Wednesday, January 28, 2015

Lama Bertahan

Apa dia yang lama bertahan. Ala...ini sebenarnya nak citer pasal langsir kat rumah kami. Tapi sebelum tu nak citer pasal jenis-jenis langsir yang biasa jual dalam pasaran di UK. Kat sini secara umumnya ada jual 3 jenis langsir. Ada lagi jenis-jenis lain tapi 3 jenis yang aku nak story kat bawah yang paling banyak jual di supermarket. 

Jenis yang pertama dipanggil 'eyelet' curtains. Rupanya macam gambar kat bawah. Jenis ni kat Malaysia pon ramai yang pakai. Cara nak pasang langsir sekali tengok memang dah boleh agak nak pasang macam mana. 

Eyelet curtain. Gambar pinjam dari John Lewis.

Jenis yang kedua dipanggil 'roman blind'. Jenis ni kalau di Malaysia pada pemerhatian aku biasanya rumah orang kaya atau agak berada je yang pasang. Tak pernah lagi aku jumpa rumah orang pakai tingkap nako pasang roman blind. Huhuhu.... Kalau di Malaysia aku rasa nak pasang langsir ni untuk first time bukan DIY sebab dia punya rail lain macam skit. 

Roman blind, sumber dari pakcik Google

Jenis yang ketiga dipanggil 'pencil pleat' curtain dan sepengetahuan aku takde jual kat Malaysia. Rupa langsirnya nak seakan-akan jenis langsir yang paling ramai orang Malaysia pakai tu. Ala....yang jenis masuk besi dengan tiga atau satu kaki tu. Cuma jenis pencil pleat yang ada kat sini kita akan nampak kedutan di tempat gantung tu banyak dan rapat-rapat. In my opinion jenis pencil pleat ni lebih complicated dari yang kita punya masuk cucuk batang besi tu. Rumah aku dok kat Sheffield skang ni pakai curtain jenis ni. Bukan aku yang beli tapi memang dah telah siap sedia dipasang oleh landlord kami.

Pencil pleat curtain

Ini rupa tempat nak gantung dia. Ada 3 layer benang yang perlu ditarik-tarik untuk dapat lipatan kedutan macam dalam gambar. Ada cara ok untuk tariknya. Bukan main tarik aje. Yang dalam gambar ni canggih sikit siap ada poket untuk simpan lebihan benang yang dah ditarik.

Oleh kerana aku tak pernah jumpa langsir jenis ni memang aku tak pernah tau macam mana nak pasang langsir tu. Masa kami mula-mula masuk rumah aku memang dah perasan rupa langsir tu buruk benar. Masa tu aku ingatkan rupa dia tergantung tu memang macam yang aku tengok masa masa mula-mula masuk rumah. Sampailah last few weeks bila aku saje-saje pi survey langsir kat online tetiba baru aku perasan langsir kat umah kami tu bukan buruk sebab jenis dia tapi nampak hodoh sebab cara langsir tu dipasang. Bukan aku tak pernah cuba betulkan tapi sebab tak pernah tau cara nak betulkan jadinya lamalah bertahan aku tengok rupa langsir tu tergantung hodoh.

Macam nilah rupa langsir kat rumah kami tergantung di ruang tamu. Memang buruklah.

Untuk mengurangkan rupa buruknya aku biar langsir tu ditolak ke tepi macam ni.

Dan hari ni aku telah berusaha tengok kat youtube macam mana nak pasang pencil pleat curtain. La....senang je rupanya. Dan bila dah tau macam mana nak buat, akhirnya rupa langsir tu tergantung nampak le seperti yang sepatutnya macam gambar kat bawah ni. Sekejap je dah boleh siap.

Ini rupa setelah di makeover. Setelah sekian lama bertahan dengan rupa gantungan yang hodoh, hari ni dalam sejarah aku dah betulkan langsir tu. Tapi itu pon tak cukup tip top sebab ada benang pada pleat dia tu putus jadi kedutannya tak cukup sempurna. Gantungan plak tak boleh menegang elok sebab tempat sangkut dia tak cukup. 

Langsir yang dekat dapur pon aku betulkan skali. Yang di dapur punya perubahan aku rasa nampak lebih ketara.

Sebelum

Selepas

Yang sadisnya hasben aku boleh tak perasan rupa langsir yang dah dibetulkan tu. Hmmm....lelaki..... Apa dia kisah sangat dengan langsir. Huhuhu.....

Tuesday, January 27, 2015

Snow Day Throwback

Post terdahulu aku ada share photos kami sekeluarga main sledging di High Hazels Park.  This time aku nak share some photos from last snow day yang sempat aku ambik di kawasan sekitar kejiranan kami. 











Foto sterusnya plak pemandangan kat depan n belakang umah kami.









Gambar-gambar tu semuanya aku snap before kami gi main sledging. Demi ambik gambar snow, mengebas jugaklah kaki aku menahan sejuk sebab kasut yang aku pakai tu tak sesuai untuk jalan dalam snow. 

Sunday, January 25, 2015

Beli Kasut Clarks Online

Kalau tak silap sejak dari Disember tahun lepas lagi Clarks dok antar promotion email online sale dengan penjimatan sehingga 50%. Bertubi-tubi email dihantar tapi aku just tengok gitu je emailnya n delete sebab aku rasa tak yakin nak beli kasut through online. Takut tak muat dan yang paling penting takut ada material kasut dari kulit babi. 

But then aku akhirnya terjebak jugak beli kasut Clarks secara online because of two factors. The first factor was because kasut yang aku nak tu takde kat kedai. Kasut tu cantik n comfortable sangat sampai sold out. The second factor was when my friend stressed out 'bila beli online kalau tak muat atau tak puas hati boleh return for free'. Actually aku memang tau ada free return tapi rasa macam remeh. Bila dah kawan aku stressed out tu baru terkeluar mentol menyala kat atas kepala aku dengan callout box with a thought: Ala...kalau dah nak sangat kasut tu beli jelah online n kalau tak tak muat boleh return. Tapi pastu terfikir plak, dah macam mana nak tau kasut tu bukan dari pig skin ke tak sebab kalau kulit dalam website just tulis leather je. Berhari-hari jugaklah aku pikir. Huhuhu.....itu la, banyak sangat pikir pasal PhD sampaikan benda simple pon lama baru boleh nak solve. Tetiba satu hari, tinggggg!!! Keluar lagi satu mentol menyala, datang lagi satu ilham. Apa susah, kalau nak beli online beli je la kasut yang bukan diperbuat daripada leather. So, tak kira apa pon jenis leather, jangan beli. 

Mujur sangat kasut yang aku dok berkenan bukan jenis leather. So, dapatlah beli kasut yang diidam-idamkan. Kasutnya memang super awesome! Fortunately jugak saiznya sedang elok je.

Rupa bungkusan kasut yang sampai ke tangan aku.

Rupa kotak kasutnya

Ini borang untuk return jika perlu tapi aku tak perlukan ni sebab kasutnya aku terima dalam condition yang aku harapkan

Clarks suruh buat review kat website dia untuk kasut yang aku dah beli tapi malaslah aku nak tulis review.

Tadaaa......Inilah kasutnya. Aku nak sangat kasut ni sebab aku rasa kasut ni sangat sesuai dipakai dengan seluar jeans. Kalau dengan harga asal £69.99 rasanya aku takkan beli sebab mahal tu. Dah lepas ada diskaun tinggal £34.99 baru le sanggup beli.

Aku ni jarang beli kasut selama kat sini. Aku hanya pernah beli 4 pasang kasut je sejak duduk UK dan kasut yang aku baru beli online tu adalah kasut yang ke-4.


Nota kaki:
Kasut Clarks kat sini kata kawan aku jauh lebih murah dari harga kat Malaysia. Masa mak aku datang UK dulu aku ada belikan dia sepasang. Pastu kakak aku pi lah survey tengok harga kasut tu di kedai Clarks di Kota Bharu. Dia kata harga kasut yang sebijik sama aku beli dengan harga £19 kat sini, di Malaysia harganya lebih RM200! 

Saturday, January 24, 2015

Jambangan Bunga Merajuk


Semalam aku ada merajuk pasal something dengan encik suami. Pasal apa tak payahlah aku sebut kat sini. Ala....biasa le....kekadang dalam kehidupan suami isteri ada broken heart skit-skit. Well, mana ada life suami isteri yang sentiasa perfect. Bak kata pepatah melayu: sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. 

Bila dia keluar rumah masa aku merajuk tu aku ingatkan dia keluar rumah nak gi beli something untuk lengkapkan bahan memasak, kengkonon aku sangka dia nak pujuk dengan tolong masak untuk that day. Rupanya dia pi beli bunga and.....he cooked too. Hehehe....So, dapatlah aku sejambak bunga berkat merajuk hari tu.

Best jugak sekali-sekala merajuk sebab boleh dapat bunga. Hehehe....Actually tak merajuk pon boleh dapat bunga cuma aku je yang selalu tolak bila hasben suruh beli sebab kalau beli selalu macam hilang nikmatnya. 

Friday, January 23, 2015

Kalendar Ismael


Last Tuesday Ismael balik dari school bawa balik kalendar kat atas tu.  Bila aku belek-belek cap dua tapak tangan dia kat kalendar tu ada rasa sayu kat hati. Dah makin besar dah Ismael dan aku rasa macam masih tak puas lagi spend masa dengan Ismael yang 'kecik' dengan macam-macam keletah.

Thursday, January 22, 2015

Snow Turun Sekali Lagi

Alhamdulillah. Allah telah makbulkan doa kami untuk merasa main snow tahun ni. Jangan tak tau, sebelum tido kami dan anak-anak sama-sama berdoa supaya Allah beri peluang untuk main snow lepas kami terlepas peluang snow lebat Disember tahun lepas. Aku pada mulanya agak kecewa waktu awal pagi tadi bila tengok semula ramalan cuaca menunjukkan sleet almost sepanjang hari. Tapi ramalan nampaknya tak tepat lagi. Sleet diselangi snow yang menjadikan snow masih tetap kelihatan di tanah. 

Tapi snow taklah setebal yang diramalkan kelmarin. Jadi skolah jalan macam biasa. Bila sleet turun aku jadi gelisah sebab takut tak sempat nak main sementara kena tunggu Ismael balik dari school. Hehehe....beria kan? Bila Ismael balik je dari school kami cepat-cepat bersiap gi main sledging kat High Hazels Park, tak jauh dari rumah kami. 

 Dua budak kecik yang dah tak sabar nak main snow















Main snow tu memang diidam-idam tapi yang paling nikmat sebenarnya bila dapat tengok pemandangan bersalji dan salji turun depan mata. Syukur tak terhingga di atas peluang melihat ciptaan Allah yang maha mencipta, menjadikan salji indah memutih lagi luar biasa yang mana kejadiannya ada disebutkan dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: 

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (salji) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan..."
Surah An-Nur, ayat 43