Tuesday, July 28, 2015

Ceritera Aidilfitri 2015

InsyaAllah Aidilfiti kali ni adalah aidilfitri kami sekeluarga yang terakhir di bumi ratu. Surat phd extension untuk 6 months kami laki bini telah tercatat di mana hari terakhir kami patut berada di UK adalah 23 Mac 2016. Walaupon kami beraya di perantauan, kemeriahannya tetap dirasai n in fact aku rasa tak kurang seronoknya.


Persiapan Raya dan Takbir Raya

Seperti tahun-tahun sebelumnya ada majlis takbir raya pada malam hari raya ke beberapa buah rumah dari kalangan ahli keluarga Darnall. Tahun ni buat di tiga buah rumah: rumah Munirah, Nazihah dan Kak Anoi. Tuan rumah yang terlibat masing-masing ada sedia makan untuk tetamu. Tapi majlis hanya untuk kaum bapa saja. 

  Going for takbir raya!

Mak-mak masing-masing sibuk buat persiapan raya masing-masing. Sejak pagi Khamis lagi (sehari before raya) aku dah sibuk pergi beli barang, iron baju kami anak-beranak untuk raya tiga hari dan kemas rumah dan memasak. Tapi aku tak masak beria sebab aku tau kami akan kekenyangan sebelum balik rumah.


Ruang tamu dah siap kemas

Raya Pertama

Tahun ni macam tahun-tahun yang lepas PMPMS anjurkan solat aidlifitri dan sambutan aidilfitri di PMC.   Alhamdulillah, tiga tahun berturut-turut kami tak pernah miss event ni. Walaupon kali ni tak seramai seperti tahun-tahun lepas (maybe sebab ramai yg balik beraya di malaysia dan jugak tak ramai budak master), nak ambik makanan still kena beratur panjang jugak. Tapi kami tak perlu beratur sebab kami skip sesi bergambar beramai-ramai jadi masa orang lain sibuk bergambar kami ambil peluang menikmati juadah. Huhuhu....aku malas nak join sesi bergambar sebab tahun lepas muka aku tak masuk pon sebab terlindung dek kerana ramai sangat yang blocking depan aku. Kalau dapat masuk dalam gambar pon aku rasa macam tak berapa significant sebab tak nampak jelas pon sebab masing2 nampak macam semut dari jarak penglihatan dua meter jauh. Huhuhu....maklumlah, ramai sangat. Tapi sambutan kali ni kurang meriah sikit dalam bab makanan berbanding sambutan tahun lepas, kurang variasi dan kurang umphh. Yg paling sadis air minuman tak cukup dan aku balik dengan tekak sedikit perit dan dahaga. Tapi itu bukan major concern aku sebab aku rasa still not bad. Yg paling tak best PA system tak function sepenuhnya menyebabkan ramai yang terpinga-pinga apakah isi ucapan khutbah raya yang disampaikan. Tapi kekurangan tu semua bukan salah ajk. Depa dah cuba buat yang terbaik. Apa pon sambutannya tetap rasa meriah bila dapat jumpa kawan-kawan dan sembang-sembang. Walaupon satu universiti, department sebelah menyebelah blom tentu kami ada chance jumpa dan nak sembang2. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Jadi masa raya tu bila dah jumpa seronok la menyembang :)

Bergambar di pagi raya sebelum gi sembahyang raya dan majlis sambutan aidilfitri PMPMS

Bersedia untuk ke PMC

Sebelum solat sunat aidilfitri mula





Mujur la baju melayu depa tahun ni warna gelap. Kalau tak nampak macam baru balik dari workshop.

Lepas balik dari PMC kami terus singgah ke rumah Abg Zack dan Kak Niza. Sani sekeluarga (datang dari Malaysia), Nazihah sekeluarga serta Syahmir sekeluarga pon ada sekali. Sayang aku tak perasan Kak Niza ada buat nasi dagang. Lepas dah kenyang sebat juadah lain baru aku tau ada nasi dagang. Dah kenyang sangat jadi tak daya dah nak makan nasi dagang padahal dah lama teringin sangat makan nasi dagang. Lepas letih kekenyangan dan sembang pong pang pang di rumah Kak Niza, geng2 bapak gi sembahyang Jumaat dan aku n anak2 balik rumah berehat. 

Beraya di rumah Abang Zack n Kak Niza. Meja nampak meriah dengan set pinggan mangkuk Portmeirion. Makanan juga tambah sedap dengan Portmeirion. Hahaha.....


Petangnya kami dapat jemputan beraya di rumah Nurul dan Shazlan. Dapatlah peluang tengok rumah cantik 3 tingkat dengan backyard yang sangat osem. I wish our family can have similar house plan but I know it is impossible. Berangan je la. Huhuhu... Sayang aku lupa nak snap foto kenangan beraya di rumah Nurul dan Shazlan jadi setakat boleh cerita je la kat sini.

Kebetulan masa di rumah Nurul tu kami di jemput plak ke rumah Dr Dila n Zul. Rumah depa tak jauh dari rumah Nurul dan Shazlan. Macam rumah Nurul n Shazlan, rumah Dila pon cantik sangat. Maklumlah, depa kan PR kat sini, kerja kat sini, beli rumah sendiri di kawasan yang kami kira di kawasan elit. Memang jauh beza la dengan suasana rumah student macam kami dengan elaun yang tak banyak mana. Tapi kami tetap bersyukur sebab kami tetap boleh hidup happy.

Di rumah Zul n Dila. Tuan rumah yang pakai baju melayu kaler merah

Dila yang pakai baju merah duduk sebelah aku


Seterusnya kami ke open house Kak Anoi n Abg Zam. Seperti yang dijangka rumah Kak Anoi sungguhlah meriah. Maklumlah, Kak Anoi dan Abg Zam sangat femes di Sheffield kerana Abg Zam adalah mantan penghulu PMPMS manakala Kak Anoi sangat terkenal dengan bisnes nasi kerabu dan pelbagai juadah hebat. Tapi jangan tak tau, walaupon Abg Zam pegang jawatan dan Kak Anoi sibuk berniaga, PhD Kak Anoi tetap tip top. Pada hemat aku, Abg Zam is a very supportive husband n Kak Anoi pandai bahagikan masa serta bijak meletakkan priority. Eh, terkeluar tajuk buat biografi depa laki bini plak. Huhuhu.....Kuih raya Kak Anoi aku rasa yang paling banyak ada dalam rumah orang Melayu di Sheffield raya tadi. Hidangannya bermacam-macam jenis dan semuanya sedap-sedap belaka. Mantap! Walupon kunjungan ke rumah Kak Anoi adalah rumah keempat untuk hari tu aku tetap merasa macam-macam. Serdak biskut pon aku belasah sekali sebab sedap dan jugak kerana tuan rumah sua serdak je. Huhuhu....but serius sedap. Apa nama ntah biskut tu. Namanya bunyi macam bahasa perancis skit dan kata kak Anoi biskut tu pakai tepung special yang takde jual kat sini, dia import tepung tu dari Malaysia. Punya seronok suasana di rumah kak Anoi sampai ada tetamu dah salam kata nak balik tapi masih dok keluar masuk rumah tiga empat kali tapi blom balik-balik lagi. Hahaha.....meriah!

Aku datang kira dah lewat pon masih ramai lagi tetamu di rumah Kak Anoi, punya meriah! Kak Anoi yang pakai tudung keler biru berdiri tak jauh dari aku.

So raya pertama kami telah diisi dengan ziarah ke empat buah rumah. Macam-macam la masuk perut. 


Raya Kedua

Petang raya kedua kami buat open house. Ramailah yang kami jemput dan alhamdulillah traffic tetamu yang datang berkunjung berjalan lancar walaupon hampir 30 famili hadir dengan rumah kami yang taklah besar mana. Kami sediakan nasi lemak, soto nasi, rojak buah, mango float, kek, dan jugak buah tembikai. 

Barisan kuih raya kami tahun ni. Aku hanya buat satu jenis je, itu pon mama tolong. Mama tolong tambah 3 jenis dan dua jenis lagi beli. Satu beli kerepek pisang ada jual kat sini dan satu lagi muruku aku beli masa balik Malaysia kejap awal puasa hari tu.  

Alhamdulillah cubaan pertama buat kek dengan filling menjadi


Testing sebelum tetamu datang








Actually pada petang yang sama jiran kami Nana n Ruzaini pon ada buat open house serta majlis hari jadi pasangan kembar depa. Sayangnya kami tak berkesempatan walaupon majlis depa awal 2 jam dari kami sebab persiapan hidangan untuk tetamu kami belum selesai. Tapi terharu sangat dengan Nana n Ruzaini sebab siap tapaukan untuk kami dan bawa ke open house kami. 

Seronok dapat jamu tetamu masa open house tu aku tak tau nak describe macam mana. Tapi serius kami laki bini seronok sangat walaupon sedikit letih malamnya lepas majlis dah selesai. Esoknya kami dah ok dah. Ready for raya ketiga pulak!

Hidangan untuk tetamu almost licin. Mudah sangat untuk kami mengemas.

Raya Ketiga

Agenda raya ketiga kami adalah open house Darnall. Kampung kami buat open house di High Hazels Park utk warga PMPMS. Buat kat situ anak-anak boleh bersuka ria main kat playground tak jauh dari tempat jamuan dan kampung kami sebagai penganjur tak perlu keluar modal untuk sewa tempat. 







Setiap famili buat satu tugasan sedia juadah untuk tetamu dan sapa-sapa yang rajin bolehlah top up hidangan. Menu kami hari tu ada nasi dengan ayam masak merah, nasi impit dengan rendang, rojak buah, brownies, dan pelbagai kuih raya. Menu utama yang telah dicanang kepada tetamu adalah nasi dengan kambing hasil akikah anak Zahidi dan Amy, dimasak oleh orang Lubnan. Tapi menu utama sampai agak lewat membuatkan pihak penganjur sedikit suspen sebab manu lain dah semakin surut kuantitinya. Mujur hidangannya sampai pada masa agak kritikal. Bila letak saja atas meja ramailah serbu sebab ramai peminat kambing, tambahan plak hidangannya unik. Alhamdulillah, clear daging kambingnya. Cuma tinggal baki nasi saja. Itu pon sikit je. So, takdelah pembaziran.

Aku top up rojak buah sebab ada semangkuk kuah rojak lebihan open house kami. Buah pon masih banyak jadi aku pon seronok la mengosongkan peti ais.  

Inilah rupa hidangan utama yang sampai agak lewat. Walaupun nampak sangat menyelerakan aku tak sibuk nak makan sebab aku tak makan kambing. 

Tetamu berpusu nak rasa hidangan nasi dengan kambing masak Lubnan style

Sebelum balik kami buat sesi bergambar. Bergambar aje kerjanya......Huhuhu....





Rumusan

Itulah ceritera aidilfitri kami buat kali ketiga di bumi ratu. Tak kesunyian sangat macam raya first time kat sini dulu. Raya first time dulu kami tak dapat jemputan ke mana-mana rumah langsung. Raya kedua duduk senyap-senyap saja di rumah. Sampaikan untuk mengubat kesedihan berhari raya masa tu  kami decide ke Stonehenge pada hari raya ketiga. Apa yang kami dapat tengok adalah batu-batu tegak yang taklah sebesar yang aku bayangkan. Huhuhu.... Raya kali ni sambutannya super duper meriah. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmatNya.


Nota kaki:

Tak compare dengan raya 2nd time sebab masa second time pon best sangat!

Tuesday, July 7, 2015

Iftar Di Teratak Kami

Tahun pertama kami di UK, masyarakat melayu di qariah kami (aku lebih suka sebut kampung kami) mengadakan acara berbuka puasa pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan yang mana setiap famili akan menjadi tuan rumah. Masa tu kami ada 9 famili je jadi pembahagian giliran tu kira mudah sangat. Tahun kedua bilangan keluarga telah bertambah kepada lebih 15 keluarga yang tidak memungkinkan kami untuk mengadakan majlis berbuka beramai-ramai di rumah. Jadi masa tu kami buat majlis di satu dewan komuniti. Tahun ni kampung kami masih follow kaedah tahun kedua memandangkan jumlah keluarga yang lebih ramai, 23 famili ok.... Tapi tahun ni kami jugak ambil inisiatif sendiri mengadakan iftar di teratak kami pada hari Jumaat, 26 Jun lepas. Saja menambahkan kemeriahan Ramadhan terakhir kami di UK.

Walaubagaimanapun kami hanya jemput kawan-kawan yang dekat berjiran saja. Maklumlah, tak muat rumah nak jemput semua. Kami jemput 4 famili je. Kami sedia nasi hujan panas+acar+ayam masak merah, kek batik, kurma dan air teh O. Kawan-kawan yang datang masing-masing bantu top up memeriahkan juadah berbuka sebab awal-awal kami proposed konsep potluck pada jemputan. Selain dari hidangan tuan rumah meja hidangan dipenuhkan dengan juadah bubur lambuk, banana cupcakes, mee goreng, kuih bom dan air soya.

Hidangan tuan rumah bersama hidangan dari satu keluarga. Lupa nak snap foto masa meja penuh hidangan.

Suasana iftar di bahagian kaum ibu

Amy with her super cute baby boy n  little princess

Gorgeous baby Hafsa with her mum.  

Seronok sangat dapat buat majlis iftar kat rumah kami hari tu. Lebih seronok bila dua daripada keluarga yang kami jemput turut mengambil inisiatif seperti kami. So, tahun ni merasa lah kami suasana iftar serupa macam suasana masa first year dulu.

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Semoga bulan yang mulia ni memberi banyak kebaikan dan keberkatan untuk kita semua. Ini mungkin Ramadhan terakhir kami di bumi ratu sebelum balik for good tahun depan. 

Awal Ramadhan tahun ni kami berada dalam zon waktu siang terpanjang. Jadi kami kena berpuasa lebih 19 jam. Sahur kami hasben n wife cuma minum air n jamah yang ringan-ringan je. Nak makan berat masih rasa kenyang lagi sebab bukak puasa hampir kol 10 mlm. Pukul 2 dah bangun sahur yang dikira hujung waktu dah tu, memang tak makan le yang berat-berat. Alhamdulillah, tengah berpuasa cabaran lapar tu pada aku takde apa sangat. Cabaran terawikh la yang paling hebat sebab waktu Isyak kan masuk lewat. Kalau pergi masjid buat lapan rakaat, paling awal boleh balik dalam kol 11.30 malam. Itu kira kalau gi masjid yang ambik pendekatan solat Isyak awal sikit. Kalau follow 20 rakaat bertabahlah sungguh-sungguh sebab rasanya lepas kol 12 baru boleh balik. Memang kena kuat semangatlah untuk dapat pahala terawikh. 

Ketika hampir waktu berbuka puasa 1 Ramadhan semalam

Simple aje menu kami: kuih seri muka, nasi putih berlaukkan ikan pakasam dengan pajeri terung. Tapi syukur Alhamdulillah sedap sangat. Oopsss...ternampak la pulak dua kotak besar sabun. Stok sebab malas gi shopping n letak kat situ sebab takde tempat sesuai nak simpan. Situ lah yang paling sesuai.

Kelmarin, before 1 Ramadhan, kami hasben n wife bersama sorang lagi rakan seperjuangan pergi makan kat Efes restaurant, restaurant favourite kami yang terdekat dengan department kami. Saja nak tempek gambar kat sini untuk kenangan. 

Thursday, June 11, 2015

Carboot Sale

Pagi Ahad lepas kami berpeluang ke Oldcotes carboot sale setelah agak lama tak gi. Kali terakhir kami gi sebelum tu tak berapa best sebab seller tak ramai dek kerana cuaca yg masih sejuk. Sehari sebelum nak gi tu aku memang excited sangat nak gi sebab tengok ramalan cuaca menunjukkan cuaca cerah. Kerana cuaca cerah, kami menjangkakan carboot sale akan sangat meriah dengan orang menjual dan jugak orang membeli. Hasben aku siap simpan duit syiling seminggu sebelum nak gi supaya senang nak membeli. 

Kami gi awal pagi, kol 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. Rasanya first time kami gi carboot seawal tu. Biasanya paling awal kami boleh gi dalam kol 7.30 pagi sebab hasben ada kerja nak kena buat. Lagi pon weekend biasanya kami bermalas-malasan skit nak start aktiviti. Perjalanan ke Oldcotes memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Sebelum kami boleh parking kereta jalan agak jem sebab ramai orang nak ke carboot sale jugak. Tapi mujur jem tak jauh. Malang skit kami sampai lewat 10 minit melepasi kol 7. Jadi kena la bayar parking £1. Kalau tak jem most probably kami boleh sampai before kol 7 n hanya perlu bayar 50p je.

Seperti yang telah dijangka memang sangat meriah lah carboot sale hari tu. Penuh 3 kawasan utama dengan seller. Kami tak lalu semua lorong pon sebab banyak sangat. Yang paling best aku dapat semua beli semua barang yang aku target: flashcards untuk ajar Ismael membaca dan 3 buku citer Harry Potter untuk complete kan koleksi buku Harry Potter yang aku dah ada. Of course le dapat barang-barang lain jugak yang antaranya adalah langsir Ikea untuk bilik anak-anak kat rumah di Malaysia nanti, talam jamu air, buku-buku untuk anak-anak n album gambar (brand new) style boleh tampal-tampal dan ubat gigi Colgate untuk anak-anak jugak. Itu baru yang aku beli. Belum campur yang hasben beli. Belian dia yang aku rasa paling worth adalah beg Fred Perry yang nampak macam brand new. 

Kawasan ni biasanya hanya ada seller masa summer aje. Cer tengek yang nampak nun jauh di belakang tu kawasan carboot sale jugak tu. Besar carboot sale kat sini kalau cuaca baik. 

Biasanya dua beradik tu akan jalan ngan papa dia kalau gi carboot sale sebab depa tahu kalau gi ngan papa konpem dapat toys. 

Dua beradik seronok dapat water gun. Two water guns for 80 pence.

Ielyas masih mencari toys lagi. Biasanya Ismael n Ielyas  cari robot kecik-kecik.

 Walaupun cuaca nampak panas, tak rasa panas sebenarnya. 

 Ismael dah dapat bola boleh kecik boleh transform jadi robot dia dah puas hati. Masa ni dia dah berkali-kali ajak balik. Huhuhu.....

 Aku pon nak bergambar kenangan jugak sebab selalu gi carboot sale sibuk cari barang je, tak pikir nak ambik gambar.

 Hasben beli beg Fred Perry ni. Kebetulan dia memang tengah cari beg macam ni. Nampak macam sangat baru. Takde cacat cela. Baru £1.50. Harga pasaran lebih £30!

7 kotak baru £1. Kalau beli kat supermarket £1 satu kotak. Aku agak orang tu beli banyak tapi pastu anak dia tak suka kot tu yang dia jual.

Langsir Ikea yang sangat cute. Sepasang £3. Ni persediaan untuk hias bilik anak-anak bila balik Malaysia nanti.

Ini belian yang paling aku syok sebab aku tak perlu sibuk nak buat flashcards sendiri. Alhamdulillah jimat masa aku. 

Album gambar brand new

Kebetulan sebelah kawasan carboot tu ada ladang barli. Mula-mula aku tak perasan. Tiba-tiba aku terperasan masa angin tengah bertiup n aku masa tu berdiri kat tepi satu hujung. Aku nampak hamparan tanaman bali beralun cantik ditiup angin. Maha suci Allah, sangat-sangat cantik dan mengkagumkan. Kami sempat la ambik beberapa keping gambar. Menyesal plak aku rasa tak bawa kamera masa tu. Jadi pemandangan indah tu hanya boleh diabadikan dengan aku punya iPad camera yang tak berapa nak cantik hasilnya. Tapi ok lah daripada takde langsung. Kalau pakai kamera henpon aku lagi le tak cantik. 



Dalam kol 10 lebih baru kami bertolak balik. Seronok sungguh gi carboot sale hari tu. Terapi minda terbaik untuk kami sekeluarga 😄

Monday, June 8, 2015

Surprise From Mokti

Pagi Sabtu tadi kami jemput kawan kami Hyreil dan keluarganya bersarapan pagi di rumah kami sebelum kami ke pasaraya Costco dengan depa. Actually kami tumpang pakai Hyreil punya Costco membership untuk membeli kat sana hari tu. Jadi saja ajak depa sarapan sama-sama dulu sambil niat aku meraikan kak Zu yang bakal melahirkan anak ke-4 tak lama lagi.

Tup-tup masa depa sampai tu aku dihulurkan satu kotak kaler putih. Aku memang dah dapat agak itu kotak kek sebab Kak Zu memang dikenali sebagai tukang buat kek di kalangan orang melayu kat sini. Cumanya aku heran la plak kenapa nak bagi kek. Masa kotak kek dah aku sambut depa bagitau kek tu orang jauh kirim. Aku macam blur. Tak dapat tangkap lagi sape yang depa maksudkan. Pastu kak Zu kata kek tu orang dari Perth kirim untuk Ismael n Ielyas. Aku masih blur. Lama sangat kot buat computer simulation sebelum tu sampai aku pon asyik hang macam pc aku kat universiti. Huhuhu.... Then bila Kak Zu sebut Aisyah yang kirim untuk Ismael ngan Ielyas tanpa berkias-kias lagi barulah aku tau sapa yang bagi kek tu. Indeed, memang surprise betullah! Ismael ngan Ielyas sengih-sengih syok sangat tengok kek tu. Oleh kerana aku terkejut n overwhelmed dengan pemberian Aisyah untuk si dua beradik, aku sampai tak boleh fokus nak ambik gambar kenangan. Ismael ngan ielyas pulak tak bagi kerjasama masa nak ambik gambar depa bersama kek. Jadi aku main snap la photo mana yang sempat sebab depa dah tak sabar nak potong kek tu dan ambik robot atas kek tu. Tak sabar tu bukan apa, Ismael ngan Ielyas masing-masing perasan itu kek hari jadi depa. Huhuhu.....







Mokti (Ismael n Ielyas panggil Aisyah dengan panggilan Mokti) tempah kek dari Kak Zu dengan tema robot sebab tahu Ismael ngan Ielyas suka sangat dengan robot. Mokti siap request Kak Zu supaya buatkan kek tu bukan perisa coklat sebab tahu Ismael tak suka makan coklat. 

Terima kasih banyak sangat kat Mokti sebab masih ingat n sayang kat Ismael n Ielyas. Terima kasih jaga Ismael n Ielyas, bawa depa pegi main kat park, hantar n ambik ismael from school dan ambik banyak mervellous photos dua beradik serta kami sekeluarga selama duduk dengan kami dulu. Segala bantuan Aisyah terutamanya jaga Ismael n Ielyas masa kami suami isteri ke universiti sangat-sangat membantu kami buat kerja PhD di universiti dengan senang hati. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Aisyah pada kami. 

Wednesday, June 3, 2015

Tisu Tandas

Tisu tandas kaler putih yang diletakkan dalam mana-mana tandas (I mean kat sebelah mangkuk tandas, bukan tisu yang dekat sinki basuh tangan) kat sini hendaklah dibuang ke dalam mangkuk tandas.  Ye....BUANG DALAM MANGKUK TANDAS. Lepas tu terus flush. Bukan buang dalam bekas tempat buang sanitary pads tu. Takde bakul sampah disediakan kat tepi mangkuk tandas tu untuk buang tisu. Tak perlu takut tersumbat sebab tisu tandas kat sini memang direka untuk boleh di flush. 

Ramai orang Malaysia tak tau ok! Macam mana aku tau ramai orang Malaysia tak tau? Sebab dah banyak kali aku tengok bila ada event untuk masyarakat/pelajar Malaysia tandas terdekat akan penuh dengan tisu tandas dalam tempat buang sanitary pads sampai melimpah ruah ke lantai. Sampaikan baru-baru ni satu toilet dekat fakulti aku ada letak note (sila rujuk gambar). To be honest, aku rasa nota ni sebenarnya ditujukan terutamanya kepada orang Malaysia. Maybe orang yang letak note ni tak tau pon orang mana yang dok sumbat tisu tandas dalam sanitary bin tu.  


Nota kaki: 
Aku sendiri tak pasti sama ada tisu tandas kat Malaysia boleh buang dalam mangkuk tandas atau tak. Rasa macam tak boleh je sebab selalu aku tengok tisu tandas akan remain terapung je, mengikut pengalaman aku sebelum datang UK le.