Hari ni suami tercinta bawa aku gi beli pisau brand Richardson dan cutlery brand Amefa. Pisau dan cutleries yang kami nak pi beli tu ada dalam wishlist aku jadi memang akan dibeli JIKA harganya betul-betul murah atau bebaloi. Aku memang dok tunggu-tunggu Amefa/Richardson factory shop buat sale sebab masa boxing day aritu di factory outlet harganya masih mahal, actually super mahal.
Kenapa mesti nak beli? Haa.....Bagi yang duduk Sheffield aku rasa pisau brand Richardson adalah antara benda wajib beli untuk dibawa balik sebagai kenangan sebab pisau tu made in Sheffield. Di pisau dan block pisaunya ada terukir nama Sheffield. Yang paling penting kualiti pisaunya sangatlah best sampaikan bila memotong tu terasa macam aku terror kedapur macam encik Jamie Oliver. Oleh kerana ada sale atas sale, yakni ada 20% off atas harga new year sale jadi jadi banyak la jugak pilihan untuk bajet kami. Boleh dapat harga serendah 80 pence sebilah.Tapi of course le kalau nak kualiti lebih baik bertaraf chef kena le bersedia untuk berpinar-pinar bijik mata melihat harga kat resit.
Set pisau yang aku beli dengan malas nak fikir lama-lama. Sila jangan check harganya di Google sebab harga yang aku beli ni harga special. Haa....nak google le tu... |
Close up skit rupa brand |
Lain-lain pisau dan jugak satu knife sharpener yang aku beli. Yang kaler hijau ngan merah tu kami beli banyak untuk souvenir. |
Amefa dengan Richardson adalah dua brand berbeza tapi satu geng. Tapi aku tak sure la plak Amefa tu made in UK atau tak. Yang pastinya bukan made in China or asian country. Kenapa aku nak beli cutleries plak. Cutleries kat sini giler banyak pilihan sampaikan masa kakak n abang ipar aku datang UK dulu lama jugaklah depa laki bini nak decide nak beli cutlery set yang mana. Macam-macam design, berat, tebal, tegak, bengkok. Memang le banyak sebab mat salleh kan memang sentiasa makan pakai sudu, garfu dan pisau.
Cutlery set yang aku beli tapi nak tunjuk kotak je. Sapa nak tengok isi dalam bolehleh mai umah dengan jemputan khas. Hahaha.... |
Encik suami permitted beli pisau n cutlery tu bukan apa. Nak suruh rajin memasak le tu. InshaAllah, akan diusahakan. Huhuhu......Lagi pon selama kami berumahtangga aku tak pernah merasa pakai pisau best. Selama ni pakai pisau beli kat Cowboy je yang harganya setiap satunya tak lebih RM10. Bukan hasben tak nak beli yang mahal-mahal. Aku je yang masa tu rasa tak perlu dan tak teringin. Cutleries mahal ada la kami pernah merasa pakai guna hari-hari. Itu pon cutlery set yang aku dapat hadiah sebab beli peti sejuk dari SenQ dan masa tu aku tak tau pon yang harganya mahal rupanya. Dah balajar pasal kualiti cutleries kat sini baru aku tau yang kami pakai kat Malaysia dulu tu among the best quality.
Jadi dua benda dalam wishlist aku dah berjaya tick. Ok, habis dah shopping untuk bulan ni. Ada rezki kita shopping bulan depan plak ye encik suami....Ooopss dah nak masuk bulan depan dah...
Panduan beli cutleries:
Kalau korang nak cutleries yang lebih tahan lasak dan nampak lebih elegent pilihlah yang komposisi stainless steel 18/8 atau 18/10 (percentage of chromium content/percentage of nickel content). Kat mana nak tengok komposisi tu? Biasanya ada tertulis pada belakang cutleries tu atau pada packagingnya. Maybe jugak takde tulis tapi korang boleh compare dengan yang ada tulis untuk buat anggaran. The higher the nickel content, the better the steel quality. Kalau 18/10 korang akan nampak rupa cutleries tu lebih merelip-relap daripada sudu dengan komposisi nickel lebih rendah. Kalau korang jenis suka makan pakai sudu garpu untuk makanan yang ada potensi nak kena tekan/tenyeh kuat-kuat sampai nak terbengkok sudu/garfu eloklah pakai jenis 18/10. Perbezaan ketara kualiti cutleries 18/10 tu akan dapat dilihat bila korang compare dengan yang 18/0. Di Amefa seingat aku tak pernah aku jumpa yang 18/8. Biasanya yang ada jual kat Amefa 18/10. Tapi sebenarnya 18/10 n 18/8 tu sama je. It is just a marketing ploy.
No comments:
Post a Comment