Sunday, January 11, 2015

Jamie Cookbooks

Aku sebenarnya bukanlah penggemar tegar makanan western. Spaghetti, pasta atau chicken chop bukanlah favourite aku apatah lagi lamb chop (sebab aku tak makan kambing). Tapi bila Jamie Oliver si tukang masak hebat berbangsa British tu memasak, banyak betul resepi dia yang aku nampak macam sedap je. Ada la beberapa yang aku dah cuba sebelum ni n hasilnya tak mengecewakan.

Bila nak masak aku tengok le kat internet. Masalahnya susah jugak nak tengok resepi dari tab. Oleh kerana tu aku pun gigih le mencari dan mengumpul Jamie's cookbooks. Mula-mula aku cari kat carboot sale kalau kebetulan kami ke mana-mana carboot sale. Tapi rupanya tak mudah nak dapat Jamie Oliver punya cookbooks. Maybe sebab buku-buku dia sangat hot dan dijadikan koleksi. Aku tak pernah jumpa jual kat carboot kecuali 2 buku yang kurang popular. Yang aku jumpa dua tu pon aku beli salah satu je sebab yang satu lagi tu aku tak aim nak beli n harganya pon masih mahal untuk harga carboot sale. Pastu aku try le cari kat eBay buku-buku Jamie yang aku aim. Then aku realized yang second pon mahal jugak. Actually buku dia yang aku nak sangat tu ada dua je: Jamie 15-Minute Meals and Jamie 30-Minute Meals. Lain-lain tu kalau dapat murah-murah kira bonus le. Seterusnya aku pon survey harga buku baru. Oooo...rupanya harga buku yang aku nak tu kalau masa offer boleh dapat lebih murah dari harga second yang jual kat eBay.

Jadi aku pon tunggu le mana-mana online seller jual n finally syukur Alhamdulillah.dapat le beli Jamie 15-minute Meals cookbook dangan harga £9.99. Mahal jugak le tapi kira murah dah le berbanding dengan harga asal dia £26! Nasib baik tak beli dengan harga £26 kat WH Smith bookstore last few weeks. Masa tu memang hati dah meronta-ronta nak sangat buku tu. Kalau tak mesti ralat sebab boleh dapat jauh lebih murah. Kalau ada jual kat carboot lepas ni lagi murah pon taklah ralat sangat sebab aku dah guna dulu buku tu sebelum jumpa kat carboot sale (ayat nak sedapkan hati). Hehehe.....

Buku ni sampai Jumaat tadi. Aku beli online dari A Great Read.

Sementara banyak bahan resepi mudah n murah nak dapat kat sini aku patut cuba banyak-banyak resepinya. Harap sempat le nak cuba macam-macam tapi.....masa. Walaupon tajuk buku tulis 15 minit, itu tak termasuk masa untuk study resepi dan sedia bahan. So, 15 minit tu boleh le jadi 40-60 minit plak untuk aku. Huhuhu.....

Skang ni aku dah ada 3 buku Jamie. Paling kiri koleksi aku yang first, aku beli kat carboot. Tak ingat berapa harga beli masa tu tapi kalau tak silap sama ada 50 pence atau £1. Yang paling kanan adalah koleksi kedua, aku beli dari WH Smith dengan harga £5. It was a very good bargain since harga asalnya £26. Actually setiap satu buku kat atas harga asalnya adalah £26.

Lepas ni misi mencari Jamie 30-Minute Meals pulak. Jangan tak tau yang buku aku aim seterusnya ni adalah buku Jamie yang mencatat rekod the UK's fastest selling non-fiction title dengan 735 000 copies terjual dalam masa 10 minggu! Oleh kerana satu ni je lagi tinggal buku Jamie yang aku nak sangat, aku nak try cari kat carboot sale je dulu. Kalau sempat gi carboot sale la.

Saturday, January 10, 2015

Makan Western Style

Semalam aku masak western style untuk lunch merangkap makan malam. Untuk pengetahuan kami skang masak makan tengah hari lewat skit sebab nak jimat masa. Biasanya kami makan tengah hari around 3-3.30 petang. Sebab lunch tu dah lewat, makan malam kami makan yang ringan-ringan je kalau lapar. 

Idea nak makan western style datang few days ago. Lepas berkungfu lebih kurang dua jam dengan bantuan hasben dapatlah kami makan hidangan kat bawah.

Nampak macam rajin sangat tapi ini menu tak berapa nak rajin sebenarnya. Chips tu just bukak plastik n masuk oven je. Yang cendawan berkeju tu aku beli yang ready made n tinggal masuk oven jugak.  Ayam goreng n  gravy sauce beli dari KFC. Yang aku betul-betul prepare hanyalah whipped potato, roast potatoes n coleslaw je. Whipped potato takde jual kat KFC sini jadi kenalah aku buat. Kalau tak sah aku beli jugak. Hahaha.....Coleslaw ada jual kat KFC sini tapi tak sedap sebab coleslaw nya masam. 

Amacam? Tergoda tak?

Friday, January 9, 2015

Parcel Yang Suspen

Kelmarin hasben dapat satu email dari orang opis department kami memberitahu ada satu parcel untuk dia. Kami laki bini tak pernah terima apa-apa surat apatah lagi parcel yang dialamatkan ke department tempat kami belajar sebab semua urusan surat-menyurat kami guna alamat umah. Seingat aku, aku sendiri hanya pernah ambik surat di pegion hole department hanya sekali je selama aku belajar kat sini. Itu pon bukan surat sebenarnya tapi borang progress report yang supervisor aku suh ambik kat situ lepas dia dah siap isi part dia.

Jadi pagi semalam lepas hantar anak-anak ke school kami ke universiti. Kami gi naik kereta sebab hasben nak cepat balik. Jadi aku kena ikut sebab hasben malas nak cari parking n parking jauh. Kalau aku ikut dia boleh trus ke office sementara aku tunggu dalam kereta tak jauh dari office building.

Kami tertanya-tanya apa sebenarnya isi parcel tu n dari sape. Lepas dapat parcel tu n masuk semula ke kereta, hasben pon cepat-cepat bukak bungkusannya. Rupa-rupanya.....BUKU. Ye, sebuah buku. Yang peliknya dia tak pernah plak order buku tu n pengirimnya pon dia tak kenal. Lepas dah bukak parcel tu baru hasben bagitau dia tido tak lena malam sebelumnya memikirkan pasal parcel tu. Ada buat salah le tu.....Hahaha.....

Inilah parcel nya. Siap dipos pakai Fedex lagi macam penting.

Bungkusannya siap dua lapis lagi. Buat lagi suspen je.

Rupanya inilah isi dalamnya

Bila balik umah dan dipikir-pikir hasben rasa buku tu dari Amazon. Sebab dia kata dari cara alamat yang tertulis kat situ macam alamat yang digunakan untuk amazon student membership untuk something yang dia pernah buat satu masa dulu. Buku tu rasanya macam untuk promotion dengan tahun terbitan 2015. Alhamdulillah dapat buku free, bukan berita buruk free. Huhuhu....

Thursday, January 8, 2015

Baiknya Jiran Kami

Jiran salah satu sebelah rumah kami sangatlah baik. They are white British, duduk laki bini je. Depa dah tua dan aku anggarkan umur depa lebih 70 tahun sebab dulu masa first kami pindah sini yang isteri tu kata dia dah duduk situ dah 70 tahun, sejak lahir. So, korang boleh bayangkanlah umah yang kami duduk ni aku rasa usianya dah lebih 100 tahun. Sebab tu kalau korang datang UK korang akan nampak architechture banyak umah-umah kat sini nampak klasik. UK tak banyak buat perumahan baru macam di Malaysia sebab bangunan rumah-rumah sedia ada depa utilized sepenuhnya zaman-berzaman. Eh, terkeluar tajuk plak. Nak citer pasal jiran terciter pasal umah plak. 

Jiran kami yang si isteri tu nama dia Jones. Dialah yang selalu aku nampak keluar masuk rumah berbanding suami dia. Suami dia aku lupa la plak nama apa. Laki dia aku tak pernah sembang. Just sapa n senyum gitu je. Suami dia tu agak uzur jadi sebab tu jarang nampak keluar rumah. Jones hanya ada sorang saja anak. Anak dia selalu jugak datang ziarah depa.  

Kalau kami takde rumah pergi mana-mana kalau hari tu adalah hari lori sampah datang kutip sampah, Jones akan tolong tolakkan tong kami ke depan rumah. Kalau hari kami ada kat umah, lepas lori sampah lalu dia akan tolong tolak semula tong kami ke belakang umah. Sungguh baik sampai aku naik segan. Ye la....patutnya aku yang tolong tolakkan tong dia sebab dia dah tua. Tapi masa lori sampah datang biasanya aku sibuk ngan anak-anak nak pi skolah jadi tak sempat nak pi tolak balik tong sampah sebelum Jones buat dulu.

Ada sekali tu tetiba paip limpah tangki kami mencurah-curah keluar air kat depan pintu dapur dari luar. Actually kami sedar masa tu paip limpah tu keluar air sebab bocor kat dalam dapur jugak. Depa laki bini keluar umah n ketuk pintu umah sebab nak bagitau kat kami. Sungguh depa concern kat kami.

Tiga hari before Christmas Jones bagi kat anak-anak kami coklat. Sebelum bagi bersungguh dia tanya sama ada coklat tu boleh makan ke tak. Mujur boleh makan bila aku tengok ingredient dia. Kalau tak aku rasa tak sampai hati nak kata kat dia tak boleh. 

Inilah coklat yang Jones bagi untuk Ismael n Ielyas sorang satu.

Banyak isi kat dalam setiap paket tu

Actually 3 jiran terdekat ngan umah kami baik-baik. Syukur Alhamdulillah dapat jiran baik. 

Wednesday, January 7, 2015

Tengok Wayang

Last school holiday ada satu hari tu kami bawa anak-anak gi tengok wayang. Kesian plak kat Ismael n Ielyas masa tu sebab cuti sekolah dok umah je sampai dah nampak ciri-ciri kebosanan depa terutamanya Ismael. Sebenarnya kami laki bini pon dah lama tak jejakkan kaki ke wayang sejak Ismael lahir. Jadi ini kiranya first time kami nak pi tengok wayang selepas lebih 4 tahun. Yang menariknya kali ni kami dapat experience tengok wayang ngan anak-anak berbanding kali terakhir dulu kami gi berdua je. 

Hasben beli tiket secara online. Harga satu tiket ialah £1.35, kira kalau kat Malaysia macam kita rasa bayar RM1.35. Harga tiket murah sebab movie yang kami tengok tu bawah kategori Movies for Juniors. So, total kami kena bayar hanya £5.40 untuk kami empat beranak. Pastu ada diskaun lagi because hasben register his email for the first time with Cineworld Cinemas. Sangatlah murah harga tiket wayang tu dengan purchasing power penduduk UK. Actually kat sini boleh beli movie pass tahunan. Boleh tengok siang malam macam-macam citer yang kita suka sepanjang tahun tu. Kira tengok wayang sampai nak muntahlah dengan harga £196.80 untuk setahun. Ada jugak kami dengar orang Malaysia beli tapi budak lelaki bujang la. 


Oleh sebab movie yang kami tengok tu dalam kategori Movies for Juniors tak bolehlah nak marah kalau ada budak-budak buat bising dalam panggung. Bagi yang dok paling depan bersedialah dengan budak-budak yang main lari-lari atau lalu lalang depan kita. Itu kata kawan aku la. Alhamdulillah, masa kami tengok wayang tu tak ramai orang n semua budak yang ada behave elok je. Jadi takde gangguan langsung. Kami siap boleh pilih tempat duduk paling strategik lagi masa beli tiket.

Ini rupa panggung dari depan dengan model 3 beranak.

Maybe nampak tak besar sebab kamera aku tak muat nak cover keseluruhan bangunannya. 

Panggung wayang yang kami pi tu dekat je dengan kawasan umah kami sebenarnya. Tapi tu la....inilah first time kami nak try. Sampai sana barulah aku tau bapaklah besar panggung wayangnya. Ada tiga tingkat with 20 screens! Kat dalam tu siap ada 2 tempat untuk lepak minum kopi dan salah satunya adalah Starbuck....Giler kondusif panggung wayang tu. Actually panggung wayang tu adalah yang paling besar di bawah Cineworld dan antara yang paling sibuk di UK! Tapi masa kami gi tu taklah sibuk mana sebab masa tu weekday n kami pi tengok movie tu waktu pagi. Kat situ kita boleh jugak nak tengok 3D movie for certain movies cuma masalahnya kena bawa spec mata 3D sendiri. Maybe ada jual kot kat situ bagi sapa-sapa yang takde. Aku agak le.... 

Siap ada escalator dalam bangunan untuk turun naik

Suasana kat ground floor where the main entrance located.  

Sementara tunggu nak tengok wayang atau lepas tengok wayang boleh lepak santai minum kopi kalau mau. Tapi kami terus balik sebab ada kerja nak kena buat.

Tengok tu, besemangat Ismael nak tengok wayang

Malangnya kami terbeli popcorn yang sangatlah terasa masinnya kengkonon untuk dinikmati masa tengok wayang. Memang pilih jenis masin sebab popcorn beli kat Lidl kalau jenis manis, manis sangat plak sampai melekat-lekat bila kunyah. Sungguh tak sangka masin betul popcorn kat atas tu. Lain kali (kalau ada lain kali) tak boleh beli dah jenis ni.

Panggung yang kami gi tu terletak kat Valley Centertainment. Ada macam-macam sebenarnya kat Valley Centertainment selain panggung wayang. Sebelum ni kami hanya ke situ untuk beli/makan Subway (ada Subway halal kat situ) n bawa anak-anak main kat Monkey Bizness je. Maybe lain kali boleh cuba main bowling plak. Kalau ada masa la....

Kami tengok citer kartun Rio 2. Nama pon movie for junior, pilihannya mestilah citer kartun. Kalau tak kartun ada plak orang yang duduk tengok wayang tak sampai 15 minit dah kena balik umah. Mujur masa tengok wayang tu Ismael n Ielyas ok je. Ada le sekali Ielyas macam nak ajak balik rumah (kuang3x) tapi lepas tu dia ok balik. Maybe citer kartun tu tak cukup ciri kelakian untuk Ielyas cukup minat nak concentrate. Hahaha....Kalau ada rezki lain kali boleh bawa anak-anak tengok wayang lagi.

Tuesday, January 6, 2015

Akhirnya Snow Turun di Sheffield

Winter lepas (Disember 2013-Februari 2014) kami tak merasa snow pon. Actually ada snow turun skali tapi sekejap je. Rasanya macam tak sampai sejam n tak sempat nak memutihkan tanah pon. Jadi winter kali ni memang kami berharap sangat snow akan turun dengan lebat n membolehkan kami main sledging sekali lagi macam masa Februari n Mac 2013 dulu tu. Aku dah bersiap sedia masa summer 2013 sbenarnya dengan baju untuk main sledging untuk anak-anak. Beli kat carboot je pon, murah-murah kalau tak silap macam 50 pence je sepasang. Tapi winter lepas harapan kami tak kesampaian. Budak-budak master masa tu memang kecewa sangat sebab takde snow. Ye la, depa just ada setahun je. Jadi sempat merasa winter sekali je. Kalau tak turun salji maksudnya kena la ke Scotland kalau nak merasa jugak.  

Alhamdulillah tahun ni Allah kabulkan permintaan kami tapi.......haaa.....ada cerita lain plak. Masa turun salji tu adalah malam boxing day. Kami kan bershopping sakan jadi lewat petang jugaklah kami balik. Masa di destinasi shopping terakhir kami di Boundary Mill hujan mula turun renyai-renyai. Pastu nampak air hujan bertukar menjadi sleet. Sleet ni adalah air hujan yang dah berupa macam ais tapi belum betul-betul ais dalam rupa kapas. Kalau kapas ais yang turun barulah salji namanya dan kita akan nampak yang turun tu melayang-layang jatuh ke bawah. Meanwhile, sleet kalau turun kita akan nampak air yang turun masih macam hujan. Masa tu aku dah siap shopping berdiri kat luar depan bangunan Boundary Mill. Kawan aku Maniha tengah tunggu aku. Then dia kata dia rasa snow akan turun (masa tu aku tak tau dia dah tengok weather forecast rupanya). Aku menidakkan sebab memang lately banyak kali turun sleet. Pastu kami ke kereta n balik. Kami kena singgah rumah kawan sebab hantar barang shopping depa yang ditumpangkan di kereta kami. Masa nak berhenti tu tetiba kami realized memang snow dah turun. Wah.....apa lagi masing-masing excited bukan main. Hahaha...Maniha paling excited abis sebab dia dah nak balik dah Februari ni. Jadi winter ni memang last chance dia. Masa tu kami terus tepon sorang kawan kami yang kami tau memang sangat ternanti-nanti nak merasa snow, pon jugak dah nak balik this week. Apa lagi...dengar riuh rendahlah dia n family keseronokan di telefon. Hehehe.....

Tapi kami.....seronok bercampur cuak! Kami kena ke London malam tu jugak sebab awal pagi esoknya kami kena naik flight. Ke mana? Nanti kalau berkesempatan n rajin akan aku cerita lain kali sebab kat sini nak citer pasal snow turun kat Sheffield je. Sampai umah kami kalut-kalut mengangkat barang-barang shopping n angkut anak-anak masuk rumah. Kelam kabut kami bersiap sebab masa tu kami perasan snow turun makin lebat n cepat je tanah dah memutih. Yang paling aku aku cuak masa aku keluar kereta tu aku perasan garam tak ditabur di jalan raya sebab city council tak jangka snow nak turun kot. Kalau takde tabur garam maksudnya kereta akan skiing especially kereta-kereta yang tak pakai tayar special untuk snow. Kereta kami le tu....So, itu petanda tak baik sebab kalau snow turun lebat di tempat lain jugak kami maybe tak sempat sampai Heathrow Airport di London seperti yang sepatutnya atau mungkin jugak kami akan terkandas di highway tak boleh nak teruskan driving. Lebih parah lagi kalau masa memandu kereta skiing n terbabas accident langgar orang atau orang langgar kita.

Gambar ni masa aku tengah bersiap kemas beg. Ambik dari tingkat atas umah kami, dari bilik tidur. 

Pemandangan snow tengah turun di belakang umah kami.

Ini pemadangan yang boleh nampak dari depan pintu umah kami.

Lagi pemadangan from the other side yang boleh nampak dari depan pintu umah kami. Kena jalan hati-hati sebab dah slippery

Haa....nak tau lebat tak lebat tengok tu ketul-ketul kapas ais yang turun tu. Besar weh.....

Bumbung-bumbung kereta dah mula tebal covered by snow

Lepas kami dah siap kemas smua luggage kami cepat-cepat keluar rumah. Rumah kami a bit hilly masa nak keluar ke main road. Aku memang cuak abis siap tekan brake yang sah-sah takde brake sebab bukan aku yang drive. Lepas dah selamat turun bukit rasa lega. Tapi lepas tu aku perasan kereta kami skidded few times hanya untuk bergerak sejauh 100 meter. Nak jadi cerita kami terperangkap plak dalam jem. Mula-mula ingatkan sebab ada accident. Lepas dekat setengah jam dan masa tu kami berada di satu simpang baru kami tau rupanya jem tu bukan apa. Kereta satu-satu n pelan-pelan tunggu giliran untuk naik bukit. Tak boleh memandu macam biasa sebab masing-masing skidded. Masa kat simpang tu aku suruh hasben fikir betul-betul ada tak alternatif jalan lain nak menghala ke highway sebab aku tak yakin kereta kami boleh panjat bukit tu tanpa terundur. Kalau kami tak pusing ke jalan lain kami maybe terperangkap n susah nak patah balik. Alhamdulillah hasben ingat ada jalan alternatif dan kami pon buat u-turn. Masa masuk highway snow masih turun lebat. Aku tak henti-henti doa supaya snow tak turun di tempat lain yang kami nak lalu. Hasben memandu pelan yang amat, 20-40 miles per hour. Mostly 20-30 miles per hour je yang berani. Masa kami lalu Nottingham snow pon turun lebat jugak macam Sheffield yang membuatkan cuak kami tak berhenti. Alhamdulillah, lepas kami lalu Loughborough hanya sleet je. Lepas tu no more snow. Syukur kepada Allah akhirnya kami sampai London dengan selamat.

Balik semula ke Sheffield beberapa hari lepas tu dah tak nampak snow memutih di tanah. Tinggal saki baki je. Itu pon ciput je. Aku tak sempat nak ambik gambar kami anak-beranak dalam salji hari tu sebab kelam kabut nak drive cepat-cepat sampai ke London. Just gambar-gambar pemandangan sekitar umah je yang sempat snap. Moga-moga Allah bagi kami peluang at least sekali lagi snow di Sheffield sebab kalau ditakdirkan kami balik tahun ni, this winter will be our last winter here.


Nota kaki:
Masa kami balik semula ke Sheffield jiran mat salleh sebelah umah dengan sronoknya bagitau kami dah takde snow. Gullppp....Kami nak snow, dia tak mau snow. 

Sunday, January 4, 2015

Boxing Day

Bagi yang tak tahu, boxing day ni sbenarnya adalah hari sehari selepas Krismas iaitu setiap 26 Disember. Kalau ikut sejarah boxing day bermula di Great Britain. Nama hari tu dipanggil sebagai "boxing day" sebab masa zaman Great Britain dulu-dulu ramai pekerja yang kena bekerja masa krismas dan pada hari keesokannya depa akan cuti. Sebelum bercuti majikan akan bagi depa "gift box" yang akan dibuka pada keesokannya iaitu 26 Disember. 

Boxing day sangat popular di UK dan juga beberapa negara lain yang pernah dijajah British seperti Australia, Canada dan New Zealand sebab pada hari tu lah banyak retailers buat sale harga runtuh yang agak sukar nak dapat pada hari sale yang lain. Sale tu bukan apa, depa nak let go stock barang-barang untuk tahun tu dan jugak barang-barang yang tak habis masa Christmas sale. Lepas krismas orang takkan beli sakan dah kalau tak buat sale sebab orang dah banyak berbelanja untuk beli hadiah-hadiah dan persiapan Krismas kan.

Jangan tak tau, orang Malaysia yang takde kereta ramai yang akan sewa kereta pada hari tu semata-mata untuk tak lepaskan peluang boxing day. Kalau duduk UK duduk rumah je hari tu memang rugi la. Universiti pon bukannya bukak lagi nak pi opis/lab. 

Kami dulu masa FIRST YEAR belasah gi Cheshire Oak. Jauh jugak la dari Sheffield dan kami balik dengan rasa kecewa sebab masa tu expectation kami maybe tinggi sangat. Kami pulak bukannya pandai dengan barang-barang berjenama n to be honest banyak brand kat situ aku first time baru dengar. Masa tu kami tengok semuanya mahal tanpa kami tau harga kat Malaysia jauh lebih mahal rupanya. Kami rasa lagi mahal bila masa tu kami masih ada penyakit "mendarab" dengan matawang Malaysia. 

SECOND YEAR kami dah cerdik skit. Kami target dulu nak beli apa n then baru kami decide ke mana nak pergi. Masa tu kami nyaris-nyaris tak dapat gi boxing day sebab 24/12/2013 Ismael kena buat operation kat telinga dia dan dia discharge 25/12. Alhamdulillah, Ismael nampak ok je bila balik umah siap boleh main-main turun naik rumah. Alhamdulillah jugak sebab kami ada Aisyah jagakan anak-anak di rumah. Jadi 26/12 boxing day tahun tu kami boxing sakan jugak la tanpa perlu kalut-kalut tukar pampers anak-anak. Hehehe....Tapi aku tetap alert pada handphone just in case sesuatu yang tak dijangka jadi kat Ismael. Alhamdulillah, Ismael ok je tanpa sebarang masalah. Kami ke Matalan (ada jual baju n barang-barang hiasan rumah) awal pagi masa dia baru bukak kol 6.00 pagi (huhuhu....). Pastu balik umah jap tengok keadaan Ismael dan hantar barang shopping di Matalan. Lepas yakin Ismael ok kami ke Junction 32 factory outlet dan pastu sambung lagi shopping kat Junction 28 (East Midland) factory outlet.

Oleh kerana tahun 2014 which was our THIRD YEAR for boxing day n maybe tahun terakhir untuk ber'boxing day, boleh tahan sakan jugaklah kami bershopping beli itu dan ini masa 26hb hari tu. Kami gi tiga tempat tahun ni: Junction 32 factory outlet, Rotherham Retail Park n Boundary Mill. Hasilnya kami balik dengan barang-barang kat dalam gambar di bawah. Tapi di Rotherham Retail Park hasilnya zero sebab takde sale harga runtuh atau maybe dah habis sebab masa kami gi tu hari dah gelap. Oh ya, ini bukan post untuk menunjuk-nunjuk ye. Takde niat langsung. Ini hanya post buat kenangan untuk kami sekeluarga di masa hadapan. 

Barang-barang bukan tableware semua kami beli di Junction 32 factory outlet.

Masa kami sampai Junction 32 factory outlet tu kedai pertama yang dituju adalah Next Clearance. Itu je pon yang bukak awal pagi. Masa ni kol 8 pagi dan Next baru saja bukak. Jadi masa kami pilih tu kira seronok jugak la sebab orang tak ramai dan banyak jugak pilihan. Gambar nampak gelap sebab memang gelap. Siang kan pendek. Syuruk pon masa ni dalam pukul 8.30 pagi. 

Shopping kat Next antara yang paling best sebab mak, bapak n anak-anak semua dapat bahagian masing-masing. Ini bahagian anak-anak. Baju kemeja kaler brown tu bukan £9.50 but less than £5.

Ini bahagian mak bapak dari Next. Kiri untuk hasben, kanan untuk aku.

Dah habis shopping Next. Simpan barang shopping dalam bonet n misi diteruskan. 

Bersama kawan aku Maniha n her two boys. Maniha tumpang gi ngan kereta kami gi boxing day sebab hasben dia ada urusan lain.

Hasil tangkapan di Gap. Setiap satu tak sampai £7.

Kasut Clark untuk aku

Untuk aku lagi tapi encik suami boleh tumpang sekaki. Harga untuk shower gel dengan body scrub baru £12. Aku memang aim nak beli benda ni sebab teringin. Kat Malaysia aku pernah beli sekali tapi sanggup beli botol kecik je sebab mahal. Kat sini pon ini first time aku beli. Nanti nak balik for good rasa macam nak beli lagi. Hahaha....Yang ni pon blom guna lagi dah citer nak beli yang lain plak.

Ini masa tengah rehat kejap lepas dah pusing lebih separuh kedai yang ada. Sambil tu bagi reward kat anak-anak main rides sebab bersabar dengan mama n papa bershopping. Kebetulan ramai orang Darnall datang bershopping kat sini jugak. Gambar aku dengan dua sahabat bernama "Yan". Azlian (baju hitam) n Rozian (baju merah).

Oh, periuk cast iron brand Denby ni harga paling murah pernah aku tengok. Yang harga £41 pada hari biasa, masa ni tinggal  £32. Aku nyaris-nyaris nak beli. Tapi aku tahan je sebab aku nak yang kaler biru muda sebenarnya. 

Kat gambar-gambar seterusnya ni hasil dari Boundary Mill kat Sheffield. Semuanya Portmeirion tablewares sebab aku suka. Koleksi sedia ada almost everything aku dah utilized especially untuk tetamu jadi aku rasa tak rugi aku tambah koleksi (alasan nak buang rasa bersalah le tu......)







Ada lagi beberapa benda lain yang kami beli takde dalam gambar sebab tak sempat nak snap. Sakan jugak ye....huhuhu....Total damage bila dikira-kira tak sampai £300. Shopping dari kedai ke kedai yang lain sebanyak tu memang rare aku buat dalam hidup aku. Tapi jangan tak tau, ramai lagi orang Malaysia lain yang shopping lebih dahsyat dari kami.