Friday, March 27, 2015

Koleksi Mainan Transformers

Ismael dan Ielyas sangat suka dengan Transformers. Jadi papa dia suka belikan mainan robot Transformers untuk si dua beradik tu. Sedar tak sedar dah banyak rupanya koleksi robot depa. Robot-robot tu adalah antara mainan yang paling kerap Ismael n Ielyas belek di rumah selain daripada building bricks. 

Ismael n Ielyas bersama sebahagian daripada koleksi mainan Transformers yang depa ada

Mainan robot Transformers bukannya murah kalau beli yang brand new kat kedai. Jadi mostly koleksi yang depa ada kami beli dari carboot sale yang mana harga setiap satu jauh lebih murah daripada yang brand new. Contoh ada satu robot ni hasben aku tengok kat kedai jual £16 setiap satu tapi few weeks ago hasben terjumpa robot yang sebijik sama n brand new (masih elok dalam packaging) dengan harga £5 untuk dua robot. 

Sebab anak-anak suka sangat, setiap kali pi carboot hasben akan sibuk mencari robot Transformers. Ismael skang ni pon dah tajam mata mencari. Robot Transformers kecik-kecik pon dia boleh jumpa. Oh, tapi taklah setiap kali pi carboot sale boleh jumpa. Ikut nasib la. Dah jumpa pon belum tentu beli sebab kami tengok harga pulak sama ada berbaloi atau tak.  

Thursday, March 26, 2015

Sleeping Bag

Baru-baru ni Next ada buat sale. Aku takde le sibuk sangat pasal sale dia sebab masa hari pertama dia sale aku tengok kat online takde apa yang menarik pon. Tapi sebab ada barang yang aku beli dari Next dua bulan lepas kena pi collect from its store, aku pon tersinggah tengok barang-barang sale yang ada kat rak. Then ternampak sleeping bed untuk budak lelaki yang sangat comel. Memang sebelum ni aku teringin sangat nak beli untuk Ismael n Ielyas. Oleh kerana sleeping bed yang sale tu kiut sangat dan jauh lebih murah dari harga asalnya aku pon beli untuk Ismael n Ielyas sorang satu.  

Masa ni Ismael testing sleeping beg dia for the first time. Ielyas tengah tido jadi Ismael testing sorang-sorang. Kat sleeping bed tu ada kartun fireman. Kebetulan Ismael suka dengan watak Fireman Sam jadi dia excited sangat bila tengok sleeping bed tu. 

Close up skit. Harga asalnya £38. Harga sale £13. InsyaAllah boleh guna sampai umur Ismael 7 tahun. Sebab boleh pakai lama lagi tu yang aku excited beli. Ooopss...dahi Ismael berbelang sebab dia buat face painting sendiri, kengkonon muka harimau. Huhuhu....

Saturday, March 21, 2015

Pertandingan Bowling Wanita PMPMS 2015


Petang semalam ada pertandingan bowling wanita untuk ahli PMPMS. Aku tetap gi universiti dulu buat kerja macam biasa. Then kol 3.40 petang baru aku naik tram ke Valley Centertainment. Aku sampai kat tempat pertandingan sharp kol 4 petang. Tapi masih ramai lagi tak sampai. Biasalah janji melayu. So, tunggu le dulu sampai semua yang nak main sampai. 


Sembang-sembang dulu sementara menanti yang lain datang

Kampung aku (Darnall) hantar 2 team. Aku dalam team 'Hot n Spicy'. Nama group kami tu sapa punya idea aku pon tak tau. Bila aku datang nak main memang dah ada nama kumpulan sebab semuanya telah diputuskan dalam group whassap. Tapi aku ok je. Aku takde whassap jadi aku memang selalu ketinggalan. Huhuhu...
 

Kumpulan aku, 'Hot n Spicy' 


Mula-mula main cerah, pastu jadi glow in the dark. Perhatikan palang longkang telah dinaikkan setelah ramai asyik masuk longkang. Huhuhu....

Ahli group aku semua bersemangat. Oleh kerana group kami bersemangat, kami menang pertandingan hari tu. Kami sungguh menang. Tapi 'MENANGgung' kekalahan. Hahaha..... Walaubagaimanapon, kami serius menang. Walau tak menang part main, kami menang hadiah pasukan paling havoc. Kira orrait la tu. At least kami tak balik dengan tangan kosong. Dapat le setiap sorang balik dengan beberapa bungkus keropok Walkers habuan untuk anak-anak masing-masing dan 4 bekas salt n pepper yang comel-comel.
 
Kumpulan aku menang hadiah 'Semangat Setiakawan' sebab group paling havoc

Bergambar kenangan ngan Zaa (baju hijai) dan anaknya Aydin n jugak Kak Anoi. Zaa dah nak balik Malaysia for good dah.
 
Terima kasih sangat kat ajk yang susah payah organize pertandingan tu. Walaupon ajk sibuk sebab ajk pon study tapi aktiviti semalam sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhuwah di kalangan ahli persatuan yang tak selalu dapat jumpa
 


Nota kaki:
Some photos kat atas tu aku ambik dari FB Zaa

Friday, March 20, 2015

Wok 2 Work

Wok 2 Work ni nama satu restoren di Sheffield. Kat sin ada jual makanan ala-ala oriental style. Itu specialty dia le. Selain tu ada jual gak makanan ala mat salleh: burger, pizza, fries, etc. Tapi kalau kami hasben n wife gi situ kami tak makan le yang western style tu sebab itu dekat universiti kami ngan kat umah kami pon berlambak jual. Huhuhu....

 
Ooppss....jangan salah faham. Bukan makan free ye but free wifi.

Suasana dalam restoren

Restoren yang jual makanan pelik dan halal bukan senang sangat nak jumpa kat UK. Tambah-tambah makanan ala chinese. Wok 2 Work satu-satunya restoren di Sheffield jual makanan oriental halal sepengetahuan kami. Owner dia kalau tak silap aku dua beradik Pakistan. Pandai depa buat bisness makanan lain daripada yang lain.

Sabar menanti pesanan. Biasanya tak perlu tunggu lama.

Ini aku punya pesanan dengan base egg noodles.

Kalau makan yang oriental style tu menu dia boleh pilih ikut 3 steps. Kalau makan semangkuk mee dia memang kenyang sangat lah. Tapi harganya mahal skit le daripada makan burger atau pizza. Sebab mahal sikit tu yang tak boleh nak pi selalu. Huhuhu..... Dan kami tak pi selalu jugak sebab lokasi dia jauh dari universiti kami. Kalau yang belajar kat Sheffield Hallam University dekat sangat le nak pi. Member aku yang belajar kat Sheffield Hallam Uni dia kata Wok 2 Work tu antara dapur dia le during weekdays. 

 

Aku pernah suggest restoren ni kat sorang kawan aku. Dia kata lepas aku bagitau pasal restoren tu, berkali-kali dia ngan kawan dia pi makan kat situ. Maknanya sedap le tu or at least not bad la kan?

Thursday, March 19, 2015

Kereta Klasik Berkilauan

Masa aku gi merayau-rayau ngan hasben kat Ecclesall Road aritu (hari sama dengan aku gi Mookau dan Design Studio) ternampak satu kereta lama buatan US. Subhanallah, cantik sangat kereta tu. Dah le warna utama dia merah, siap berkilau-kilau macam baru lepas polish. Kilauan dia nampak bersinar-sinar bila kena cahaya matahari. Antara kereta klasik paling lawa aku pernah aku jumpa di atas jalan dalam hidup aku.


Bukan aku sorang saja dok perhati kereta tu. Ramai lagi orang dok perhati sama. Masa mula-mula aku nampak kereta tu, tuan dia tengah nak parking kereta dia. Bila tuan dia dah beredar memang aku teringin sangat nak pi amik gambar tapi takut le plak. Tapi pastu bila aku nampak orang lain pon ramai pakat dok amik gambar aku pon join sekaki le. 


Bila dah siap amik gambar baru aku perasan tuannya tangah minum kopi kat depan satu kedai tak jauh dari situ. Adoi....kantoi. Tapi bila aku nampak dia rileks je, aku pon buat selamba badak je la. Mesti dia dah biasa ngan ramai orang suka amik gambar ngan kereta dia yang bukan setakat lawa tapi jugak unik dalam zaman skarang.

Wednesday, March 18, 2015

Jalan-Jalan ke Sheffield City Centre

Ini bulan lepas punya cerita. Pagi 28 Februari (Sabtu) kami bawa anak-anak ke Sheffield City Centre. Kami gi jalan-jalan di Peace Garden. Kebetulan minggu tu kami beli weekly tram pass. Jadi boleh le ke city centre utilize tram pass tu. Di Peace Garden, Ismael terutamanya enjoy sangat main water fountain.







Pastu kami ke Sheffield Winter Garden, tak jauh dari Peace Garden. Masuk dalam tu rupanya ada program Science Alive untuk budak-budak yang dikendalikan oleh student dari University of Sheffield. So, terisilah waktu anak-anak hari tu dengan aktiviti buat eksperimen-eksperimen sains mudah. Aku rasa Ismael ngan Ielyas tak faham pon apa mesej yang cuba nak disampaikan tapi depa nampak seronok. Depa lagi seronok bila dapat sticker n souvenir. 






Masuk dalam rumah kaca Winter Garden tu dapatlah jugak aku jamu mata tengok tumbuhan yang kebanyakannya susah nak tengok kat UK dengan cuaca 4 musim ni.  




Monday, March 16, 2015

Berlagak Jadi Dinosaur

Ismael ngan Ielyas selalu saja ada benda baru yang depa cuba. Kreativiti depa tu kadang-kadang buat aku gelak (hilang la kejap stress mama dia ni). Ada satu hari baru-baru ni dua bradik tu sumbat baju tido depa dengan mainan building bricks pastu depa berlagak jadi dinosaur.

Nampak macam kartun "Big Hero".
Aku: Ismael dengan adik jadi Big Hero ke?
Ismael: We are dinosaur!

Ielyas: Look, I have big leg!

Pastu depa buat aksi lawan-lawan. Anak lelaki....memang slalunya suka main lawan-lawan. Ni aku rasa terpengaruh dengan movie Jurassic Park la ni.

Ielyas lawan balik.

Pastu Ielyas say sorry to abang Ismael. Takut abang nangis le tu. Hehehe....