Wednesday, May 18, 2011

Jalan-Jalan ke JB Mengimbau Kenangan

Last two weeks kami sekeluarga pegi JB. Saja jalan-jalan. Kebetulan cuti hari pekerja. Nak jalan-jalan jauh sikit. Ubah angin.

Nak jadi citer, dalam perjalanan tetiba ada bunyi letupan. Masa bunyi meletup tu kebetulan ada satu 4 wheel drive laju dari arah bertentangan dan aku terasa mcm dekat sgt dah dengan kereta kami. So, aku syak 4 wheel drive tu langgar side mirror walaupun takde lah tertanggal pon side mirror tu. So, hasben berenti tepi jalan n check. Dia kata takde apa-apa. Kami teruskan perjalanan. Lebih kurang setengah jam lepas tu aku mintak hasben berenti beli air sbb rasa dahaga. Bila aku keluar kereta je, brader yang jual air tunjuk-tunjuk ke kereta dan cakap sesuatu. Aku tak sedar apa yang jadi dan tak pulak dengar apa dia kata sebab bunyi kereta kat jalan raya mengatasi suara dia. Bila aku g dekat ngan dia baru aku dengar. Dia kata tayar kereta pecah! Syukur Alhamdulillah, workshop tak jauh dari situ. Alhamdulillah, nasib baik skali lagi, kami tak perlu tunggu lama tayar ditukar. Syukur jugak sport rim tak rosak sbb lama jugak hasben bawak kereta dalam keadaan agak laju dengan tayar pecah.


Sampai JB dah malam. Kami terus cari hotel sbb ingat nak mandi dulu. Malangnya, sume hotel yang ditanya penuh! Hasben tak buat reservation sbb ingat senang nak dapat hotel. Even kami cuba tanya sampai ke hotel-hotel 4 star pun sume penuh. Rupanya ramai orang jalan-jalan ke JB macam kami. Maybe Singaporean antara penyumbang hotel jadi penuh sbb cuti umum hari Isnin. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami bilik di satu hotel ni. Setelah lebih dari 10 hotel ditanya. Aku pon lupa apa nama hotel tu. Hotel tu baru. Bilik kira comfortable enough n even lebih selesa daripada hotel-hotel yang sama atau lebih rate di KL. TV pon LCD. Siap ada sofa + coffee table lagi.


Lepas kami sume mandi, kami cari tempat nak makan. Kami plan nak makan kat satu tempat di Dataran Bandaraya. Lama juga mencari simpang yang betul. Maklumlah, aku pernah makan kat situ pon skali je selama aku belajar. Mana nak ingat kat mana. Tapi keletihan mencari tu berbaloi sbb tauhu bakar gerai yang kami pilih tu sedap amat. Teringat-ingat kesedapannya sampai dah balik Kuantan. Kuah tauhu bakar tu cukup rasa pedas dan manisnya. Tauhunya plak dibakar sedang-sedang elok rangupnya. Selain tu kami makan yong taufu Johor style. Blh tahan sedap tapi sedap lagi tauhu bakar.


Esoknya, kami teruskan dengan next plan. Kami gi Jusco Taman U. Kuantan takde Jusco. Jadi jangan le pelik kami gi Jusco. Sempat le Ismael main mainan yang kena pakai token tu. Ada le shopping barang skit.


Ismael sempat main kejap. Tapi muka cam takde perasaan je. Huhuhu.....


Pastu tengah hari, hasben berbesar hati nak tour ke UTM. Tempat aku belajar selama 6 tahun dari degree sampai master. Oh, terubat kerinduan kepada zaman belajar kat sana.


Kami siap tour ke semua blok yang aku pernah duduk di kolej-kolej kediaman berbeza. Blok-blok asrama tu kebanyakannya tak jauh berbeza dari keadaan dulu. Kat bawah ni aku share sebahagian foto berlatar belakangkan blok-blok yang aku pernah duduk.


The very first blok asrama diduduki di Kolej Tun Fatimah (KTF), first year, 1999/2000. Blok ni nun hujung terletak di gate blakang utm. Student kat utm kata blok di kawasan lembah. Jauh juga dari kampus. Blok ni saiznya yang paling kecil ada di utm. For 36 students. So, kenal sume ahli blok. Advantage dok blok ni, antaranya dekat ngan klinik utm, quiet n peaceful. Best nak study dan boleh jadi best aje nak landing ke katil yang jauhnya tak sampai 3 jengkal dari meja study.



Ini blok ke-3 aku duduk masa 3rd year. Masih lagi tinggal di blok asrama di KTF. Aku duduk KTF dari 1st year sampai 3rd year. Fourth year aku kena tauk ke kolej nun atas bukit, Kolej Perdana.



Ha...ni blok asrama yang aku duduk di Kolej Perdana, blok yang ke-4. Bangunan dah nampak comot sbb warna cat dah luntur + kena lumut. Masa aku dok dulu aku antara penghuni sulung. Perabot pon tak masuk lagi masa minggu pertama duduk. Lif tak function dan aku dok tingkat 8! Masa ni la abah aku bermurah hati belikan motor sbb kedudukan kolej ni jauh dari kampus dan meletihkan kalau nak jalan kaki ditambahkan kedudukannya di atas bukit. Bas ada tapi tak cukup kerap.



Skali lagi tinggal di blok asrama di KTF, blok ke-5 aku duduk, masa master 2nd sem. Masa 1st sem aku menyewa ngan kawan-kawan di Taman Universiti. Bilik aku kat sini bilik berdua. Aku duduk ngan student degree. Mujur 2 orang kawan seperjuangan duduk di blok yang sama dan aras yang sama. So, aku tak keseorangan.



Blok asrama di Kolej Tun Hussin Onn, blok ke-6 aku duduk, masa master 3rd sem. Bilik ni utk seorang siap ada toilet sendiri, bersih sendiri. Makcik cleaner cuma tolong bersih koridor je. Masa aku duduk dulu aku adalah antara penghuni sulung. Kawan-kawan seperjuangan n searas masa di tinggal blok yang ke-5 masih tinggal di aras yang sama kat cni. Dua pokok depan blok tu masa tu kecik sgt sbb baru tanam. Di blok ni aku slalu jadi stunt woman kalu tertinggal kunci bilik. Memanjat dari balkoni ke balkoni. Cuba tengok kat gambar ni kat mana bilik aku. Jadi korang boleh bayangkan ketinggian bilik aku. Kalu nak tunggu amik kat pejabat asrama alamatnya kena tunggu keesokan pagi le bila opis hour bemula.


Masa final sem master (4th sem) aku duduk di Kolej 9, lebih jauh dari Kolej Perdana. Tapi kira ok le sbb dah ada motor n dok bilik seorang. Tak amik gambar kat sume blok. Cam poyo je. Segan sbenarnya sbb ada student lalu lalang nengok. Yang tolong amik hasben. Pastu siap ada baby. Cam sah-sah je bukan student dok kat situ. Yang sempat amik ni pon sbb kat blok-blok tu tak nampak student. Dah balik lepas exam rasanya.


Kami lunch di Arked Meranti, antara port makan favourite masa belajar dulu. Oh, sedap sungguh dapat makan ayam goreng madu yang takde di universiti aku bekerja skang ni. Dah le murah. Nasi putih + ayam goreng madu + sayur taugeh + air barli ais = RM 4.30 je. Hasben pon kata murah.


Lepas lunch kami pegi masjid utm, buat jamak takdim. Masjid utm, atau juga dikenali dengan nama Masjid Sultan Ismail (MSI) ada sikit perubahan. Depan MSI dah ada mini water feature n dalam masjid dah ada CCTV. So, takleh sesuka hati nak buka aurat even kawasan solat wanita. Yang dekat kawasan solat wanita tingkat atas tak pasti plak aku ada CCTV ke tak sbb aku sembahyang kat bawah.


Water feature di depan MSI


Lepas sembahyang sambung tour ke Fakulti Sains, fakulti aku dulu. Nampak sikit berbeza kerana dah ada landscape berpokok bunga. Aku siap tunjuk kat hasben kat mana kelas master aku slalu dibuat.


Di hadapan Jabatan Matematik yang penuh nostalgia.



Landskap baru di Fakulti Sains. Bagi aku le...setelah hampir 6 tahun tak jejak utm.


Fakulti-fakulti yang ketara nampak perubahan: Fakulti Kej. Awam, Fakulti Alam Bina dan Fakulti Kej. Elektrik sebab masing-masing ada bangunan baru tersergam indah. Tapi yang sedih, keadaan Center Point, salah satu port makan masa belajar dulu sambil tengok drama cina kol 6 petang ngan kawan-kawan dah terbiar.


Destinasi terakhir tour kami adalah balai cerap. Dari sini boleh tengok pemandangan sebahagian besar utm.

Hujan renyai-renyai semasa di balai cerap.

Pastu kami teruskan plan seterusnya. Jalan-jalan ke Plaza Angsana. Orang terlalu ramai. Tak seronok nak shopping. Keletihan sama. Tak beli apa-apa langsung. Masa di car park before ke destinasi seterusnya, aku bagi Ismael makan dulu.

Ismael tetap berselera walaupun makan di car park di atas stroller. Cian anak mama...

Then, kami ke Danga Bay. Hasben bercita-cita nak bawak Ismael naik ketapi. Tercapai jugak cita-cita tu.

Ismael excited naik ketapi


Tengok...Ismael happy sangat lepas lepas naik ketapi. Sekarang ni dia dah pandai senyum bila kita nak amik gambar

Lepas Danga Bay, kami makan malam di Stulang. Kami tak makan apa-apa yang special pon sbb takde apa yang unik di menu. Aku makan kueytiaw goreng, hasben makan kerang bakar. Besides, kami order otak-otak. Tapi otak-otak kat cni memang murah. Baru 50 sen sebatang. Kalau yang slalu kami makan di Pahang atau KL, 60 sen sebatang.

Lepas makan, kami ke uptown yang terletak betul-betul tgh bandar JB. Dekat ngan City Square shopping Mall. Parking susah giler nak dapat! Mayb sbb cuti umum sama kot. Banyak jugak gerai kat cni.

Di uptown. Ismael nampak keletihan.

Bezanya uptown ni berbanding yang kami pernah gi di KL, ada banyak gerai jual barang terpakai macam stroller, handbag, kasut, barang antik dan macam-macam lagi. Di sini aku cuma beli cekak rambut (unik n sweet, buat dari seashells) n home made cheese cake.

Tadi kat uptown dah nampak letih. Tup tup, balik hotel, Ismael masih nak main walaupun dah seharian berjalan. Bersemangatnya anak mama... Mama dah letih n nak tido. Huhuhu....

Esoknya, kami menghabiskan jalan-jalan di JB ke Jusco Tebrau City. Pastu kami gi kilang Apollo di Larkin nak beli souvenir utk jiran dan kawan-kawan. Malangnya, tutuplah pulak. Cuti umum kan...Takde rezki le. Pastu kami ke Pelangi Mall. Main objective nak cari termos utk bekalan bancuh susu Ismael. Hasben terpecahkan masa di hotel. Jadi kena beli yang baru. Tak jumpalah pulak. Terjumpa kedai Auntie Anne's. Terbelilah pretzel. Cari punya cari termos tu, last-last jumpa kat kedai jual barang plastik di Bandar Baru Uda.

After that terus balik ke Kuantan. Tak singgah mana-mana dah. Cuma berhenti sembahyang jamak dan mandikan Ismael di hentian plaza tol Ayer Itam. Kami sampai Kuantan dah tengah malam. Babai JB....Lama lagi kot baru nak gi lagi. Aku akan merindui JB lagi.

Wednesday, May 11, 2011

Happy 30th Birthday Abang!

Takde sambutan special tahun ni. Tahun-tahun lepas pon rasanya tak special mana pon...Huhuhu....Sorry Abang. Perhaps next birthday berkelapangan buat special celebration. Tapi tahun ni aku bagi hadiah paling mahal selama kami jadi hasben n wife. Apa hadiahnya??? Hehehe....

Ini dia hadiahnya.

Ooops, jangan salah faham. Bukan hadiah kereta tu dan bukan juga isi kandungan kereta tu (dalam kereta yang memandu tu hasben n Ismael sbelahnya) tapi kaler kereta tu. Hehehe..... Aku sumbangkan cash RM1000 utk cat warna baru kereta keluarga kami. Oh, ada lagi hadiah sampingan.

Boleh gantung kat opis supaya hasben ku sentiasa ingat isterinya. Hehehe...

Mlm hari jadi hasben kami sekeluarga makan di restoren Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur. Aku belanja. Oh, sorry Ismael... papa n mama je yang makan. Ismael jadi penonton je di baby high chair. Ismael behave very well. Kami berdua boleh makan serentak menjamu ikan aji bakar petai, sotong goreng tepung, kerabu mangga + tomyam sayur. Dah lama tak makan kat situ, rasa sedap sangat. Majlis makan-makan harijadi diakhiri dengan jeritan Ismael yang memerlukan aku mengangkat dia dari baby high chair sebelum lebih banyak mata memandang kecomelan Ismael. Cewah... Itu tanda sama ada dia jemu atau Ismael try to wish papa dia Selamat Harijadi. Huhuhu.... Semoga hasben ku ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, terus caring and loving our family, dan diberkati hidup oleh Allah di dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, April 24, 2011

Masak-Masak

Aku ni bukanlah rajin sgt memasak. Dan tak pandai jugak memasak mcm kekawan yg lain. Hehehe... Aku biasanya rajin masak kalau hujung minggu dan dah rs tak lalu sgt nak makan luar. Post kali ni aku nak share beberapa foto apa yang aku pernah masak.

Gaya masak ala-ala malas skit sbb ada burger je...Aku sebijik, hasben sebijik - utk dinner. Even ala-ala malas skit, hasben tanya, ada sebijik lagi tak? Huhuhu...


Gaya masak ala-ala rajin skit sbb ada lebih dari satu macam dalam satu pinggan - utk dinner jugak. Oopss...nugget terhangit skit. Masa ni kali pertama cuba buat whipped potato. Sedap jugak, tapi tak le sesedap yg KFC punya. Bolehlah... Fizah, kenal tak sudu dlm pinggan tu? Itu hadiah kawin yg fizah bagi k Lyn :)


Ha...yg ini versi terlebih rajin. Sup tu tak pakai rempah sup bunjut tu k... Resipinya aku amik dr internet. Resipi tu suruh buat rempah sendiri. Sedap beb... First time aku buat sup yang sedap. Sorry, aku masuk bakul angkat sendiri ntah kenapa. Erkk...

Abang Ismael

Sungguh tak aku sangka yang Ismael akan jadi abang dalam masa terdekat. Aku memang tak merancang sbb dulu masa nak dapatkan Ismael pun agak susah dan lama. Hakikatnya itulah anugerah Allah utk aku n hasben. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni aku dah masuk week 11 of pregnancy. Kalau ikutkan, expected due date 12/11/11. Kalau aku bersalin awal sehari, tarikh lahir adik Ismael akan sgt2 cantik sgt; 11/11/11. Kalau dapat le... Tak kisah pun. Nak baby boy or baby girl? Kami tak kisah. Mana-mana pun tak apa. Yang penting, adik Ismael sihat dan akan jadi anak yang taat perintah Allah. Amin.

Gaya seorang abang. Macho tak?

Saturday, April 23, 2011

New Items for Ismael

Baby High Chair

Suatu masa dulu aku cuma boleh berangan ada benda ni kat meja makan kami. Tapi sekarang kami dah ada satu kerana Ismael. At the moment kami biasanya gunakan this chair masa kami makan. Bukan masa Ismael makan. Berbekalkan satu senduk nasi@senduk kuah@teether, Ismael akan slalunya boleh bertahan selama kami menjamu selera. Huhuhu... Bagusnya this chair kami beli dgn harga yang agak murah berbanding yang ada di pasaran, RM49 di IKEA. The design is simple n the parts can be disassembled n suitable for storage with limited space required.



Bath Toys

Mandi selalunya adalah masa yang sangat dinantikan Ismael sejak lahir lagi. Masa baru lahir dia akan senyap je, macam tengah menikmati masa mandi dengan kusyuk sekali. Sejak Ismael sudah terror merangkak, masa mandi masih lagi masa yang menyeronokkan bagi dia tapi sangat susah utk mama or papa nak handle. Dia akan sibuk nak tengok air mengalir. So, Ismael akan cuba berkali-kali bangun dari bath seat. Utk memastikan he stays still on the bath seat, kami umpan dia dengan toys. Tapi aku rs toys yg kami umpan dia tu kurang sesuai dari segi saiz dan material nya and definitely not suitable for bay bath time. Jadi kami beli yang baru. Ala...murah je, RM5. Ada logo MC k...safe for baby. Beli kat Tesco Taiping masa kami balik kampung baru-baru ni.


Ada macam-macam binatang n macam-macam kaler. Kalau dia boring yang jenis katak, umpan yang jenis lain plak. Hehehe....


Walk n' Ride Toy

Mainan ni utk menggalakkan Ismael supaya boleh berjalan. Mulanya aku nampak macam dia tak interested. Terasa rugi plak beli masa tu. Tapi aku x putus asa. Aku biar je mainan tu kat ruang tamu. Lama-lama aku perasan dia mula interested. Mainan ni bentuk singa n bila hidung singa tu ditekan dia akan keluar bunyi singa mengaum atau muzik atau singa ketawa. Once Ismael realize bila hidung tu keluarkan bunyi jika ditekan, dia pon mula dok menekan-nekan. Yang kelakarnya, ada satu masa ni Ismael cuba sumbatkan pacifier dia ke hidung singa tu. Aku agak dia fikir singa tu menangis kot, sbb tu dia bagi pacifier dia sbb Ismael bila menangis nak pacifier. Huhuhu...



Baby Car Seat

Baby car seat@baby carrier Ismael yang 1st diberi oleh kenalan yang pernah tinggal di UK. Depa beli di car boot sale di sana dan kebetulan depa ada lebih dari satu. Jadi diaorg bermurah hati bagi kami satu. Bukan car seat saja yg dia bagi, malah bouncer, baby bath seat dan mcm2 lagi. They are so sweet.... Tapi Ismael dah mula x mahu dok senyap dlm baby car seat tu yang kami guna sejak dia lahir. Aku dpt idea nak beli baby car seat yg baru bila ada sorang kawan bgtau yg anak dia mahu dok baby car seat yang jenis duduk, tak mau lagi yang jenis tidur.


Dalam car seat jenis tido


So, we decided to buy a brand new baby car seat kat Anakku Taman Tas. Di Kuantan tak banyak pilihan macam KL. Kalau nak beli kat tempat lain di Kuantan ni aku rasa mahal sgt coz too branded. Ada yg cecah RM400 ke RM1000. Kebetulan masa kami nak beli tu Anakku ada wat sale. Dapat le diskaun 30%. So, we managed to buy with affordable price at RM320 (Mahal jugak sbenarnya bagi aku...)


Pandangan depan


Pandangan sisi


Ismael looks happy with his new car seat sebab dia boleh tengok view di luar kereta. Kalau sblm ni dia asyik nampak syiling kereta je, boring kot... Therefore, papa n mama simpan baby car seat Ismael yg dulu tu utk adik ye.... ADIK???

Friday, April 22, 2011

Ismael Pada Usia 8 Bulan

Dah lama aku tak update blog aku ni. Cbuk...(ayat cliche). Aku cbuk ngan kerja dan pd masa yg sama takde idea nak post anything kat cni. Sbenarnya byk perkara menarik yang aku buat dan lalui yang boleh dikongsi kat cni. Tapi tak berkesempatan atau tak rajin plak nak menaip. Post kali ni aku nak update pasal Ismael. Ismael dah nak masuk 9 bulan. Berikut adalah perkembangan Ismael yang aku belum rekodkan di blog ni:

Usia 4 bulan:
Ismael dah mula boleh meniarap.

Masa mula-mula test power nak belajar meniarap


Ok..dah pandai meniarap dah...

Usia 6 bulan: Ismael dah mula boleh merangkak.


Usia 7 bulan: Ismael mula pandai duduk, meniti (so slalu lah jugak dia jatuh gedebuk-gedebak. cian anak mama...) dan dah mula tumbuh sebatang gigi.

Ada gaya tak bakal mechatronic engineer?

Usia 8 bulan: Ismael mula pandai berdiri. Sekarang ni Ismael dah sangat mengenali papa n mamanya.

Masa aku amik dia di rumah pengasuh, kalau lambat bertukar tangan dari pengasuh kepada aku, Ismael akan mula menangis.
Kalau aku atau papa dia pakai baju cantik-cantik even belum pun pakai tudung, dia dah mula merengek dan ikut je ke mana kami pergi. Oh, Ismael membuatkan mama slalu tempek bedak ala kadar dan tak sempat nak merah-merahkan bibir sebelum g kerja. Huhuhu...

Kadang-kadang papa bawa Ismael pergi surau. Slalunya papa bagi handphone dekat dia, dia akan cbuk belek handphone tu sambil tengok budak-budak kecik lain main di belakang surau sepangjang papa sembahyang berjemaah. Alhamdulillah, setakat ni dia tak pernah menangis masa papa berjemaah. Apa pun, sebelum Ismael boleh ikut papa pergi surau aku akan tengok dulu mood, kesihatan dan kesesuaian baju yang Ismael pakai. Ismael masih tak boleh faham yang ada masa dia dimarahi. Bila aku atau papa marah, dia akan sengih je sampai nampak gigi nan sebatang tu. Jadi, mama slalu tak jadi marah Ismael ye...

Senyuman menawan yang slalu buat mama tak jadi marah Ismael

Thursday, February 17, 2011

Ismael Potong Rambut

Dah lama dah aku bercadang nak bawa Ismael gi gunting rambut. Tapi slalu jugak aku risau memikirkan reaksi Ismael. Macam satu fobia juga sbenarnya lepas Ismael cukur rambut masa lepas beberapa minggu dilahirkan. Mana tak fobia. Bukan main lama nak cukur rambut dia masa tu. Menangis kuat sangat sampai tersedu-sedan. Pastu siap terluka skit kepala dia. Sian Ismael... Satu Ahad, lepas shopping papa Ismael suggest bawa Ismael gi gunting rambut kat kedai gunting rambut dekat ngan kawasan perumahan kami tinggal. Aku masa tu x fikir panjang dah sebab rasa kesian kat Ismael sebab dia nampak rimas ngan rambut dia yg semakin panjang. Dah le dia slalu berpeluh. Aku agak itu buat dia lagi rimas. Finally, Ismael dipotong rambutnya.

Mula-mula mcm takut-takut (";)

Pastu relax je...