Friday, January 23, 2015

Kalendar Ismael


Last Tuesday Ismael balik dari school bawa balik kalendar kat atas tu.  Bila aku belek-belek cap dua tapak tangan dia kat kalendar tu ada rasa sayu kat hati. Dah makin besar dah Ismael dan aku rasa macam masih tak puas lagi spend masa dengan Ismael yang 'kecik' dengan macam-macam keletah.

Thursday, January 22, 2015

Snow Turun Sekali Lagi

Alhamdulillah. Allah telah makbulkan doa kami untuk merasa main snow tahun ni. Jangan tak tau, sebelum tido kami dan anak-anak sama-sama berdoa supaya Allah beri peluang untuk main snow lepas kami terlepas peluang snow lebat Disember tahun lepas. Aku pada mulanya agak kecewa waktu awal pagi tadi bila tengok semula ramalan cuaca menunjukkan sleet almost sepanjang hari. Tapi ramalan nampaknya tak tepat lagi. Sleet diselangi snow yang menjadikan snow masih tetap kelihatan di tanah. 

Tapi snow taklah setebal yang diramalkan kelmarin. Jadi skolah jalan macam biasa. Bila sleet turun aku jadi gelisah sebab takut tak sempat nak main sementara kena tunggu Ismael balik dari school. Hehehe....beria kan? Bila Ismael balik je dari school kami cepat-cepat bersiap gi main sledging kat High Hazels Park, tak jauh dari rumah kami. 

 Dua budak kecik yang dah tak sabar nak main snow















Main snow tu memang diidam-idam tapi yang paling nikmat sebenarnya bila dapat tengok pemandangan bersalji dan salji turun depan mata. Syukur tak terhingga di atas peluang melihat ciptaan Allah yang maha mencipta, menjadikan salji indah memutih lagi luar biasa yang mana kejadiannya ada disebutkan dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: 

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (salji) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan..."
Surah An-Nur, ayat 43

Wednesday, January 21, 2015

Menanti Snow Turun Lagi

Kami laki bini tak sabar menanti snow turun lagi. Ismael ngan Ielyas pon excited jugak lepas depa tengok snow baru-baru ni. Tapi mak bapak dia lebih excited lagi. Hahaha....Of course le kami berdoa nak yang lebat sekali yang membolehkan kami main sledging. Hari-hari kami menanti. Tiap-tiap hari aku tengok BBC weather forecast apps di iPad aku. Tapi lepas snow yang diramalkan akan turun lebat pada malam Sabtu lepas tak turun sikit pon aku dah surrender nak tengok lagi. Tiba-tiba pagi tadi masa balik dari nursery ambik Ielyas bila salah sorang teacher dia kata "see you tomorrow, if it is not snowing", balik rumah aku cepat-cepat tengok weather forecast. Hoorey!!!! Snow dah kira macam almost konpem akan turun! 

Forecast terkini yang baru saja aku tengok beberapa minit tadi. Kalau tengok ada simbol snowflake start kol 8.00 malam. Pastu awal pagi diramalkan lebat dengan dua simbol snowflakes.  

Esoknya plak snow diramalkan terus lebat sampai ke tengah hari. Kalau snow tebal maybe school akan tutup. Kat radio hari ni ada sebut snow diramalkan setebal 8-10 cm. Kalau ramalan ni betul n skolah tutup, pagi esok kami nak beronggeng main sledging. Hahaha....

Ni masa tengah menaip ni asyik dok intai tengok kat tingkap sebab kalau ikut ramalan snow akan start turun kol 8.00 malam. Skang ni kol 5.50 petang. Dah tak lama dah tu. Tengah dup-dap-dup-dap menanti ni. Hehehe....

Friday, January 16, 2015

Mudah Tido

Lately Ielyas mudah je nak tido masa siang hari. Few hours after dia balik dari nusery semenjak dua menjak ni senang je dia nak tido tanpa disuruh. Kalau suruh plak sah tak tido. Jadi aku biar dia tido sendiri. Oleh sebab dia tido tu takde specific time jadi dia boleh tertido di mana-mana. Cer tengok gambar kat bawah ni.

Ielyas tido bawah meja. Actually masa ni dia tengah merajuk. Bila aku perasan lama sangat dia merajuk aku pon pi jenguk. Rupanya dah tertido kat situ.

Ini masa minggu lepas. Lepas main sorang-sorang dengan toys faveret dia sambil tengok kartun Raa Raa the Noisy Lion n minum milk dapat kat nursery tup-tup dia tido. Aku tau dia tido bila tetiba tak kedengaran movement atau suara dia menyanyi-nyanyi. 

Ini masa tengah hari tadi. Dia tido masa tengah tengok kartun dari iPad. Pandai pulak dia cari selimut n lapik sendiri tempat dia nak duduk. Hari ni cuaca sejuk skit. Kami agak dia rasa cara tu boleh kurangkan rasa sejuk tempat dia duduk tu. 

Actually bila malam pon Ielyas senang jugak nak tido. Kalau dah sampai time dia kena tido, biasanya few minutes lepas naik katil dia akan trus terlelap. Kekadang tu dia siap ajak kami masuk tido.

Bila baca paper dah menguap-nguap kekadang tu gambar yang macam kat atas tu la penaik semangat aku. Aku akan senyum sorang-sorang bila tengok.

Thursday, January 15, 2015

Snow Turun Lagi

Awal pagi semalam snow turun lagi di Sheffield. Masa turun tu lebih kurang kol 5 pagi. Tapi this time tak le lebat macam yang sebelum ni. However, nampak jugaklah memutih skit jalan raya n bumbung kereta. Oleh kerana hari tu tak sempat nak ambik gambar kami dalam snow, this time dengan masih pakai baju tido aku dengan beria grab kamera kengkonon nak ambik gambar anak-anak nak gi school dalam snow. Heh! Poyo je kan?

Ciput je pon snownya. Apa pon alhamdulillah di atas peluang ni.

Lepas depa dah pi skolah aku snap few more photos kat depan umah n also laman belakang umah. Giler beria sungguh ambik gambar dalam sejuk-sejuk dengan pakai baju tido tanpa pakai baju sejuk!




Kami ni hari-hari berdoa snow turun lebat before spring menjengah. Kalau tengok ramalan cuaca arini macam ada harapan nak turun snow lagi.

Hari Sabtu ada lambang dua snowflakes bermaksud snow akan turun lebat. Kalau betul seronoknyer! Tapi kalau snow tak turun hari Sabtu ada chance lagi hari Selasa. 

Tapi tu la....bak kata professor yang aku gi kelas modelling masa first year dulu: "Kalau weather forecast untuk esok bolehlah kita tengok. Kalau untuk lusa dah macam tak brapa boleh nak percaya lagi. Dan kalau untuk seminggu lagi, don't even look at it". Itu dia cakap le tapi aku rasa ada benarnya jugak sebab dah banyak kali terkena dengan weather forecast. Well, nama pon weather forecast kan....

Wednesday, January 14, 2015

Big Apple Indoor Playground


Tengah hari ahad tadi kami bawa anak-anak gi main di Big Apple indoor playground kat Rotherham. Dalam cuaca sejuk-sejuk menyengat tulang ni memang tak kuasa sangat nak buat aktiviti outdoor. Jadi indoor playground menjadi pilihan kami kali ni untuk bagi reward kat anak-anak yang aku kira bersabar dengan kesibukan kami terutamanya during weekdays.

Indoor playground ni kira besar la jugak. Aku rasa tempatnya dibuat kat bangunan bekas kilang.

Kat situ bukan setakat budak-budak saja yang boleh main. Mak bapak budak pon boleh join skali. Jadi ada entrance fee untuk setiap dewasa yang masuk ke situ tak kira la nak main ke atau tak. Kami main 4 beranak dalam £10+. Dalam dua gambar kat atas ni antara part yang kami paling suka. Kita load sponge balls. then tunggu bola-bola jatuh macam hujan.

Haa....tu dia bola-bola jatuh bertaburan.

Pastu tunggu lagi bola jatuh. Ielyas siap santai kat tengah tu menanti bola jatuh lagi.

Sambil loading sponge balls atau menanti sponge balls jatuh sila hati-hati sebab ada penembak-penembak meriam dari 4 penjuru. Hasben tengah tunjuk ajar kat Ismael macam mana nak main benda alah tu.

Lepas Ismael dah faham macam mana nak main papa dia tolong load bola dari depan sebab load bola di sebelah penembak tak efektif.

Sementara tu Ielyas cuba belajar main sendiri dari atas sementara Ismael tengah main kat bawah. Ielyas explore dan pandai sendiri macam mana nak main. Bila tak sampai pandai dia gi ambik kepingan span yang ada kat situ untuk dia panjat.

Giant burger. Nyum....nyum....

China Town section

Mula-mula Ismael takut nak main giant slide ni. Lepas dia cuba sekali dengan duduk kat pangkuan aku, berkali-kali dia pergi turun naik main sendiri.

Ini bahagian solar system. Tapi Ielyas tak minat sebab gelap kot. Dalam tu ada banyak bola-bola besar representing planet yang ada.

Ismael cuba jadi tarzan jap.

Merentasi jejantas tali yang sempit

Dah letih main makan chips sebab anak-anak dah lapar. Pastu terus balik n singgah beli KFC sebab anak-anak request nak makan burger.

Bila gi sana tetiba aku memasang cita-cita nak bukak bisnes indoor playground mcam yang kami gi tu. Hahaha....tak boleh belah berangan tak hingat. Aku memang banyak cita-cita nak buat bisnes macam-macam tapi setakat ni semuanya tinggal cita-cita je sebab aku sentiasa saja ada benda lain yang nak kena fokus dulu. Ala.....kesimpulannya aku nak bagitau kat korang yang cita-cita aku hanya angan-angan je. Huhuhu....


Nota kaki:
One thing yang aku suka kat UK ni, mana-mana tempat rekreasi untuk budak-budak/famili kita boleh bawak makanan sendiri jika mau. Tak semestinya kena beli dari tempat tu. Bagusnya syarikat yang operate tempat rekreasi tu takde plak rasa tergugat dengan kebenaran tu dan kami perasan tetap ramai orang yang membeli kat cafe yang disediakan. Kalau kat Malaysia berdasarkan pengalaman aku, kat mana-mana waterpark tak dibenarkan bawa makanan sendiri. Kalau kat Bukit Gambang Waterpark siap cek beg pengunjung lagi nak pastikan orang tak bawa makanan sendiri. Aku rasa persepsi orang Malaysia, I mean syarikat yang bukak tempat rekreasi tu kena lebih open. Kalau orang tak perlu spend duit banyak untuk beli makanan lebih ramai yang boleh/sanggup pergi. Kalau untung kat jual makan tak seberapa (tapi aku jangka masih tetap untung banyak sebab ramai orang malas masak atau malas nak bawa barang berangkai-rangkai), boleh untung pada entrance fee. Silap-silap hari bulan untung lebih banyak lagi.

Tuesday, January 13, 2015

Hidung Ielyas Berdarah


Jumaat lepas entah macam mana tetiba hidung Ielyas berdarah. Masa tu aku tengah solat Asar. Lepas solat aku tengok Ielyas tengah menangis tak jauh dari pintu bilik tido kami. Sebelum aku solat aku dah bagitau kat Ielyas siap-siap aku nak solat. Kena bagitau dia sebab kami berdua je ada kat umah. Bila aku tengah solat kalau dia nak ke tandas dia tau dia kena buat semua sendiri tanpa bantuan aku kalau aku dah siap-siap bagitau. Kalau tak bagitau dia akan tunggu.

Masa aku tengok dia menangis tu aku ingatkan dia nak sesuatu. Aku tak perasan lagi hidung dia berdarah sebab tempat dia duduk tu agak gelap. Bila dia bangun dari duduk baru aku perasan. Terkejut aku. Sambil dia menangis tu dia sebut "dirty....dirty....". Aku pon cepat-cepat ambik gambar dulu untuk reference n then bawa dia bersihkan darah di muka dan tangan dia n also tukarkan baju lain.

Lepas dah siap basuh tu terlupa plak hidung dia darah belah mana. Mujur ada ambik gambar. Jadi dapat la pastikan belah mana yang berdarah. Bukan apa, just for reference in future time kalau perlu. Sebab berdarah tu tak plak dapat aku pastikan.