Wednesday, January 7, 2015

Tengok Wayang

Last school holiday ada satu hari tu kami bawa anak-anak gi tengok wayang. Kesian plak kat Ismael n Ielyas masa tu sebab cuti sekolah dok umah je sampai dah nampak ciri-ciri kebosanan depa terutamanya Ismael. Sebenarnya kami laki bini pon dah lama tak jejakkan kaki ke wayang sejak Ismael lahir. Jadi ini kiranya first time kami nak pi tengok wayang selepas lebih 4 tahun. Yang menariknya kali ni kami dapat experience tengok wayang ngan anak-anak berbanding kali terakhir dulu kami gi berdua je. 

Hasben beli tiket secara online. Harga satu tiket ialah £1.35, kira kalau kat Malaysia macam kita rasa bayar RM1.35. Harga tiket murah sebab movie yang kami tengok tu bawah kategori Movies for Juniors. So, total kami kena bayar hanya £5.40 untuk kami empat beranak. Pastu ada diskaun lagi because hasben register his email for the first time with Cineworld Cinemas. Sangatlah murah harga tiket wayang tu dengan purchasing power penduduk UK. Actually kat sini boleh beli movie pass tahunan. Boleh tengok siang malam macam-macam citer yang kita suka sepanjang tahun tu. Kira tengok wayang sampai nak muntahlah dengan harga £196.80 untuk setahun. Ada jugak kami dengar orang Malaysia beli tapi budak lelaki bujang la. 


Oleh sebab movie yang kami tengok tu dalam kategori Movies for Juniors tak bolehlah nak marah kalau ada budak-budak buat bising dalam panggung. Bagi yang dok paling depan bersedialah dengan budak-budak yang main lari-lari atau lalu lalang depan kita. Itu kata kawan aku la. Alhamdulillah, masa kami tengok wayang tu tak ramai orang n semua budak yang ada behave elok je. Jadi takde gangguan langsung. Kami siap boleh pilih tempat duduk paling strategik lagi masa beli tiket.

Ini rupa panggung dari depan dengan model 3 beranak.

Maybe nampak tak besar sebab kamera aku tak muat nak cover keseluruhan bangunannya. 

Panggung wayang yang kami pi tu dekat je dengan kawasan umah kami sebenarnya. Tapi tu la....inilah first time kami nak try. Sampai sana barulah aku tau bapaklah besar panggung wayangnya. Ada tiga tingkat with 20 screens! Kat dalam tu siap ada 2 tempat untuk lepak minum kopi dan salah satunya adalah Starbuck....Giler kondusif panggung wayang tu. Actually panggung wayang tu adalah yang paling besar di bawah Cineworld dan antara yang paling sibuk di UK! Tapi masa kami gi tu taklah sibuk mana sebab masa tu weekday n kami pi tengok movie tu waktu pagi. Kat situ kita boleh jugak nak tengok 3D movie for certain movies cuma masalahnya kena bawa spec mata 3D sendiri. Maybe ada jual kot kat situ bagi sapa-sapa yang takde. Aku agak le.... 

Siap ada escalator dalam bangunan untuk turun naik

Suasana kat ground floor where the main entrance located.  

Sementara tunggu nak tengok wayang atau lepas tengok wayang boleh lepak santai minum kopi kalau mau. Tapi kami terus balik sebab ada kerja nak kena buat.

Tengok tu, besemangat Ismael nak tengok wayang

Malangnya kami terbeli popcorn yang sangatlah terasa masinnya kengkonon untuk dinikmati masa tengok wayang. Memang pilih jenis masin sebab popcorn beli kat Lidl kalau jenis manis, manis sangat plak sampai melekat-lekat bila kunyah. Sungguh tak sangka masin betul popcorn kat atas tu. Lain kali (kalau ada lain kali) tak boleh beli dah jenis ni.

Panggung yang kami gi tu terletak kat Valley Centertainment. Ada macam-macam sebenarnya kat Valley Centertainment selain panggung wayang. Sebelum ni kami hanya ke situ untuk beli/makan Subway (ada Subway halal kat situ) n bawa anak-anak main kat Monkey Bizness je. Maybe lain kali boleh cuba main bowling plak. Kalau ada masa la....

Kami tengok citer kartun Rio 2. Nama pon movie for junior, pilihannya mestilah citer kartun. Kalau tak kartun ada plak orang yang duduk tengok wayang tak sampai 15 minit dah kena balik umah. Mujur masa tengok wayang tu Ismael n Ielyas ok je. Ada le sekali Ielyas macam nak ajak balik rumah (kuang3x) tapi lepas tu dia ok balik. Maybe citer kartun tu tak cukup ciri kelakian untuk Ielyas cukup minat nak concentrate. Hahaha....Kalau ada rezki lain kali boleh bawa anak-anak tengok wayang lagi.

No comments: