Friday, April 11, 2014

Tandas di Universiti

Masa aku first time masuk tandas kat Department Chemical Engineering aku terkasima sekejap sebab bapak lawa n bersih tandas dia macam tandas 5-star hotel.

Tandas kat Chemical Engineering Department

Tak lama pastu aku termasuk tandas kat bangunan opis aku, kat ground level dan aku baru tau ada tandas yang sangat cantik kat situ. Kat university aku ni rupanya banyak jugak tempat yang tandasnya cantik-cantik dan setakat ni tandas yang cantik-cantik tu smuanya berada di aras yang paling banyak di akses oleh pengguna. 

Tandas kat department aku

Dari sisi lain. Tandas ni bila masuk lampu dia terpasang sendiri ok....

Tandas ni system flush dia pakai sensor ok. Aku agak tandas NC universiti malaysia pon tak canggih macam ni pe.....Huhuhu.....

Bukan sume tandas kat universiti secantik macam gambar kat atas. Tapi walaupun tak secantik gambar tu, tandasnya secara keseluruhan adalah bersih. 

Mostly public toilet kat UK ni bersih-bersih dan kering. Mostly jugak tak kenakan caj masuk.

To be honest kalau tandas duduk Malaysia yang kira regularly orang guna aku memang tak berkenan nak guna sebab orang Malaysia suka bagi basah tempat duduk toilet bowl tu. Even kat sini pon kalau orang Melayu je yang kluar dari tandas, most probably akan ada juga air (tak banyak, sikit) kat atas tempat duduknya. Dan aku rasa sapa pon tak suka duduk kat atas tempat duduk tandas yang basah kan? So, walaupun kat sini kita tetap pakai air (bawa botol air), silalah pastikan tempat duduk tandas tu kering sebelum keluar sebab kalau tidak korang akan buat orang lain terutamanya mat salleh marah. Silap-silap hari bulan kena maki atau kena sumpah seranah.

Monday, April 7, 2014

Pindah Rumah

Sebenarnya dah lama dah kami teringin nak pindah rumah tapi aku just bertahan tak pindah sebelum ni sebab aku malas nak menambahkan kerja yang dah sedia kala banyak dan juga kerana banyak sebab lain lagi. Rumah lama kami banyak menyimpan kenangan susah senang kami merantau di tempat orang dan di rumah tu lah kami mula bina hidup baru sebagai pelajar PhD suami isteri.  Bila parents aku dah bagi green light depa nak mai UK dan kami juga mungkin bakal menerima beberapa tetamu lain lagi, hal pindah rumah semakin difikirkan tapi aku cuba sedaya upaya untuk terus duduk situ. Habis aku google cari katil/sofa bed yang boleh aku muatkan untuk letak di bilik ketiga yang ada tapi serius bilik tu kecik sangat-sangat untuk muatkan katil single. Aku perlukan panjang bilik lagi 2 cm je untuk muatkan single bed with trundle yang paling pendek aku boleh cari tapi mana mungkin aku luaskan bilik tu. Oleh kerana parents aku nak datang sebulan, tak mungkin kami nak biarkan depa tido kat ruang tamu aje. Kalau seminggu takpelah jugak.

Hasben aku ada kriteria dia sendiri (antaranya umah berkarpet) untuk rumah baru dan kriteria akulah yang paling ketat sehinggakan hasben pon macam nak give up mencari. Huhuhu....sorry abang. Kriteria paling utama adalah
  • Rumah tu mesti ada 3 bilik tidur
  • Dekat ngan skolah Ismael skarang sebab renyah kalau pindah skolah dan aku rasa Ismael tak mudah untuk adapt ngan nursery baru. Dia ambik masa berbulan-bulan baru dia mau bercakap dengan teacher dia. Itu pon cakap sepatah dua je. So, kesian kat dia kalau kena pindah sebab dia kena lalui semuanya sekali lagi.
  • Fully furnished, ada katil dan almari di semua bilik, sofa, meja makan, mesin basuh dan peti sejuk.
  • Harga sewanya at most £500. 
  • Insulation ok (Yang ini kita boleh cek masa viewing umah secara live di mana kita takkan nampak ada kulat kat dinding dan tingkap. Kalau ada, itu petanda insulation tak berapa bagus. Kalau ada sikit-sikit tu kira masih ok lah. Selain tu sesetengah umah diiklankan dengan maklumat insulation macam window double glazing)
  • Secara keseluruhannya keadaan rumahnya luar dan dalam boleh dikategorikan sebagai ok.

Lain-lain kriteria yang kami perlukan:
  • Boiler rumah tu mestilah continuously ok. Rumah lama kami boilernya ok, cuma kapasiti air yang ditampung hanya untuk lebih kurang 2 minit. Jadi bila tengah basuh pinggan, ambik air sembahyang tetiba air jadi sejuk. Masalah lain pulak air panas lambat keluar terutamanya selepas beberapa jam paip air panas tak digunakan. Kebas tangan ooo menahan kesejukan dan sungguh mencabar nak amik air sembahnyang terutamanya masa autumn n winter n actually masa separuh dari musim spring. Dan semua aktiviti menggunakan air penuh dengan ketabahan la. Basically, kami kena lalui ini selama 8 bulan dalam setahun. Percaya atau tak, air sejuk yang aku maksudkan kat sini sejuknya lebih sejuk dari air peti sejuk korang di Malaysia.
  • Pressure bekalan air rumah tu mestilah cukup kuat untuk menampung penggunaan serentak dua paip air. Umah lama kami, kalau buka paip dapur, yang tengah mandi terpaksalah bersabar dengan air sejuk. Walaupon shower mandi dah dipasang electric shower, dia akan jadi automatik sejuk bila mana-mana paip lain dibuka sebab pressure air yang lalu pada electric shower tak cukup kuat.  Sejuk tu pulak bukan 5 atau 10 saat. Boleh jadi lebih 1 minit. Stress jugaklah. Kalau bilangan isi rumah 2 atau 3 orang dalam situasi macam tu ok kot sebab probability 2 paip nak bukak serentak kurang sikit.
  • Backyard umah tu selesa dan luas untuk anak-anak kami main. Umah lama kami luas tapi bertangga-tangga yang membuatkan keadaannya tak sesuai untuk anak-anak main rides.
  • Tuan rumah ok.
  • Umah berkarpet. Ini kriteria hasben. Rumah lama takde karpet jadi bila pijak lantai umah rasa sejuk. Masa winter jadi serba tak kena. Nak main ngan anak-anak kat lantai rasa tak sanggup sebab sejuk. Ada la kami beli karpet tapi limited area la anak-anak boleh main kat lantai dengan selesa. 
  • Lagi satu kriteria hasben, sofa plak tak nak yang jenis kulit atau PVC tapi jenis fabrik. Sekali lagi ini sebabnya berkait ngan cuaca sejuk kat sini. Kalau dah duduk lama memang malaslah nak bangun sebab kalau bangun sofa jadi sejuk balik. Huhuhu.....
Kesimpulannya, condition rumah yang kami cari tu mestilah secara overall tak kalah dengan rumah kami yang 1st. So, korang boleh bayangkanlah memang susah gilerlah kami nak dapat rumah yang memenuhi semua kriteria kat atas. Kira misi mencari yang impossible lah. Kalau korang baca ni korang mesti rasa dahsyatnya kriteria kami. Hahaha......

Dah lama kami mencari. Dari tahun lepas lagi. Masa hasben balik Malaysia aritu sambil-sambil dok tunggu running programming aku pon try cari umah sewa kat online. Kat sini korang boleh try cari umah sewa guna Gumtree, Zoopla atau Rightmove. Then aku terjumpalah satu iklan rumah di Gumtree yang nampaknya macam dah memenuhi semua kriteria utama. Kebetukan hasben pon terjumpa iklan yang sama jugak. Selama ni aku reject semua potential houses to rent sbb tak memenuhi kriteria yang telah kami tetapkan. Bila view online, iklan rumah tu telah memenuhi semua kriteria utama tadi. Cuma kriteria lain tak dapat dipastikan lagi sebab view online hanya dapat limited info. Masalahnya hasben ada kat Malaysia. Rumah tu plak duduk kat kawasan hot spot sebab dekat dengan skolah. Masa tu aku memang rasa kami takdak peluang dah tambah-tambah lagi kalau keadaan rumah tu elok. Bila hasben balik dari Malaysia kami view iklan tu lagi dan iklannya masih ada. Bila tepon katanya rumah tu still available. Pelik jugak aku. Masa tu terlintas dah di fikiran aku, rumah tu tak ok kot sebab tu takde orang nak sewa. Tapi kami decide untuk tengok jugak. Masa sampai depan umah tu aku tak impress sangat sebab rumah tu dari luar nampak kecik. Masa tu aku rasa macam kami memang nak tengok je lah. Tapi bila masuk ruang tamu rumahnya aku tergamam sekejap sebab keadaannya di luar jangkaan aku, fantastic!

Ini la rupa kat depan umah baru kami. Ooops....jangan silap. Yang mana sebenarnya umah kami?

 Gambar kiri: Ini je sebenarnya umah kami. Pintu coklat kemerahan tu pintu umah orang lain. Yard depan umah bersimen dan share dengan jiran sebelah, mat saleh yang sangat nice. Gambar kanan: Aisyah dah tanam pokok bunga yang membuatkan hati aku rasa best bila keluar dan balik umah :)

Tuan rumahnya kata dia baru je beli umah tu dan baru saja refurbish untuk anak dia duduk. Tapi pastu ada masalah dan anak dia tak jadi nak duduk. So, dia terpaksa sewakan. Dia kata ramai dah yang view umah tu tapi dia kata dia tengok orang yang nak sewa jugak sebab dia sayang umah tu dan dia tak mau sewa dekat orang yang berpotensi untuk tak jaga rumah tu. Untuk pengetahuan korang, kat Sheffiled ni banyak umah sewa landlord nya orang Pakistan and Bangladesh dan depa suka bagi sewa umah depa kat orang Malaysia sebab berdasarkan pengalaman lama depa. Depa kata orang Malaysia pembersih dan jaga umah elok. Kita plak duduk umah style tak pakai kasut kat umah jd kalau orang Malaysia yang masuk umah karpet elok, biasanya untuk next tenant depa tak payah tukar yang baru, so, save budget. Masa hasben mula-mula tepon tanya rumah tu landlord tu ada tanya, kami dari negara mana.

Setelah explore satu rumah aku tanya berapa sewa rumah tu dia nak bagi kami. Dalam tajuk iklan yang kami tengok kat Gumtree dia tulis £500. Dalam detail description dia tulis £480. Masa aku tanya tu dia kata £480. Aku tak tak terfikir pon nak tawar harga sebab macam impossible dengan keadaan umah tu yang tip top. Tetiba dia sendiri cakap dia bagi kami sewa dengan £460. Perghh....memang bertuahlah kami. Rasanya sebab dia memang nak sangat orang Malaysia sewa umah tu kot. Lepas tengok umah tu aku rasa itulah rumah yang kami cari. Kami terus decide untuk sewa. And guess what.....Alhamdulillah, SEMUA kriteria yang tersenarai kat atas dipenuhi. Memang super bertuah lah kami.   

Hasben balik dari Malaysia 12 Mac. Kami start pindah barang 15 Mac dan kami officially sewa rumah baru tu mula 17 Mac. Jom tengok rumah sewa baru kami.

Ruang tamu. Yang kaler hitam dekat dinding batu-bata tu adalah heater. Berfungsi dan yang paling elok pernah aku jumpa di kalangan rumah Malaysian kat sini. Kalau sebelum ni kami kena arak tarak portable heater ke atas dan bawah umah, lepas ni tidak lagi. Hehehe.....

Lagi pemandangan di ruang tamu. Cuma ruang tamu ni kecik berbanding rumah sebelum ni tapi dah cukup luas dah untuk anak-anak duduk main kat sini.

Sofa dan rak tv kat ruang tamu disediakan oleh landlord. Tv besar pon ada dia bagi tapi kami cakap kami tak mau sebab kami dah ada tv. Pastu dia suruh letak tv dia tu kat luar rumah. Aku cakap aku tak sanggup nak tengok tv elok tu biar macam tu je. Kami suggest dia jual je kat eBay. Pastu dia kata takpalah, dia angkut ngan kereta teksi dia dan dia akan sedekahkan je kat sape2 yang nak. Dari situ kami buat kesimpulan tuan rumah ni kira pemurah lah orangnya.

Ruang makan. Mula-mula dia tak provide meja makan. Bila kami request, dia stuju untuk bagi meja makan. Dia amik yang umah dia punya n dia kata dia boleh buat wife dia gembira ngan meja makan baru. Aku ok je as long as meja makan tu tak besar gedabak dan masih elok. Alhamdulillah meja makan tu masih elok. Seat dia pon bersih lagi walaupun warnanya agak pudar. Aku agak mesti depa sekeluarga cermat jaga barang.

Dari sisi lain ruang makan. Pintu sebelah kiri ke ruang tamu dan pintu sebelah kanan menuju ke cellar. Cellar ni ruang bawah tanah yang biasanya orang buat stor. Luas cellar tu sama besar ngan luas ruang tamu. Kewujudan cellar sbenarnya menyumbang kepada kesejukan rumah. Kalau korang perasan, banyak pintu betul kat umah kami ni. Sbenarnya inilah standard umah kat UK untuk secure heat masa cuaca sejuk.

Master bedroom

Katil kat master bedroom ada laci untuk storage yang sangat praktikal untuk simpan kelengkapan beddings

Kami letak katil anak-anak sekali dalam master bedroom. Sayangnya kami terpaksa block storage space yang korang boleh nampak pintu kat belakang bunk bed tu.

2nd bedroom. Ada katil double n cupboard. Katil ni pon ada laci untuk storage. Cuma masalahnya dengan bilik ni ialah tandas berada di bilik ni. Takde tandas lain dalam rumah. Tapi ada la satu jamban kat luar rumah.

Salah satu kelemahan umah ni yang kami perlu compromise adalah dapur dia kecik sikit berbanding umah 1st. Tapi kami dapat mesin basuh yang lebih canggih dan dapur memasak baru yang apinya lebih kuat. Peti sejuk pon lebih besar. Kira ok la...


Gambar kiri: Inilah backyard yang cukup luas untuk anak-anak main. Siap dah ada pokok bunga lagi kat tepi-tepi. Gambar kanan: Pintu dapur. Yang pelik sikit, mostly rumah kat deret ni pintu dapur adalah pintu masuk utama. Jadi posmen, penghantar suratkabar dan penghantar flyers akan guna pintu dapur. Tempat untuk masukkan surat pon disediakan kat pintu dapur, bukan pintu depan.


Gambar kiri: Inilah rupa tandasnya. To be honest aku lebih suka ada bath tub sebab lebih senang nak mandikan anak-anak. Gambar kanan: Dalam tandas ada storage space.


 Gambar kiri: Tangga yang menghubungkan bahagian atas dan bawah rumah. Gambar kanan: Tangga yang menghubungkan bahagian atas dengan attic. Attic ni kira bilik loteng. Attic kat kebanyakan rumah di UK dijadikan bilik tido. 


 Gambar kiri: Kengkonon ruang study. Ini dalam 2nd bedroom. Gambar kanan: Pemandangan kat luar dari tingkap tepi meja study. 


Lagi pemandangan luar merentas 3 halaman rumah (rumah kami dan dua rumah jiran kami) dari tingkap tepi meja study.

Gambar kiri: On the way nak ke cellar ada rak untuk simpan barang. Gambar kanan: Tangga menuju ke cellar.



Ini pemandangan di kejiranan kami.

Ini pemandangan di kejiranan kami.

Beberapa minggu lepas kami duduk sini ada kawan datang ziarah. Dia saja mai nak tengok rumah baru kami. Dia kata rumah sewa lama kami dulu tu cantik tapi dia kata rumah sewa baru kami ni lagi cantik. Alhamdulillah.

Sunday, March 9, 2014

Program Bantuan Untuk Syiria Tak Mendapat Sambutan

Aku ni bukanlah tahu sangat pasal isu pergolakan di Syiria walaupun di Fb banyak je sebelum ni orang berkongsi macam-macam gambar n status. Lagi pon status Kat Fb simple, tak menjelaskan. Kalau ada penerangan pon aku biasanya tak baca sebab biasanya panjang berjela dan maybe akan buat aku lagi konpius. Gambar-gambar yang ngeri-ngeri lagi aku x sanggup nak tengok sebab sangat menyayat hati. Aku rasa ramai orang yang macam aku, tak jelas pon apa sebenarnya berlaku di syiria. Kalau korang sangat arif aku salute la sbb aku akui aku ketinggalan. Jadi bila ada peluang untuk diterangkan tentang isu pergolakan di Syiria oleh orang yang berjuang untuk Syiria dalam satu program di city (dekat dengan universiti) aku rasa aku patut ambik peluang tu. 

Dalam program tu ada dibuat majlis lelongan barangan yang separuh daripada hasilnya akan didermakan untuk rakyat Syiria dan kalau tak nak yang hadir tak berminat nak bid pon boleh sekadar datang untuk mendengar dan menderma sekadar ikhlas dan termampu. Program tu sebenarnya dianjurkan oleh ______ dengan kerjasama dan tajaan Ikram. Ikram ni antara organisasi sukarelawan yang membantu mengutip dana untuk bagi rakyat Syiria.

Program tu patut start kol 2.30 petang. Aku sampai agak lewat skit tapi aku tengok dewan masih lagi lengang. Yang ada pon mostly urusetia. Memang aku dah jangka tak ramai yang akan datang bukan sebab pengumuman tentang program dalam group Fb ______ dok kat bawah mengatasi pengumuman yang lain (maybe ye jugak tp ini aku yakin hanya sebab kecil), tapi sebab orang tak kisah sangat. Sangat sedih.....Nak kata orang ada halangan untuk ke sana, program tu dibuat dikawasan yang dekat dengan public transport dan kira dekat dengan kawasan umah majoriti ahli ______. Yang lebih pelik lagi, ahli-ahli yang bukan bujang dok di city hanya ada sorang wakil je dan yang dok jauh pulak yang ramai datang. Program pulak bukan buat during weekdays. Tapi itu la....majlis usrah, majlis ilmu dan majlis amal  memang susah orang nak gi melainkan ada nilai komersil macam jemput artis terkenal untuk buat persembahan. Mujur jugak ada budak2 master bujang yang sanggup datang untuk meramaikan majlis. Itu pon ada yang datang setelah dihubungi rakan-rakan pada waktu kejadian.

Saudara penceramah yang dok disebelah kiri tersenyum menunggu hadirin. Tengok banyak kerusi masih kosong walhal dah melewati waktu yang dirancang.

Banyak ni je la yang hadir dari beratus-ratus ahli persatuan _______. Sadis....

Di tempat yang sama sebelum ni bila dibuat winter cafe, di mana orang2 melayu jual-jual makanan, berpusu-pusu orang datang sampai yang meniaga tak menang tangan dan orang pulak sanggup beratur panjang. Petang ni akan ada majlis hari jadi di kawasan yang sama tapi di dewan yang lebih jauh dari public transport, aku pasti akan bergerombolan orang datang untuk meraikan majlis (aku tak salahkan penganjur). Sedih sangat......Aku selaku bendahari persatuan rasa sangat terkilan sebab 50 pound telah dikeluarkan untuk sewa dewan dan kos refreshment dan malangnya tak ramai yang datang. Dah le pihak Ikram telah berbesar hati menaja kedatangan pelajar sukarelawan student Malaysia yang diberi amanah untuk menerangkan situasi di Syiria di program tu. Dan budak tu pulak sanggup datang ke Sheffield dari Manchaster. Bukan dekat sebatu dua dia datang dan mengorbankan masa belajar dia demi cakna kepada saudara seagama.  Dan yang lain???

Benarlah kata saudara penceramah, kita orang Malaysia tidak kuat iman untuk menerima dugaan seperti rakyat Syiria sebab Allah tidak menguji hambanya dengan dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Untuk dugaan semudah datang program dan menderma pon kita tak mampu, ini pulak nak diuji dengan dugaan peperangan. 

Nota kaki: Kalau korang ahli _______ dan terasa hati bila baca post ni aku mintak maaf. Sesapa yang memang ada aral nak datang atau ada sebab yang boleh diterima akal untuk tidak datang atau dah memang cakna dengan nasib rakyat syria sebelum ni aku rasa tak perlu nak amik hati.

Saturday, March 8, 2014

Butik Muslimah Meletup!

Ooopss.....bukan butik meletup kena bom ke apa....tapi meletup dengan koleksi pakaian muslimah yang buat hati aku tergedik-gedik nak beli.

Sebab Aidilfitri tahun lepas kami sekeluarga pakai baju raya tahun sebelumnya dan lepas tu raya haji kami pakai lagi baju yang sama, tahun ni aku teringin la plak nak kami pakai baju baru plak. Alamak! Bulan puasa pon lambat lagi dah cerita pasal raya? Yer la....kena la buat preparation awal takut nanti sibuk dan sebab kalau pakai pos biasa untuk ke hantar ke UK makan masa 2-3 bulan baru sampai. Lagi pon aku hanya ada selai je baju kurung kat sini. Bila ada majlis sesama kengkawan Malaysia kat sini aku terpaksa belasah pakai jeans ngan t-shirt atau paling sesuai dengan majlis yang aku boleh pakai hanya blouse + seluar slack tatkala majoriti yang hadir pakai baju kurung atau jubah. Naik segan jugak rasanya. Nak pakai baju kurung nan satu tu rasa segan jugak sebab setiap kali gathering sebelumnya aku dah pakai baju yang sama je. Di samping tu bolehlah jugak aku menambah semula koleksi baju untuk gi kerja lepas habis belajar nanti. Atau korang jugak boleh anggap itu semua hanyalah alasan untuk aku nak memperabiskan duit. Hahaha.....

Kat bawah ni aku nak share SENARAI BUTIK MUSLIMAH ONLINE yang aku suka kebanyakan koleksi depa. Tapi bukan semua yang dijual patuh syariah. Korang pandai-pandailah beza sendiri yang mana boleh dan tak boleh pakai. Tapi kalau nak beli yang seksi-seksi pon apa salahnya kalau just pakai kat umah untuk suami. Atau bagi yang bujang kalau nak pakai yang seksi-seksi untuk rasa confident kat umah boleh jugak tapi macam buang tabiat je. Huhuhu....

Senarai kat sini tak bermakna aku dah pernah beli dari setiap butik yang disebut. Ada la dari beberapa butik yang aku dah try beli. Tapi itu pon baru beli skali. Okey, ni senarainya:



Ini pilihan butik muslimah bagi korang yang sanggup untuk berbelanja lebih sebab harga dia boleh tahan mahal, untuk level aku la. Aku suka tengok koleksi jubah warna polos dia yang simple but elegant. Baju kurung pahang dia pon lawa-lawa.

http://www.hijrahcouture.com/


NAJJAH

Butik ni milik pengacara terkenal tv al-Hijrah, Farrah Adeeba, yang dikongsi bersama kawan dia Nurul Azwin. Koleksi dia banyak yang super lawa dari jubah hinggalah ke tudung dan harganya pon super jugak. Huhuhu....Aku hanya sanggup jamu mata je setakat ni, tak sanggup nak beli lagi tapi serius ada cita-cita nak beli. Cita-cita je la dulu.

http://najjah.com/


ARLENE

Yang ni aku suka sangat jubah dan shawl dia. Harganya berpatutan dan aku dah cuba beli satu jubah dari sini. Yang problemnya bila aku beli dari UK, caj penghantarannya sangat mahal, lebih mahal dari harga jubah. Aku beli jubah RM79 tapi kos pos RM100. Tapi servis puas hati.

http://arlene.my/


AISY

Ni satu lagi favourite aku. Aku admire banyak koleksi dia. Serius....tudung, jubah n blouse dia cantik-cantik. Butik ni menjadi sebutan dan favourite ramai bloggers. 

https://www.facebook.com/izzddina.nur


RADIUSITE

Setakat ni aku tengok butik ni hanya concentrate jual tudung je. Dah lama dah aku dengar nama butik ni. Memang hot sangat butik ni sebab kalau dia keluar design tudung baru memang super duper cepat sold out especially for popular colours like white, black, pink, blue, brown n grey.

http://radiusite.com.my/


RAUDHAH SHAWL STORE

Yang ni satu lagi butik yang concentrate jual tudung. Korang boleh beli tudung yang ready made or custom made. Selain tu butik ni juga sedia menerima tempahan custom made veil untuk pengantin. So sesape yang blom kawin boleh le simpan link ni untuk kegunaan masa hadapan, Inshaa Allah.

http://www.raudhahonline.com/


ELMIRA

Lagi butik tudung online. Tudung yang dijual mostly design dia simple n nice n material kainnya nampak mudah nak maintain. Harganya pon aku rasa berpatutan. 

http://www.elmiradesign.com/



Dan lagi butik jual tudung. Yang ni memang sangatlah banyak rekaan dia yang aku admire. Aku dah tangkap satu. Seller response pon sangat cepat. Kira servis tip top lah. Dan kalau tudung yang korang tengok kat sini dah berkenan kenalah order cepat-cepat sebab butik ni hot sangat. Tudung yang dijual cepat sold out.

http://www.anggunzara.com/


Nota kaki:
  • Selepas dah cuba beli satu jubah aku perasan kebanyakan saiz jubah yang dijual oleh kebanyakan butik, measurement yang lain-lain dah perfect (tak ketat dan tak gelebeh untuk saiz aku - saiz M) but panjang jubah je yang terlebih bila pakai flat shoes. 
  • Kalau korang beli-beli dari butik yang disenaraikan kat atas n pastu tak puas hati aku tak bertanggungjawab aaaa. Yer la....senarai tu ikut citarasa aku dan beli baju online ni ada masa tak seperti yang kita harapkan atau bayangkan.

Thursday, March 6, 2014

Perginya Tok Wan Ismael

Petang semalam masa turun tangga bangunan opis aku dengar tepon berbunyi. Masa tu aku dah nak balik ke rumah, jam 5.36 petang waktu UK. Aku balik awal dari biasa sebab hasben takde. Tak berani nak balik kalau hari dah gelap takut jadi masalah apa-apa susah pulak. Kalut-kalut aku jawab tepon, rupanya hasben call. Dan aku terberhenti kat anak tangga bila hasben bagitau abah (pak mentua) telah pergi buat selama-lamanya. Mengalir air mata aku kat situ jugak. Rasa sedih sangat sebab tak sempat aku dan anak-anak nak jumpa arwah lagi.

Hasben balik ke Malaysia 22 Februari aritu lepas kami terima kabar berita dari kampung yang pak mentua aku sakit. Mula-mula hasben berbelah bagi sama ada nak balik atau tak sebab mak mentua aku tak bagi hint suruh balik atau cakap keadaan abah teruk. Adik ipar aku plak bila ditanya dalam FB message tak pulak mengkabarkan berita tak sedap. Tapi jauh di sudut hati aku ada rasa tak sedap hati sebab dah lama pak mentua tak tepon nak sembang-sembang dengan Ismael. Bila Ismael dah mula pandai nak cakap-cakap di telefon, pak mentua aku selalu jugak tepon untuk cakap dengan Ismael. Dan beberapa bulan sebelum dia sakit aku perasan agak kerap dia menelefon. Kali terakhir dia tepon kalau tak silap bulan Disember tahun lepas. Tapi ni tak bermakna hasben jarang telefon kampung. Kerap dia tepon, biasanya seminggu at least sekali. 

Masa aku n hasben tengah sibuk buat preparation untuk PhD confirmation review ada jugak aku terfikir pasal pak mentua aku yang dah lama tak menelefon. Tapi memikirkan aku tak mau serabutkan fikiran hasben jadi aku diamkan aje dulu. Malang pulak confirmation review aku (confirmation review meeting aku dibuat pada 27 Januari) bermasalah. Masalah tu telah buat aku sibuk dan serabut siang malam untuk tempoh sebulan lepas tu dan aku rasa sebab tu aku jadi terlupa nak sebut pasal dah lama pak mentua tak telefon. Lepas masalah study aku sedikit reda, kami terbaca status FB adik ipar aku. Baru aku teringat balik pasal tu. Adik ipar tak cakap perkara sebenar because I guess dia pegang pesan  mak mentua aku supaya tak bagitau kami, maybe sebab tak mau ganggu kami yang tengah study. Bila dikorek-korek dari kakak ipar aku barulah kami tau pak mentua aku dah uzur sangat. Kami cancel kan plan kami nak Bath (plan nak ke Bath sebab Ismael cuti skolah dan dah lama tak bawa anak-anak dan pengasuh jalan-jalan + kami pon dah berbulan struggle untuk confirmation review) dan hasben cepat-cepat beli tiket balik ke Malaysia. Aku dan anak-anak je yang tak balik atas sebab yang tak boleh untuk aku explain kat sini. Alhamdulillah hasben sempat jumpa dan berkesempatan berbakti menjaga ayah dia di wad semasa hujung hayatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abah dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kenangan Aidilfitri terakhir bersama tok wan Ismael sebelum kami berangkat ke UK.

Pst: Terima kasih di atas ucapan takziah dan doa semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan di FB.

Saturday, March 1, 2014

Jelajah Spain - Part 1 - Dari East Midlands ke Malaga

Hujung tahun lepas kami decide untuk jalan-jalan ke luar UK dan kebetulan masa tu Perantau Holiday, tour agency yang dimiliki oleh tuan umah kami buat offer buy one free one pakej percutian ke Spain £199 per head utk penduduk Melayu di Sheffield. Sebab kami 4 beranak jadi total package cost yang kami kena bayar adalah £398. Pakej tu untuk 4 hari 3 malam, include penginapan 3 malam+breakfast, bus service sepanjang lawatan dan tiket masuk untuk tiga tempat lawatan utama (Masjid Cordoba, Medinat Az-Zahra dan Al-Hambra). Tiket kapal terbang pergi balik kami kena beli sendiri dan kami naik Easy Jet, salah satu perkhidmatan penerbangan tambang murah yang famous kat UK ni. Harga tiket flight untuk pergi balik £219 untuk 4 beranak. Setelah dicampur kira kesemua perbelanjaan termasuk makan minum, souvenir dan segala perkara kami habis lebih kurang £800. Kami kira sangat berbaloi sebab untuk 4 beranak, dapat pergi 3 tourist spots yang memang sangat famous di dunia (cerita pasal 3 tempat tu tercatat dalam buku teks form 5 Sejarah Peradaban Dunia masa zaman aku skolah dulu, la ni masih ada lagi kot), tak payah pikir segala urusan tempahan hotel dan pengangkutan kat sana dan hotel penginapan yang aku kira cukup selesa dengan salah satu daripadanya bertaraf 4 bintang.

Pakej yang kami ikut tu pakej rombongan beramai-ramai satu bas. Oleh kerana kami perlu pastikan kami berada di bandar Malaga (Spain) sebelum trip bermula dan kami perlu tempoh bertenang selepas lebih sejam perjalanan dari Sheffield ke East Midlands Airport dan lebih 2 jam flight dari East Midlands ke Malaga jadi kami decide untuk berada di Malaga sehari lebih awal dari hari bermula siri penjelajahan sebenar ke Bumi Spain. Kami bertolak dari umah lepas sembahyang asar, dalam pukul 2 ke East Midlands Airport dan kami sungguh bernasib baik sebab kami pergi skali dengan van owner Perantau Holidays sebab fligt dia dan pekerja tourist guides dia sama dengan yang kami tempah. Sebenarnya memang kami purposely pilih flight yang sama berdasarkan cadangan dia juga. Jadi kami boleh berkongsi pengangkutan ke airport. Umah dia plak selorong je dengan umah kami kira mudah lah. Kami just bayar sebahagian daripada kos parking untuk selama kami berada di Spain dan yang lainnya atas tuan umah kami. We were very fortunate. Cuma malangnya kami check in lambat sebab bila pintu gate dibuka kami sibuk tukar pampers Ielyas sebab dia berak la pulak. Jadi kami sekeluarga kena beratur agak hujung untuk naik flight. Kat sini practice dia tak sama macam Air Asia. Kalau Air Asia, penumpang yang tua dan ada anak kecik diberi keutamaan untuk naik flight dulu. Kat sini dia follow first come first serve basis. Masa tu dok risau kami kena dok dalam flight berpecah. Mujur landlord kami dan anak buah dia menyelamatkan keadaan bila salah sorang anak buah dia sanggup gave up tempat duduk dia dan kami boleh duduk berempat dalam satu row. Ielyas buat hal skit dalam flight. Ielyas meraung bersungguh bila flight take off dan landing. Dia tak mau pakai safety belt dan meronta-ronta dia suruh kami bukak. Bila turbulent dia meraung ketakutan dan kami bersabar jelah. Ada orang yang sangat tak beradab buat muka tak puas hati. Geram jugak aku tengok. What to do, he just a little kid. Ismael takut jugak cuma dia peluk aku atau hasben sekuat hati dia. Ielyas jugak poo (sekali lagi) dalam flight dan entah macam mana dia dapat idea untuk buat diri dia jadi bola ping pong. Dia suruh kami pass dia kejap2 nak dok kat hasben dan kejap2 nak dok kat aku.

Masa kami sampai di Malaga Airport, hari dah malam. Lepas masing2 amik luggage kami naik bas untuk ke hotel yang telah ditempah. Peserta rombongan yang sampai dua atau satu hari lebih awal masing-masing bermalam di hotel yang sama, tak jauh dari airport. Kami agak malang sebab tak diberitahu awal supaya bawa bekal makan dari umah. Tuan umah kami dan pekerja dia siap bawa bekal beras + rice cooker dan lauk ok. Depa letak dalam luggage jadi selamat untuk lepas masuk. Oleh kerana agak lapar dan aku pasti anak-anak memang lapar, kami request beli makanan apa yang patut kat stesen minyak dekat dengan tempat kami turun bas. Oleh kerana dekat Spain musim sejuknya macam rasa hujung spring UK, tak panas sangat dan tak pulak sejuk sangat, jadi kami kasi chance kat Ismael n Ielyas untuk enjoy berkubang kat bath tab bila sampai hotel.

Aku rasa nilah part yang paling Ismael dan Ielyas enjoy selama kami berjalan di Spain. Yang pi tempat-tempat lain tu mesti dia pikir, apa la mama n papa ni asyik pi tempat tengok-tengok bangunan je.

Esoknya, pagi-pagi lagi (taklah pagi sangat, hari dah cerahlah jugak kat luar) kami dan peserta  rombongan yang lain turun sarapan dan lepas tu terus ambik bas ke Airport Malaga semula sebab semua peserta rombongan dikehendaki berkumpul kat sana. Ada sebahagian lagi peserta yang akan sampai pada hari lawatan bermula.

Sementara tunggu peserta rombongan lain sampai kami pusing-pusing dulu dalam Malaga Airport

Bila semua peserta dah ada, kami naik bas yang telah disewa khas untuk selama tempoh lawatan kami di sana. Kebanyakan peserta rombongan adalah pelajar undergrad Brunei yang belajar di serata UK. Hanya ada dua famili je yang turut serta dan kami salah satu daripada dua famili yang ada. Famili lagi satu pon bawa anak 2 orang macam kami. 


GIBRALFARO

Siri jelajah Spain kami bermula dengan lawatan ke tempat-tempat menarik di bandar Malaga. Destinasi pertama kami adalah Gibralfaro, sebuah istana nun di puncak bukit. Istana ni telah dibina semasa zaman kegemilangan Islam di Spain oleh Abd-al-Rahman III, Khalifah Cordoba.Cordoba ni pada masa zaman dulu adalah salah satu pusat tamadun Islam yang sangatlah maju di Spain. Tapi Cordoba untuk pengetahuan korang bukanlah dekat pon dengan bandar Malaga. Bunyi macam pelik pulak. So, apa kaitan Cordoba dengan Malaga? Ala...secara logiknya macam contoh Putrajaya maju, lepas tu kerajaan buat Istana Negara yang baru kat Jalan Duta. Putrajaya ngan Jalan Duta bukan dekat pon kan. Haa...macam tulah lebih kurang analoginya.


Dari Gibralfaro, kita boleh nampak pemandangan bandar Malaga dan juga pelabuhannya. Memang sangat cantiklah pemandangan yang boleh kita tengok dari Gibralfaro. Masa on the way nak ke Gibralfaro, kita boleh nampak rumah orang-orang kaya Malaga yang sangatlah cantik. Aku dah tengok senibina dua negara Eropah iaitu England dan Wales sebelum ni yang hampir takde perbezaan. Senibina umah orang Malaga memang sangat ketara berbeza dari senibina umah orang UK. Kat bawah ni adalah antara pemandangan yang boleh kita tengok kat dari Gibralfaro.





Kami bernasib baik sebab kami boleh dapat diskaun untuk masuk ke Gibralfaro bila tunjuk student card. Dengan anak kecik bila melawat sini kenalah cukup stamina terutamanya bila anak nak didukung sebab kena panjat sana sini. Tapi serius berbaloi penat memanjat sebab pemandangannya sangat menakjubkan. Dalam dok sibuk bergambar n main ngan anak-anak aku nyaris hilang handbag aku. Mujur ada orang Malaysia (yang aku tak pasti sama ada dia dalam rombongan kami atau tak) terjumpa handbag aku dan dia jerit-jerit dari atas tanya ada sesapa tertinggal handbag. Kalau tak, tak tau la macam mana kami empat beranak nak balik ke UK sebab semua passport ada dalam handbag tu.

Masa ni aku tak perasan pon aku tak galas handbag

Ini kat dalam Gibralfaro. Ini pokok zaiton. First time aku tengok pokok zaiton. Zaiton adalah tanaman pertanian utama di Spain. Memang tersangatlah besar dan banyak ladang zaiton kat sana.

Kat dalam Gibralfaro jugak first time dalam hidup aku, aku tengok pokok limau. Pokok limau adalah pokok hiasan utama di serata tempat dalam bandar-bandar di Spain dan kalau korang nak tengok pokok limau berbuah lebat dengan buah warna oren yang cantik kena datang masa musim sejuk. Kalau mai musim lain tak dapatlah tengok buahnya. 


ALCAZABA DAN PUSAT BANDAR MALAGA
 
Lepas selesai lawatan di Gibralfaro kami naik bas semula dan pergi pulak melawat sekitar bandar Malaga. Kat dalam bandar Malaga ni ada satu lagi tourist sport dikenali sebagai Alcazaba. Alcazaba ni satu istana dan juga benteng pertahanan yang dibina selepas pembinaan istana Gibralfaro. Kami tak masuk ke situ sebab kami rasa dah cukup kot just amik gambar dari depan Alcazaba tu. Budak-budak Brunei yang masuk kat situ pon kata pemandangan kat dalam tu lebih kurang sama je dengan Gibralfaro dan depa kata pemandangan dekat Gibralfaro lagi lawa.

Sebahagian dari Alcazaba

Sebaik turun dari bas untuk melawat ke sekitar bandar Spain kami ditunjukkan dulu tempat oleh tourist guide kami kat mana kami boleh beli makanan halal. Ada satu kedai je pun restoren halal. Kat Spain bukan senang nak cari kedai halal macam kat UK. Kami makan tengah hari kat situ dan diingatkan juga sama ada makan malam kat situ atau boleh tapau kalau mau.


Lepas ditunjukkan restoren halal yang ada tak jauh dari Alcazaba, masing-masing diberi kebebasan sama ada nak masuk Alcazaba atau nak jalan-jalan sekitar bandar Malaga sehingga satu tempoh yang diberikan dan tempoh tu aku rasa puas la untuk kami menikmati pemandangan sekitar dengan selesa (dengan keadaan kami yang bawa dua budak kecik) tanpa perlu rushing. Meh tengok plak pemandangan sekitar bandar Malaga.







Lewat petang baru kami bertolak ke hotel. Oh ye, setiap malam kami tido di hotel berbeza sebab jarak dari satu bandar ke satu bandar yang lain yang kami gi jauh jugak jaraknya. Keesokan harinya kami melawat tempat menarik di Sevilla pulak. Nantikan episod jelajah Spain kami dalam post seterusnya nanti.

Sampai hotel kami bagi makan Ismael dan Ielyas dan pastu depa enjoy tengok citer kartun. Tak lama pastu kena tido awal sebab jadual lawatan kami bermula jam 7 pagi.