Sunday, January 4, 2015

Boxing Day

Bagi yang tak tahu, boxing day ni sbenarnya adalah hari sehari selepas Krismas iaitu setiap 26 Disember. Kalau ikut sejarah boxing day bermula di Great Britain. Nama hari tu dipanggil sebagai "boxing day" sebab masa zaman Great Britain dulu-dulu ramai pekerja yang kena bekerja masa krismas dan pada hari keesokannya depa akan cuti. Sebelum bercuti majikan akan bagi depa "gift box" yang akan dibuka pada keesokannya iaitu 26 Disember. 

Boxing day sangat popular di UK dan juga beberapa negara lain yang pernah dijajah British seperti Australia, Canada dan New Zealand sebab pada hari tu lah banyak retailers buat sale harga runtuh yang agak sukar nak dapat pada hari sale yang lain. Sale tu bukan apa, depa nak let go stock barang-barang untuk tahun tu dan jugak barang-barang yang tak habis masa Christmas sale. Lepas krismas orang takkan beli sakan dah kalau tak buat sale sebab orang dah banyak berbelanja untuk beli hadiah-hadiah dan persiapan Krismas kan.

Jangan tak tau, orang Malaysia yang takde kereta ramai yang akan sewa kereta pada hari tu semata-mata untuk tak lepaskan peluang boxing day. Kalau duduk UK duduk rumah je hari tu memang rugi la. Universiti pon bukannya bukak lagi nak pi opis/lab. 

Kami dulu masa FIRST YEAR belasah gi Cheshire Oak. Jauh jugak la dari Sheffield dan kami balik dengan rasa kecewa sebab masa tu expectation kami maybe tinggi sangat. Kami pulak bukannya pandai dengan barang-barang berjenama n to be honest banyak brand kat situ aku first time baru dengar. Masa tu kami tengok semuanya mahal tanpa kami tau harga kat Malaysia jauh lebih mahal rupanya. Kami rasa lagi mahal bila masa tu kami masih ada penyakit "mendarab" dengan matawang Malaysia. 

SECOND YEAR kami dah cerdik skit. Kami target dulu nak beli apa n then baru kami decide ke mana nak pergi. Masa tu kami nyaris-nyaris tak dapat gi boxing day sebab 24/12/2013 Ismael kena buat operation kat telinga dia dan dia discharge 25/12. Alhamdulillah, Ismael nampak ok je bila balik umah siap boleh main-main turun naik rumah. Alhamdulillah jugak sebab kami ada Aisyah jagakan anak-anak di rumah. Jadi 26/12 boxing day tahun tu kami boxing sakan jugak la tanpa perlu kalut-kalut tukar pampers anak-anak. Hehehe....Tapi aku tetap alert pada handphone just in case sesuatu yang tak dijangka jadi kat Ismael. Alhamdulillah, Ismael ok je tanpa sebarang masalah. Kami ke Matalan (ada jual baju n barang-barang hiasan rumah) awal pagi masa dia baru bukak kol 6.00 pagi (huhuhu....). Pastu balik umah jap tengok keadaan Ismael dan hantar barang shopping di Matalan. Lepas yakin Ismael ok kami ke Junction 32 factory outlet dan pastu sambung lagi shopping kat Junction 28 (East Midland) factory outlet.

Oleh kerana tahun 2014 which was our THIRD YEAR for boxing day n maybe tahun terakhir untuk ber'boxing day, boleh tahan sakan jugaklah kami bershopping beli itu dan ini masa 26hb hari tu. Kami gi tiga tempat tahun ni: Junction 32 factory outlet, Rotherham Retail Park n Boundary Mill. Hasilnya kami balik dengan barang-barang kat dalam gambar di bawah. Tapi di Rotherham Retail Park hasilnya zero sebab takde sale harga runtuh atau maybe dah habis sebab masa kami gi tu hari dah gelap. Oh ya, ini bukan post untuk menunjuk-nunjuk ye. Takde niat langsung. Ini hanya post buat kenangan untuk kami sekeluarga di masa hadapan. 

Barang-barang bukan tableware semua kami beli di Junction 32 factory outlet.

Masa kami sampai Junction 32 factory outlet tu kedai pertama yang dituju adalah Next Clearance. Itu je pon yang bukak awal pagi. Masa ni kol 8 pagi dan Next baru saja bukak. Jadi masa kami pilih tu kira seronok jugak la sebab orang tak ramai dan banyak jugak pilihan. Gambar nampak gelap sebab memang gelap. Siang kan pendek. Syuruk pon masa ni dalam pukul 8.30 pagi. 

Shopping kat Next antara yang paling best sebab mak, bapak n anak-anak semua dapat bahagian masing-masing. Ini bahagian anak-anak. Baju kemeja kaler brown tu bukan £9.50 but less than £5.

Ini bahagian mak bapak dari Next. Kiri untuk hasben, kanan untuk aku.

Dah habis shopping Next. Simpan barang shopping dalam bonet n misi diteruskan. 

Bersama kawan aku Maniha n her two boys. Maniha tumpang gi ngan kereta kami gi boxing day sebab hasben dia ada urusan lain.

Hasil tangkapan di Gap. Setiap satu tak sampai £7.

Kasut Clark untuk aku

Untuk aku lagi tapi encik suami boleh tumpang sekaki. Harga untuk shower gel dengan body scrub baru £12. Aku memang aim nak beli benda ni sebab teringin. Kat Malaysia aku pernah beli sekali tapi sanggup beli botol kecik je sebab mahal. Kat sini pon ini first time aku beli. Nanti nak balik for good rasa macam nak beli lagi. Hahaha....Yang ni pon blom guna lagi dah citer nak beli yang lain plak.

Ini masa tengah rehat kejap lepas dah pusing lebih separuh kedai yang ada. Sambil tu bagi reward kat anak-anak main rides sebab bersabar dengan mama n papa bershopping. Kebetulan ramai orang Darnall datang bershopping kat sini jugak. Gambar aku dengan dua sahabat bernama "Yan". Azlian (baju hitam) n Rozian (baju merah).

Oh, periuk cast iron brand Denby ni harga paling murah pernah aku tengok. Yang harga £41 pada hari biasa, masa ni tinggal  £32. Aku nyaris-nyaris nak beli. Tapi aku tahan je sebab aku nak yang kaler biru muda sebenarnya. 

Kat gambar-gambar seterusnya ni hasil dari Boundary Mill kat Sheffield. Semuanya Portmeirion tablewares sebab aku suka. Koleksi sedia ada almost everything aku dah utilized especially untuk tetamu jadi aku rasa tak rugi aku tambah koleksi (alasan nak buang rasa bersalah le tu......)







Ada lagi beberapa benda lain yang kami beli takde dalam gambar sebab tak sempat nak snap. Sakan jugak ye....huhuhu....Total damage bila dikira-kira tak sampai £300. Shopping dari kedai ke kedai yang lain sebanyak tu memang rare aku buat dalam hidup aku. Tapi jangan tak tau, ramai lagi orang Malaysia lain yang shopping lebih dahsyat dari kami. 

4 comments:

Sha said...

huhu cantiknya....best nya g Junction 32 tu... (T_T)
da x da rezeki..denby...huhu

Naflyna said...

boleh kirim aisyah kalau nak :)

sweetie said...

Cantiknya bekas-bekas makanan tu!

Naflyna said...

Nanti datang UK kena beli ni akak sweetie. Kat malaysia mahal ni. Jauh lebih mahal dr Corelle. Hehehe....