Friday, September 18, 2015

Kembali ke Sekolah Sesi Akhir

3 September lepas Ismael kembali ke sekolah selepas summer holiday lebih sebulan. Kami ingatkan Ielyas pon mula sekolah sekali rupanya nursery dia mula lambat skit, 8 September, sebab memberi laluan kepada budak-budak baru masuk nursery membiasakan diri dan jugak supaya cikgu boleh concentrate pada depa untuk 2 hari pertama sekolah. Pihak nursery ada bagi surat pemberitahuan before school break rupanya tapi aku x sedar pon. Entah aku baca ke tak sebenarnya surat tu. 

Sesi baru kali ni adalah sesi persekolahan terakhir untuk Ismael dan Ielyas sebelum kami balik ke Malaysia tahun depan, InsyaAllah. Tahun ni Ismael masuk Year 1, tahun persekolahan yang aku kira lebih memberi tumpuan kepada pembelajaran formal berbanding Foundation Stage/Reception. Main-main tu masih tetap ada tapi belajar 3M tu dah semakin banyak.

Tahun ni kami takde beli baju/kasut sekolah baru untuk Ismael sebab yang tahun lepas masih elok lagi. Hari pertama persekolahan takde apa-apa masalah untuk Ismael sebab ramai kawan sekelas dia tahun lepas masih duduk sekelas dengan dia. Cikgu kelas dia pon dia dah kenal sebelum summer holiday aritu sebab ada sesi suai kenal dengan cikgu dan kelas baru telah dibuat beberapa minggu sebelum sesi persekolahan yang lepas berakhir. Ismael siap ingat dah nama teacher dia, Miss Bell, sejak sebelum school break lagi. 

Kesian kat Ielyas sebab member bersemangat nak ke sekolah. Tup-tup kena balik semula ke rumah. Apa lagi....2 hari pertama tanpa Ismael memang Ielyas nampak serba tak kena walau pon bila dok sama-sama selalu ada saja benda nak gaduh. Huhuhu.....  

Ismael breakfast dulu sementara Ielyas bersiap

Giliran Ielyas plak breakfast. Masa ni kami tak tau yang nursery Ielyas blom mula lagi. Jadi aku siapkan dia macam biasa.

Sedia untuk ke sekolah. Tengah tunggu papa n mama plak bersiap. Papa n mama pon kena ke sekolah (universiti) jugak.

Thursday, September 17, 2015

Octopus Project

Last two weeks kami ke carboot sale di Doncaster dan aku terjumpa la satu buku kraf tangan untuk preschool children. Buku tu based on satu rancangan popular kanak-kanak di UK, Mr Maker. Ismael ngan Ielyas layan jugak la rancangan tu. Masa nak beli tu aku teragak-agak jugak sebenarnya sama ada nak beli ke tak sebab harganya 50 pence padahal murah sangat dah tu sebenarnya kalau ambik kira harga asalnya, keadaan buku, tahun terbitan dan populariti rancangan Mr Maker. Aku agak berkira masa tu memandangkan keadaan kewangan terkini kami yang tak berapa nak best. Lepas aku belek-belek, selak helaian buku tu sana sini akhirnya aku decide untuk beli jugak. 


Lepas balik dari carboot Ismael dan Ielyas pon macam biasa akan belek apa yang aku beli. Biasanya depa tak tau apa aku beli masa di carboot sebab depa tak jalan sekali ngan aku. Well, anak papa....depa biasanya akan dapat toys kalau ikut papa dia. Kalau ikut aku susah nak dapat toys. Kalau aku jalan sekali ngan depa 3 beranak pon susah jugak nak dapat toys sebab aku akan pangkah apa yang depa nak beli. Huhuhu..... So, kami biasa tak jalan sekali supaya depa boleh enjoy gi carboot kerana itulah antara matlamatnya. Berbalik kepada cerita buku Mr Maker tu, depa dua beradik rupanya seronok betul dengan buku tu. Sejak aku beli tu, hari-hari si dua beradik tu dok belek. Depa berangan rupanya nak cuba buat itu dan ini. 

Bila aku tengok depa berminat sungguh nak cuba art craft dalam buku tu tetiba aku terfikir untuk beli craft materials n bagi depa peluang untuk mencuba. So, hari Sabtu lepas kami ke The Range beli bahan dan kelengkapan yang diperlukan. Actually niat asal nak ke Hobby craft, selang beberapa buah kedai je dari The Range but then terfikir maybe kat The Range ada jual craft materials jugak. Hobby Craft melalui pemerhatian kasar aku barang dia mahal skit tapi memang heaven la dengan segala macam tok nenek jual barangan craft sebab itu specialty dia. Masuk dalam The Range kami terus ke section art n craft. Kat situ rupanya tak kurang hebat ada macam-macam jugak jual. Dan akhirnya kami balik rumah dengan barang-barang seperti ditunjukkan dalam gambar kat bawah.


Kami beli sekali craft storage boxes ni 

Ismael ngan Ielyas bukan main suka masa kami pilih-pilih barang kat The Range. Lepas selesai membeli dan masuk dalam kereta, depa kalau boleh nak terus balik n nak mula cuba jadi Mr Maker. Tapi kami bagitau kat depa hari Ahad (esoknya) baru nak cuba sebab hari tu kami ada plan lain dulu.

Malam sabtu tu sibuk la si dua beradik dok sebut-sebut nak jadi Mr Maker. Bangun tido esoknya pagi-pagi lagi dah tanya bila depa boleh jadi Mr Maker tatkala aku masih blom pon sempat nak gosok gigi. Huhuhu.....Lepas dah sarapan n lipat baju barulah aku benarkan depa jadi Mr Maker. For the first time kami buat octopus, ikut pilihan Ismael. They were so excited! Hehehe..... Aku tetap kena buat banyak benda tapi part gunting-gunting n tampal-tampal tu aku biar depa buat sendiri. Aku cuma assist mana yang perlu. Maybe hasil kerja depa nampak tak sempurna tapi aku rasa ketidaksempurnaan tu membuatkan hasil craft depa nampak kiut. Baru la nampak hasil kerja budak-budak yang sebenar kan?

Sebelum mula jadi Mr Maker aku ajar depa simpan tiny craft materials dalam craft boxes dulu

For the first time we tried this bubble wrap octopus

Ielyas kusyuk menggunting bubble wrap untuk buat octopus tentacles.

Ismael tengah buat badan octopus

Yeay! Dah siap!

Lepas siap depa cakap depa nak try buat yang lain plak. Tapi aku dah tak layan dah. Hahaha....Saja nak simpan rasa seronok tu untuk lain kali plak. 

Wednesday, September 16, 2015

Autumn Is Here

Suasana Autumn dah semakin ketara. Suhu dah makin sejuk, hujan semakin kerap. Tak berapa best....Tapi yang best bila ada sesetengah pokok daunnya dah mula berubah warna daripada hijau kepada kuning atau jingga kemerahan. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah.

Ini kat belakang salah satu bangunan department aku. Tahun ni adalah kali ke-4 kami malalui autumn, petanda dah tak lama kami akan pulang ke tanah air. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat berjuang. Sedihnya.....sob...sob....

Tuesday, September 15, 2015

Lidl Bakery

Rumah kami tak jauh dari pasaraya Lidl. Pasaraya dia taklah besar sangat tapi barang-barang yang dijual kat situ rata-rata banyak yang lebih murah daripada pasaraya besar macam Tesco, Asda atau Morisson. Cuma barang yang dijual tu kepelbagaian dia terhad la sebab saiz supermarketnya yang kecik. 

Antara section yg paling kami laki bini suka di Lidl adalah bahagian bakery dia. Kalau gi Lidl waktu pagi terutama masa supermarket baru bukak kita akan disambut oleh bau roti harum semerbak sebaik saja kaki melangkah masuk. Bukan setakat bau saja yang sedap, rasa roti dia pon sedap. Murah pulak tu. Sebilangan jenis roti kat situ kalau darab duit Malaysia pon masih murah lagi.

Kami tau bila kami balik malaysia nanti antara perkara yang kami mesti rindu adalah Lidl bakery. 


Monday, August 31, 2015

Berniaga Di Carboot Sale

2 Ogos 2015 aritu kami laki bini telah mencipta sejarah pergi berniaga di carboot sale. Biasanya kami jadi pembeli je tapi aritu kami jadi seller. Hahaha....kami berniaga di carboot sale Thorpe Hesley, carboot yang tak berapa nak femes di kalangan orang melayu kat sheffield atau maybe org melayu tak berapa suka ke carboot sale kat situ sebab depa rasa carboot dia tak besar. Kalau ramai orang melayu segan pulak nak meniaga sebab terasa macam kami ni pulun sangat. Lagi pon itu le lokasi carboot sale antara yang terdekat dengan rumah kami. So, kalau tak balik modal pon tak le rasa ralat sangat sebab tak invest duit minyak kereta n masa banyak sangat. To be honest misi kami sebenarnya untuk mengosongkan ruang, menjual apa yang masih elok tapi kami dah tak perlukan supaya orang lain plak boleh manfaatkan. Nanti balik Malaysia takdelah aku rasa serabut simpan unused items. Takdelah fikir untung sangat sebab masa tu target kalau untung £20 pon dah kira ok sangat dah. Sapa nak bagi derma mudah-mudah kat bank akaun kami £20 kan? Huhuhu.....


Dua hari sebelum pergi berjualan tu kami dah kumpul barang-barang nak jual. Few weeks before nak meniaga kami dah start reserve duit kecik supaya senang nak pulangkan duit baki kat orang membeli. Macam-macamlah kami jual. Seawal jam 5.00 pagi kami dah bangun bersiap n mengankut barang ke kereta n 6.00 pagi kami dah keluar dari rumah ke tempat berniaga. Sampai kat tempat nak berniaga tu rupa-rupanya tak bukak lagi. Bukannya apa, orang yang in charge uruskan carboot tak mai lagi. So pagar berkunci. Yang nak meniaga dah beratur panjang dengan kereta masing-masing termasuk kami. Jem jugaklah jalan raya dari dua-dua arah sebab ada rasanya dekat seratus kereta peniaga dok beratur menunggu. Ada yang dah maki-maki kat organizer sebab lambat. Patutnya sampai dah boleh bukak carboot sedia untuk berniaga  tapi terpaksa tunggu plak. Lama jugak kena tunggu. Sampaikan orang yang nak membeli pon ramai yang dah sampai. Ada jugak peniaga dah cabut, most probably decided berniaga kat tempat lain. Kami hampir nak cabut meniaga kat tempat lain jugak. Tapi sebab tengok orang lain masih ramai yang setia menunggu kami pon tunggulah jugak. Siap matikan enjin kereta sementara menungggu tu. Rasanya ada kot dalam 45 minit menunggu.

Kereta para peniaga berbaris menunggu nak masuk kawasan carboot sale

Salah sorang peniaga tengah tensen menunggu. Huhuhu....

Elok dapat masuk je ke tempat meniaga kami laki bini kelam kabut le setup tempat sebab kalau boleh tak mau terlepas jualan untuk orang yang datang awal. Bukan kami je kalut, peniaga lain pon sama. Kami bernasib baik sebab caj masuk meniaga hanya £5. Kami ingatkan £10. Alhamdulillah, tak sampai setengah jam meniaga kami dah cover modal caj meniaga. Tengah-tengah meniaga hujan turun la plak. Kami dah rasa kecewa jugak. Mujur renyai-renyai je. Then cuaca kembali ok. So dapatlah terus berniaga. 

Kami dah ready untuk berniaga

Pemandangan carboot sale dari depan tempat kami berniaga

Pemandangan dari sebelah kiri kami

Sedang layan customer nak membeli

Masa ni barang niaga kami dah mula surut. Yang kat tepi kereta kami tu barang orang dah beli tapi tumpang tinggalkan kejap.

Orang yang datang membeli taklah ramai sangat tapi boleh kata tak putus yang lalu dan datang menjenguk. Alhamdulillah, misi kami kira berjaya. Walaupon masih ada brang-barang yang nak kena bawak balik semula, dah tak banyak yang tinggal. Yang besar-besar semuanya berjaya let go. Percaya atau tak bila dah balik rumah dan aku kira-kira secara anggarannya kami untung lebih £60! Kami bukan jual sampah ok.....kami jual barang elok. Alhamdulillah, cover le duit beli barang dapur untuk lebih seminggu. 

Monday, August 10, 2015

Berangan Nak....

Takde satu pon dari koleksi Cath Kidston from last season yang aku rasa nak sangat. Tapi koleksi musim baru Cath Kidston yang baru saja launch telah membuatkan hati aku meronta-ronta nak lebih daripada tiga handbag yang ada. Hahaha....Masa nak pergi beli hadiah untuk somebody di Cath Kidston aku pon seronok menjamu mata. Akibatnya bukan setakat handbag yang aku berangan nak beli tetapi jugak  beberapa aksesori lain sekali. Adus...parah! Ok....sabar sehingga ada sale dulu. Tak boleh beli semua yang aku berangan. 



Pastu kawan aku ada le bercerita betapa cantiknya Le Creuset kaler hijau digandingkan dengan Portmeirion. Aku pon gatal le plak pi tengok website Le Creuset. Alamak.....serius cantik cast iron casserole dia! Aku paling berkenan koleksi Palm green macam dalam gambar kat bawah ni. Masalahnya harga seketul mahal sangat dan so far takde jual kat high street apatah lagi factory outtet sebab koleksi terbaru. Hanya ada jual kat online saja. So, lagi jangan mimpi la mudah nak dapat beli dengan harga mampu milik. Oleh kerana harga dia kalau lepas diskaun pon bapak mahal, nampaknya aku hanya mampu berangan saja la. Ada tak sesapa nak bagi hadiah kat aku? Hahaha.....Actually palm green combine ngan cassis purple macam gambar kat bawah ni gojes sangat. Oh...sudah-sudah le berangan. Kang ada yang kena makan cast iron plak sebab tak boleh nak beli beras. 

Wednesday, July 29, 2015

Wordless Wednesday: Hydrengea



Among my favourite flowers: Hydrengea AKA bunga tiga bulan