Saturday, February 7, 2015

Pasu Comel Biru Hijau


Aku baru beli dua pasu ni dari Next tiga hari lepas. Kalau tunggu sale macam takkan dapat beli sebab biasanya barang-barang yang aku suka selalu aje sold out. Jadi beli je lah tanpa harga sale. Bila tengok gambar ni rasa macam nak beli sepasang lagi sebab terbayang-bayang kalau susun selang-seli macam lebih dramatik. Adoi....tetiba akak ni terobses plak dengan aksesori perhiasan rumah.

Friday, February 6, 2015

The Falling Snow

Foto-foto kami yang aku share before this mostly were photos snapped masa snow dah berhenti turun. Masa tu je pon mudah nak amik gambar, tak perlu risau pasal kamera terkondensasi, tak perlu nak protect kamera dari kena snow dan gambar lebih cantik mudah nak dapat. Tapi kenangan punya pasal, kami laki bini dengan gigih dan poyonya buat sesi fotografi depan rumah tatkala snow turun lebat which was our latest snow experience, 29 Januari 2015. Masa tu Ismael n Ielyas gi school jadi mama n papa dia berjimba-jimba berdua je. Oleh sebab kami berdua je, aku ambik gambar hasben, dia gambar aku. I wish we have a photographer to take our romantic shots in snow macam dalam filem Korea. Hehehe..... Keberiaan kami disedari oleh jiran pakistan sebelah rumah tapi kami buat tak tau je. Kalau ikutkan memang segan tapi macam aku kata tadi, demi kenangan....












Aku jugak sempat snap gambar kenangan pemandangan snow sedang turun di laman belakang rumah. Oleh sebab snow tak kelihatan ketara di laman belakang rumah kami (tanah terlindung dengan pokok) jadi kebanyakan gambar aku ambik dari sudut yang nampak pemandangan merentasi rumah jiran mat salleh sebelah rumah.  So, dapatlah view yang lebih menarik. Kat bawah ni adalah antara gambar yang aku suka.





Semoga Allah beri lagi dua atau tiga kali lagi snow before winter season end. Kami tahu kami akan sangat rindu dengan snow satu hari nanti. Indeed, rasa rindu dah mula terasa dalam hati ni dengan segala yang indah di sini. 

Thursday, February 5, 2015

Snow Drop Datang Bertamu

This month is the final month of winter. Snow drop flowers have started blooming in our backyard! Actually aku baru je perasan pagi kelmarin bila aku tengok melalui tingkap atas rumah nampak bintik-bintik putih atas tanah. Cepat-cepat aku settle kan kerja kemas rumah yang nak dibuat dan lepas tu apa lagi grab kameralah ke backyard. 



Saja je nak abadikan kenangan bunga tu berkembang sebab tahun depan blom tentu dapat merasa lagi. Atau mungkin jugak sempat merasa tapi akan sibuk sangat untuk menikmati.  

Bunga snow drop ni comel-comel je. Saiznya lebih kurang saiz ruas jari budak hinggalah ke saiz ruas jari dewasa. Bila dia kembang lebat sekelompok nampak cantik sangat. Yang dalam gambar aku ambik tu blom kembang banyak.

Kalau ikut pengalaman tahun lepas, sepanjang spring n summer macam-macam bunga keluar silih berganti kat backyard rumah kami. Bila dikira-kira lebih 10 jenis bunga kami dapat tengok. Best sangat. Among my favourites were roses, bluebells and peonies. Harapnya apa yang kami dapat nikmati tahun lepas kembali lagi. Moga-moga lebih baik lagi sebelum kami balik for good. 

Wednesday, February 4, 2015

Free Flower Bouquets

Alhamdulillah, hari ni dapat two bouquets of flowers, FOC. Satu jambangan bunga kekwa kaler maroon n satu jambangan lagi bunga daisy kaler peach. 



Aku sangat suka bunga daisy terutamanya yang kaler peach n pink tapi aku tak suka beli sebab bunganya cepat layu. Kalau dapat free memang sangat suka. Hehehe.....Bunga kekwa not in my favourite list tapi aku suka beli sebab bunganya biasa boleh bertahan lebih seminggu ke dua minggu dengan suhu di sini. Kalau dapat free suka aje. Hehehe.....

Bookstart Inspiration

Last week Ismael dah dapat book bag dia. Hari ni giliran Ielyas plak dapat satu. Kalau Ismael punya hari tu warna biru, Ielyas dapat warna merah. Dua-dua adalah sumbangan dari Booktrust. Oleh sebab Ielyas baru di nursery (Foundation Stage One), tema book pack dia berbeza skit yang mana lebih kepada macam mana nak memulakan tabiat membaca.  So, book pack tu diberi tema Bookstart berbanding Ismael punya aritu tema Booktime.

Ielyas balik je dari school tadi berlari-lari dia mai kat aku (aku kat umah, papa dia gi yang pick up dia kat school arini) dengan muka happy nak bagitau kat aku yang hari ni teacher dia bagi satu beg untuk dia. Lepas dia bagitau kat aku tu cepat-cepat dia bukak beg tu tengok isi dalamnya.

Ielyas dengan muka ceria menyelongkar isi dalam book bag merah dengan gambar blue teddy bear comel.  

Dapat dua buku free. Malangnya buku Goat Goes to Playgroup tu adalah buku yang sama Ielyas dapat untuk Krismas baru-baru ni. 

Kertas dengan border hijau tu welcome note dari Booktrust selain information macam mana nak utilize book pack yang diberi. Kepingan saiz A4 siap laminate yang ada gambar budak-budak tu collection of rhymes. Ada CD sekali untuk budak-budak ikut nyanyi based on the rhymes. 

Ielyas dah cuba main Matching Faces cards yang diberi sekali dalam bookstart pack.

Mama, don't forget to do this!

Tuesday, February 3, 2015

Taalim dan Ziarah

Seminggu sekali ibu-ibu/isteri-isteri dalam komuniti melayu yang tinggal di Darnall akan berjumpa untuk program taalim. Dalam taalim tu kami baca satu kitab yang megumpulkan kisah-kisah nabi dan para sahabat untuk dijadikan panduan dan teladan. Setiap yang hadir akan baca satu topik ikut giliran. Tak perlu buat homework apa-apa. Cuma baca je dan fahamkan masa tu sementara yang lain pon sama-sama memahami apa yang dibaca. Kalau ada perkara yang dibaca tu hendak dibincangkan, sesape yang arif akan memperjelaskan atau menghuraikannya.

Yang bestnya lepas selesai sesi taalim ada sesi mengenyangkan diri. Hehehe....Ada potluck and dapatlah makan macam-macam. Kuih/dessert yang kita tak pandai/malas nak buat selalu boleh nampak di atas meja.

Masa ni kami dah selesai majlis. Ni candid sebelum sesi bergambar

Actually majlis taalim kami tak jugak dapat buat tiap-tiap minggu. Ada minggu-minggu tertentu kami cuti buat taalim sebab memberi laluan kepada perkara lain. Ada jugak masanya kena cuti tu sebab pengelola majlis sibuk. Maklumlah, kawan pengelola majlis ilmu kami pon belajar jugak. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, aku andaikan kerap jugak kami dapat berkumpul.

Kehadiran bukan satu paksaan atau kemestian. Sebab aku rasa masing-masing faham komitmen masing-masing sama ada surirumah yang belajar atau tak belajar. Aku pon ada masanya skip jugak. Tapi aku sebolehnya cuba jugak gi sebab aku rasa perlu untuk aku memperbaiki diri. Ada banyak ilmu agama yang aku masih tak tau.

Untuk hari semalam lepas taalim ramai di antara kami terus pulak ke rumah sorang kawan yang baru saja ditimpa musibah. Kami jalan kaki je rumah kawan tu sebab tak jauh dari rumah di mana taalim dibuat.

Gambar kenangan di rumah kawan yang kami ziarah. Orang yang diziarah tu yang pakai baju kaler purple. Senyum macam tengah happy je. Dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu. Semoga dia terus tabah. 

Kira sepanjang petang semalam masa aku diisi bersama dengan kawan-kawan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Tetiba rasa rindu sangat kat kawan-kawan di Malaysia.

Sunday, February 1, 2015

Booktime

Wednesday last week aku ke sekolah anak-anak menghadiri satu majlis taklimat kesedaran untuk parents yang ada anak-anak di foundation stage tentang pentingnya menyemai tabiat suka membaca di kalangan anak-anak. Cikgu bagitaulah kenapa nak kena bacakan anak-anak buku cerita SETIAP HARI. Ya, ditekankan sekali lagi, SETIAP HARI. Mat salleh memang ramai yang baca buku kat anak-anak dia tiap-tiap hari dan masa depa luang masa membaca tu biasanya sebelum tido. Ala....macam dalam citer tv tu. Tapi aku rasa bukan culture kita orang Malaysia macam tu dan aku rasa sama jugak dengan orang Pakistan n Slovakian (skolah anak kami ramai 2 bangsa ni). Jadi pihak sekolah kenalah buat kempen membaca pada parents yang sebenarnya sedar tapi buat-buat tak sedar macam kami laki bini. Hahaha.....

Balik dari sekolah hari tu Ismael bawa balik satu book bag kaler biru. Dalam tu ada dua buku dapat free sebagai galakan untuk parents membaca bersama ngan anak-anak.  

Book bag untuk Ismael

Dapat dua buku free

Dekat page belakang pamplet bagitau dapat buku free tu ada alat bantu aktiviti untuk dibuat lepas membaca buku Hairy Maclary tu. Kiranya kertas pamplet tu takdelah terbuang macam tu saja. 

Kesian plak aku tengok cikgu-cikgu bersungguh nak bagi budak-budak jadi pandai. So, aku berazam untuk cuba lebih kerap luangkan masa membaca buku dengan Ismael n Ielyas walaupun bukan setiap hari. Of course demi kebaikan anak-anak jugak. Kalau aku tak sempat aku akan paksa papa dia tolong bacakan. Hahaha.....