Wednesday, January 21, 2015

Menanti Snow Turun Lagi

Kami laki bini tak sabar menanti snow turun lagi. Ismael ngan Ielyas pon excited jugak lepas depa tengok snow baru-baru ni. Tapi mak bapak dia lebih excited lagi. Hahaha....Of course le kami berdoa nak yang lebat sekali yang membolehkan kami main sledging. Hari-hari kami menanti. Tiap-tiap hari aku tengok BBC weather forecast apps di iPad aku. Tapi lepas snow yang diramalkan akan turun lebat pada malam Sabtu lepas tak turun sikit pon aku dah surrender nak tengok lagi. Tiba-tiba pagi tadi masa balik dari nursery ambik Ielyas bila salah sorang teacher dia kata "see you tomorrow, if it is not snowing", balik rumah aku cepat-cepat tengok weather forecast. Hoorey!!!! Snow dah kira macam almost konpem akan turun! 

Forecast terkini yang baru saja aku tengok beberapa minit tadi. Kalau tengok ada simbol snowflake start kol 8.00 malam. Pastu awal pagi diramalkan lebat dengan dua simbol snowflakes.  

Esoknya plak snow diramalkan terus lebat sampai ke tengah hari. Kalau snow tebal maybe school akan tutup. Kat radio hari ni ada sebut snow diramalkan setebal 8-10 cm. Kalau ramalan ni betul n skolah tutup, pagi esok kami nak beronggeng main sledging. Hahaha....

Ni masa tengah menaip ni asyik dok intai tengok kat tingkap sebab kalau ikut ramalan snow akan start turun kol 8.00 malam. Skang ni kol 5.50 petang. Dah tak lama dah tu. Tengah dup-dap-dup-dap menanti ni. Hehehe....

Friday, January 16, 2015

Mudah Tido

Lately Ielyas mudah je nak tido masa siang hari. Few hours after dia balik dari nusery semenjak dua menjak ni senang je dia nak tido tanpa disuruh. Kalau suruh plak sah tak tido. Jadi aku biar dia tido sendiri. Oleh sebab dia tido tu takde specific time jadi dia boleh tertido di mana-mana. Cer tengok gambar kat bawah ni.

Ielyas tido bawah meja. Actually masa ni dia tengah merajuk. Bila aku perasan lama sangat dia merajuk aku pon pi jenguk. Rupanya dah tertido kat situ.

Ini masa minggu lepas. Lepas main sorang-sorang dengan toys faveret dia sambil tengok kartun Raa Raa the Noisy Lion n minum milk dapat kat nursery tup-tup dia tido. Aku tau dia tido bila tetiba tak kedengaran movement atau suara dia menyanyi-nyanyi. 

Ini masa tengah hari tadi. Dia tido masa tengah tengok kartun dari iPad. Pandai pulak dia cari selimut n lapik sendiri tempat dia nak duduk. Hari ni cuaca sejuk skit. Kami agak dia rasa cara tu boleh kurangkan rasa sejuk tempat dia duduk tu. 

Actually bila malam pon Ielyas senang jugak nak tido. Kalau dah sampai time dia kena tido, biasanya few minutes lepas naik katil dia akan trus terlelap. Kekadang tu dia siap ajak kami masuk tido.

Bila baca paper dah menguap-nguap kekadang tu gambar yang macam kat atas tu la penaik semangat aku. Aku akan senyum sorang-sorang bila tengok.

Thursday, January 15, 2015

Snow Turun Lagi

Awal pagi semalam snow turun lagi di Sheffield. Masa turun tu lebih kurang kol 5 pagi. Tapi this time tak le lebat macam yang sebelum ni. However, nampak jugaklah memutih skit jalan raya n bumbung kereta. Oleh kerana hari tu tak sempat nak ambik gambar kami dalam snow, this time dengan masih pakai baju tido aku dengan beria grab kamera kengkonon nak ambik gambar anak-anak nak gi school dalam snow. Heh! Poyo je kan?

Ciput je pon snownya. Apa pon alhamdulillah di atas peluang ni.

Lepas depa dah pi skolah aku snap few more photos kat depan umah n also laman belakang umah. Giler beria sungguh ambik gambar dalam sejuk-sejuk dengan pakai baju tido tanpa pakai baju sejuk!




Kami ni hari-hari berdoa snow turun lebat before spring menjengah. Kalau tengok ramalan cuaca arini macam ada harapan nak turun snow lagi.

Hari Sabtu ada lambang dua snowflakes bermaksud snow akan turun lebat. Kalau betul seronoknyer! Tapi kalau snow tak turun hari Sabtu ada chance lagi hari Selasa. 

Tapi tu la....bak kata professor yang aku gi kelas modelling masa first year dulu: "Kalau weather forecast untuk esok bolehlah kita tengok. Kalau untuk lusa dah macam tak brapa boleh nak percaya lagi. Dan kalau untuk seminggu lagi, don't even look at it". Itu dia cakap le tapi aku rasa ada benarnya jugak sebab dah banyak kali terkena dengan weather forecast. Well, nama pon weather forecast kan....

Wednesday, January 14, 2015

Big Apple Indoor Playground


Tengah hari ahad tadi kami bawa anak-anak gi main di Big Apple indoor playground kat Rotherham. Dalam cuaca sejuk-sejuk menyengat tulang ni memang tak kuasa sangat nak buat aktiviti outdoor. Jadi indoor playground menjadi pilihan kami kali ni untuk bagi reward kat anak-anak yang aku kira bersabar dengan kesibukan kami terutamanya during weekdays.

Indoor playground ni kira besar la jugak. Aku rasa tempatnya dibuat kat bangunan bekas kilang.

Kat situ bukan setakat budak-budak saja yang boleh main. Mak bapak budak pon boleh join skali. Jadi ada entrance fee untuk setiap dewasa yang masuk ke situ tak kira la nak main ke atau tak. Kami main 4 beranak dalam £10+. Dalam dua gambar kat atas ni antara part yang kami paling suka. Kita load sponge balls. then tunggu bola-bola jatuh macam hujan.

Haa....tu dia bola-bola jatuh bertaburan.

Pastu tunggu lagi bola jatuh. Ielyas siap santai kat tengah tu menanti bola jatuh lagi.

Sambil loading sponge balls atau menanti sponge balls jatuh sila hati-hati sebab ada penembak-penembak meriam dari 4 penjuru. Hasben tengah tunjuk ajar kat Ismael macam mana nak main benda alah tu.

Lepas Ismael dah faham macam mana nak main papa dia tolong load bola dari depan sebab load bola di sebelah penembak tak efektif.

Sementara tu Ielyas cuba belajar main sendiri dari atas sementara Ismael tengah main kat bawah. Ielyas explore dan pandai sendiri macam mana nak main. Bila tak sampai pandai dia gi ambik kepingan span yang ada kat situ untuk dia panjat.

Giant burger. Nyum....nyum....

China Town section

Mula-mula Ismael takut nak main giant slide ni. Lepas dia cuba sekali dengan duduk kat pangkuan aku, berkali-kali dia pergi turun naik main sendiri.

Ini bahagian solar system. Tapi Ielyas tak minat sebab gelap kot. Dalam tu ada banyak bola-bola besar representing planet yang ada.

Ismael cuba jadi tarzan jap.

Merentasi jejantas tali yang sempit

Dah letih main makan chips sebab anak-anak dah lapar. Pastu terus balik n singgah beli KFC sebab anak-anak request nak makan burger.

Bila gi sana tetiba aku memasang cita-cita nak bukak bisnes indoor playground mcam yang kami gi tu. Hahaha....tak boleh belah berangan tak hingat. Aku memang banyak cita-cita nak buat bisnes macam-macam tapi setakat ni semuanya tinggal cita-cita je sebab aku sentiasa saja ada benda lain yang nak kena fokus dulu. Ala.....kesimpulannya aku nak bagitau kat korang yang cita-cita aku hanya angan-angan je. Huhuhu....


Nota kaki:
One thing yang aku suka kat UK ni, mana-mana tempat rekreasi untuk budak-budak/famili kita boleh bawak makanan sendiri jika mau. Tak semestinya kena beli dari tempat tu. Bagusnya syarikat yang operate tempat rekreasi tu takde plak rasa tergugat dengan kebenaran tu dan kami perasan tetap ramai orang yang membeli kat cafe yang disediakan. Kalau kat Malaysia berdasarkan pengalaman aku, kat mana-mana waterpark tak dibenarkan bawa makanan sendiri. Kalau kat Bukit Gambang Waterpark siap cek beg pengunjung lagi nak pastikan orang tak bawa makanan sendiri. Aku rasa persepsi orang Malaysia, I mean syarikat yang bukak tempat rekreasi tu kena lebih open. Kalau orang tak perlu spend duit banyak untuk beli makanan lebih ramai yang boleh/sanggup pergi. Kalau untung kat jual makan tak seberapa (tapi aku jangka masih tetap untung banyak sebab ramai orang malas masak atau malas nak bawa barang berangkai-rangkai), boleh untung pada entrance fee. Silap-silap hari bulan untung lebih banyak lagi.

Tuesday, January 13, 2015

Hidung Ielyas Berdarah


Jumaat lepas entah macam mana tetiba hidung Ielyas berdarah. Masa tu aku tengah solat Asar. Lepas solat aku tengok Ielyas tengah menangis tak jauh dari pintu bilik tido kami. Sebelum aku solat aku dah bagitau kat Ielyas siap-siap aku nak solat. Kena bagitau dia sebab kami berdua je ada kat umah. Bila aku tengah solat kalau dia nak ke tandas dia tau dia kena buat semua sendiri tanpa bantuan aku kalau aku dah siap-siap bagitau. Kalau tak bagitau dia akan tunggu.

Masa aku tengok dia menangis tu aku ingatkan dia nak sesuatu. Aku tak perasan lagi hidung dia berdarah sebab tempat dia duduk tu agak gelap. Bila dia bangun dari duduk baru aku perasan. Terkejut aku. Sambil dia menangis tu dia sebut "dirty....dirty....". Aku pon cepat-cepat ambik gambar dulu untuk reference n then bawa dia bersihkan darah di muka dan tangan dia n also tukarkan baju lain.

Lepas dah siap basuh tu terlupa plak hidung dia darah belah mana. Mujur ada ambik gambar. Jadi dapat la pastikan belah mana yang berdarah. Bukan apa, just for reference in future time kalau perlu. Sebab berdarah tu tak plak dapat aku pastikan.

Sunday, January 11, 2015

Jamie Cookbooks

Aku sebenarnya bukanlah penggemar tegar makanan western. Spaghetti, pasta atau chicken chop bukanlah favourite aku apatah lagi lamb chop (sebab aku tak makan kambing). Tapi bila Jamie Oliver si tukang masak hebat berbangsa British tu memasak, banyak betul resepi dia yang aku nampak macam sedap je. Ada la beberapa yang aku dah cuba sebelum ni n hasilnya tak mengecewakan.

Bila nak masak aku tengok le kat internet. Masalahnya susah jugak nak tengok resepi dari tab. Oleh kerana tu aku pun gigih le mencari dan mengumpul Jamie's cookbooks. Mula-mula aku cari kat carboot sale kalau kebetulan kami ke mana-mana carboot sale. Tapi rupanya tak mudah nak dapat Jamie Oliver punya cookbooks. Maybe sebab buku-buku dia sangat hot dan dijadikan koleksi. Aku tak pernah jumpa jual kat carboot kecuali 2 buku yang kurang popular. Yang aku jumpa dua tu pon aku beli salah satu je sebab yang satu lagi tu aku tak aim nak beli n harganya pon masih mahal untuk harga carboot sale. Pastu aku try le cari kat eBay buku-buku Jamie yang aku aim. Then aku realized yang second pon mahal jugak. Actually buku dia yang aku nak sangat tu ada dua je: Jamie 15-Minute Meals and Jamie 30-Minute Meals. Lain-lain tu kalau dapat murah-murah kira bonus le. Seterusnya aku pon survey harga buku baru. Oooo...rupanya harga buku yang aku nak tu kalau masa offer boleh dapat lebih murah dari harga second yang jual kat eBay.

Jadi aku pon tunggu le mana-mana online seller jual n finally syukur Alhamdulillah.dapat le beli Jamie 15-minute Meals cookbook dangan harga £9.99. Mahal jugak le tapi kira murah dah le berbanding dengan harga asal dia £26! Nasib baik tak beli dengan harga £26 kat WH Smith bookstore last few weeks. Masa tu memang hati dah meronta-ronta nak sangat buku tu. Kalau tak mesti ralat sebab boleh dapat jauh lebih murah. Kalau ada jual kat carboot lepas ni lagi murah pon taklah ralat sangat sebab aku dah guna dulu buku tu sebelum jumpa kat carboot sale (ayat nak sedapkan hati). Hehehe.....

Buku ni sampai Jumaat tadi. Aku beli online dari A Great Read.

Sementara banyak bahan resepi mudah n murah nak dapat kat sini aku patut cuba banyak-banyak resepinya. Harap sempat le nak cuba macam-macam tapi.....masa. Walaupon tajuk buku tulis 15 minit, itu tak termasuk masa untuk study resepi dan sedia bahan. So, 15 minit tu boleh le jadi 40-60 minit plak untuk aku. Huhuhu.....

Skang ni aku dah ada 3 buku Jamie. Paling kiri koleksi aku yang first, aku beli kat carboot. Tak ingat berapa harga beli masa tu tapi kalau tak silap sama ada 50 pence atau £1. Yang paling kanan adalah koleksi kedua, aku beli dari WH Smith dengan harga £5. It was a very good bargain since harga asalnya £26. Actually setiap satu buku kat atas harga asalnya adalah £26.

Lepas ni misi mencari Jamie 30-Minute Meals pulak. Jangan tak tau yang buku aku aim seterusnya ni adalah buku Jamie yang mencatat rekod the UK's fastest selling non-fiction title dengan 735 000 copies terjual dalam masa 10 minggu! Oleh kerana satu ni je lagi tinggal buku Jamie yang aku nak sangat, aku nak try cari kat carboot sale je dulu. Kalau sempat gi carboot sale la.

Saturday, January 10, 2015

Makan Western Style

Semalam aku masak western style untuk lunch merangkap makan malam. Untuk pengetahuan kami skang masak makan tengah hari lewat skit sebab nak jimat masa. Biasanya kami makan tengah hari around 3-3.30 petang. Sebab lunch tu dah lewat, makan malam kami makan yang ringan-ringan je kalau lapar. 

Idea nak makan western style datang few days ago. Lepas berkungfu lebih kurang dua jam dengan bantuan hasben dapatlah kami makan hidangan kat bawah.

Nampak macam rajin sangat tapi ini menu tak berapa nak rajin sebenarnya. Chips tu just bukak plastik n masuk oven je. Yang cendawan berkeju tu aku beli yang ready made n tinggal masuk oven jugak.  Ayam goreng n  gravy sauce beli dari KFC. Yang aku betul-betul prepare hanyalah whipped potato, roast potatoes n coleslaw je. Whipped potato takde jual kat KFC sini jadi kenalah aku buat. Kalau tak sah aku beli jugak. Hahaha.....Coleslaw ada jual kat KFC sini tapi tak sedap sebab coleslaw nya masam. 

Amacam? Tergoda tak?