Kelmarin hasben dapat satu email dari orang opis department kami memberitahu ada satu parcel untuk dia. Kami laki bini tak pernah terima apa-apa surat apatah lagi parcel yang dialamatkan ke department tempat kami belajar sebab semua urusan surat-menyurat kami guna alamat umah. Seingat aku, aku sendiri hanya pernah ambik surat di pegion hole department hanya sekali je selama aku belajar kat sini. Itu pon bukan surat sebenarnya tapi borang progress report yang supervisor aku suh ambik kat situ lepas dia dah siap isi part dia.
Jadi pagi semalam lepas hantar anak-anak ke school kami ke universiti. Kami gi naik kereta sebab hasben nak cepat balik. Jadi aku kena ikut sebab hasben malas nak cari parking n parking jauh. Kalau aku ikut dia boleh trus ke office sementara aku tunggu dalam kereta tak jauh dari office building.
Kami tertanya-tanya apa sebenarnya isi parcel tu n dari sape. Lepas dapat parcel tu n masuk semula ke kereta, hasben pon cepat-cepat bukak bungkusannya. Rupa-rupanya.....BUKU. Ye, sebuah buku. Yang peliknya dia tak pernah plak order buku tu n pengirimnya pon dia tak kenal. Lepas dah bukak parcel tu baru hasben bagitau dia tido tak lena malam sebelumnya memikirkan pasal parcel tu. Ada buat salah le tu.....Hahaha.....
Inilah parcel nya. Siap dipos pakai Fedex lagi macam penting. |
Bungkusannya siap dua lapis lagi. Buat lagi suspen je. |
Rupanya inilah isi dalamnya |
Bila balik umah dan dipikir-pikir hasben rasa buku tu dari Amazon. Sebab dia kata dari cara alamat yang tertulis kat situ macam alamat yang digunakan untuk amazon student membership untuk something yang dia pernah buat satu masa dulu. Buku tu rasanya macam untuk promotion dengan tahun terbitan 2015. Alhamdulillah dapat buku free, bukan berita buruk free. Huhuhu....
No comments:
Post a Comment