik Lovely Lace di Malaysia. Kat sini ada jual macam-macam barang yang biasanya orang pompuan suka. Antara yang aku suka: handbag, blouse and dress dia. Sweet sangat tapi bila tengok harganya aku tak rasa nak beli lagi setakat ni. Huhuhu.....Keluar dari Mookau hari tu aku beli benda kat bawah ni. Kengkonon nak buat hiasan untuk gantung photos or notes.

£1 untuk 8 penyepit. Comel-comel je saiznya. Panjang setiap satu lebih kurang panjang dua ruas jari kelingking aku.


Design Studio plak kedai jual gifts and cards. Apa yang menarik kad yang dijual kat situ banyak yang pelik-pelik dan unik yang aku rasa susah nak dapat kat tempat lain. Tapi kami tak beli apa-apa kat situ. Cuma tengok-tengok je. Sesapa yang dok Sheffield kalau nak cari special wishing card for somebody special boleh le try cari kat sini. 

Friday, March 13, 2015

Ismael Buat Aksi Akrobatik

Ada satu hari last week aku sampai school anak-anak awal untuk hantar depa. Sementara tunggu cikgu bukak pintu aku biarkan anak-anak main kat mini playground dalam kawasan sekolah, tak jauh dari pintu masuk ke nursery Ielyas. Biasanya situlah depa dok main kalau kami sampai awal. Tetiba nampak Ismael buat aksi yang mengejutkan aku.

Ini first time aku tengok Ismael boleh meniti atas tali tu. Sebelum ni dia akan skip part ni sebab dia tak sampai. 

Bila Ismael buat macam ni aku terbeliak bijik mata. Uikksss....berani plak dia buat macam ni.

Aksi akrobatik ni lagi besar-besar mata aku terbeliak sebab tak sangka dia boleh buat macam ni.

Ni mesti terpengaruh tengok budak-budak lain buat macam tu. Nampaknya Ismael dah pandai buat satu perkara baru. Cuma masalahnya perkara baru yang dia buat ni bahaya. Lepas aku tengok dia buat tu aku nasihat elok-elok kat dia jangan buat macam tu lagi sebab takut jatuh. 

Thursday, March 12, 2015

Kicap Jalen dan Kek Lapis

Baru-baru ni aku ke Tai Sun di Sheffield dan terjumpa Kicap Jalen. Sebelum ni hanya jumpa 2 brand kicap saja dari Malaysia yang boleh dibeli di Tai Sun: cap kipas udang dan cap ABC. Walaupon cap ABC murah skit daripada cap kipas udang aku tak berani beli cap ABC sebab sebelum ni ada kontroversi pasal status halalnya. Actually aku first time tau pasal cap ABC pon bila dok UK. Jadi tak perasan pon mula-mula kicap cap ABC tu kicap Malaysia. Sampailah satu hari tauke Tai Sun cawangan Doncaster (kadang-kadang kami ke sana lepas ke carboot sale di Doncaster sebab kat sana gudang besar dia, lebih banyak pilihan) tanya aku sama ada aku lebih suka cap kipas udang atau ABC. Tu yang aku baru tau cap ABC tu brand Malaysia. Dia kata dia sedang pertimbangkan untuk tak ambik bekalan cap kipas udang lagi. Dia kata cap kipas udang makin mahal. Kalau mahal susah nak jual. Tapi masa tu aku cakap kat dia ramai Malaysian suka cap kipas udang. Tak lama lepas aku tau cap ABC tu aku tersembang ngan kakak aku pasal kicap. Masa tu dia ada sebut ada kontroversi status halal kicap ABC. Wallahualam pasal status sebenarnya tu. Bila kakak aku sebut hal kicap ABC tu aku masih belum sempat nak cuba kicap ABC. 

Cerita sembang ngan tauke Tai Sun doncaster tu cerita tahun lepas. Nampaknya skang dia dah dapat identify alternatif iaitu cap Jalen. Maybe tengah test market. Banyak beza jugak harga kicap jalen dengan cap kipas udang jual kat Tai Sun. Kalau di Malaysia aku lebih suka beli kicap Jalen sebab sedap dan murah. Kicap kipas udang beli jugak tapi sebab mahal aku beli kadang-kadang je. 
 

Lagi satu benda baru aku jumpa di Tai Sun di Sheffield ialah kek lapis. Maybe dah lama dah ada jual tapi aku je tak perasan. Dekat £4 juga harga satu. Mahal jugak la....tapi sebab kat malaysia harga kek lapis pon memang mahal aku beli jugaklah sebab nak merasa lepas dekat 2 setengah tahun tak rasa. Kalau nak suruh aku buat, tidak le.....renyah dan lama! Sedap jugak rasa kek lapis aku beli tu tapi taklah sesedap kek lapis yang kakak ipar aku tempah kat kawan dia di Sarawak. Apa pon syukur di atas nikmat Allah sebab dapat merasa kek lapis. So pasni boleh le beli kek lapis untuk jamu tetamu masa raya. 
 


Nota kaki: 
Bila jumpa kicap Jalen tetiba rindu plak kat sarsi Jalen. Bukan setakat sarsi Jalen malah teh tarik, mee goreng mamak, char kuey tiaw, puding raja dan macam-macam lagilah aku rindu. Oh, dah lama sungguh aku tinggalkan Malaysia.

Wednesday, March 11, 2015

Snake Robot

Ismael n Ielyas sangat suka main dengan building brick toys. Depa ada 3 jenis building bricks berbeza di rumah yang mana dua daripadanya kami beli kat carboot sale je. Baru-baru ni ciptaan Ielyas agak mengejutkan aku. Cer tengok apa dia reka. Bila ditanya apa dia reka, Ielyas kata dia reka 'snake robot'. 

Tuesday, March 10, 2015

Sepagi di Sheffield Botanical Garden

Pagi Sabtu baru-baru ni kami ke Sheffield Botanical Garden. Misi utama nak cari spring bulb. Pada masa yang sama nak bagi chance pada anak-anak main kat luar. Masa kami gi tu blom banyak lagi bunga keluar. Spring bulb dengan snow drop je yang nampak ketara di sana sini. Ada jugak nampak beberapa jenis bunga lain tapi tak banyak. 











Kami anak-beranak suka ke Sheffield Botanical Garden sebab seronok tengok tupai. Kat sana ada banyak tupai. Tupai-tupai tu agak jinak. Kalau dia nampak kita pegang makanan terutamanya kekacang dia akan datang dekat kita. 




Nota kaki:
Tuesday last week ada parent meeting ngan cikgu kelas. Masa tu dapat jumpa cikgu kelas Ismael secara personally dan cikgu bagitau pasal progress Ismael so far and what are her concerns. Kata cikgu budak-budak baya Ismael elok dibiarkan main kat luar rumah ditemani parent(s) at least setengah jam sehari supaya minda dia berkembang. Aku terdiam kejap bila dia cakap macam tu. Mana la kami ada masa nak buat hari-hari terutamanya during weekdays. Balik umah dari universiti pon hari dah gelap. Seminggu dua ni plak bila kami balik Ielyas dah tido. Sabtu atau Ahad je masa terbaik yang kami boleh usahakan. Sabtu atau Ahad sebolehnya kami elak buat kerja di rumah sebab tak nak psiko anak-anak. 

Monday, March 9, 2015

Spring Bulb Cantik Menawan

Bukan mudah untuk kami dapat tangkap gambar dengan kelompok bunga spring bulb yang besar. Sebab kemuncak bunga spring bulb kembang tak lama. Masa tahun pertama (2013) kami terlepas sebab kami tak tau pasal spring bulb. Tahun kedua kami terlepas saat kemuncak tu sebab menanti masa free yang sesuai nak gi. Bila dapat gi tempat yang ada banyak spring bulb tahun tu kami tengok kelompok spring bulb yang kembang dah tak banyak tinggal. Walaubagaimanapon dapat la jugak beberapa gambar kenangan dengan spring bulb untuk tahun 2014. 

Tahun ni aku alert! Bila nampak spring bulb dah mula kembang awal this week kat kawasan universiti dan tengok weather forescast untuk hari Sabtu cantik elok, aku pon ajak hasben cari spring bulb. Alhamdulillah, tahun ni aku dapat tangkap gambar dengan bunga spring bulb. Dekat je. Kat Sheffield ni aje. Sayangnya anak-anak sibuk pulak kejar tupai. Ismael ngan Ielyas apa heran dengan bunga-bunga semua. Tak menarik untuk depa. Hasben plak sibuk kejar anak yang kejar tupai. Jadi gambar aku saja le. Sila tengok gambar. Ala....tak payah jemput tengok. mesti korang dah tengok gambar dulu sebelum abis baca post ni kan? Huhuhu..... 


Sunday, March 8, 2015

Spring Is Here!

Alhamdulillah, syukur di atas nikmatNya kerana kami berpeluang sekali lagi merasa musim bunga, musim yang paling aku suka selepas musim panas. Masa musim ni suhu dah mula mencecah angka belas. Siang tadi pon suhu cecah 17 darjah celsius. Malam-malam tido pon tak sesejuk masa winter.  

Antara penanda aras spring sebenar (spring atas kalendar tak menggambarkan rasa spring yang sebenar) dah muncul ialah mula keluarnya bunga spring bulb dan daffodils. Dua jenis bunga ni bunga bebawang yang banyak tumbuh meliar di merata-rata. Dua gambar kat bawah ni aku snap masa nak ke universiti beberapa hari lepas, tak jauh dari Attercliffe tram stop.

Spring bulb

Daffodil